Ustaz Haslam 201222

Kuliah Maghrib

• Manusia tidak terlepas daripada perbuatan dosa kepada Allah SWT. Tetapi dengan Rahmat NYA kita tetap diberi nikmat kehidupan. Serta memberi peluang untuk bertaubat.

• Orang yang beriman hendaklah redha dengan ketentuan Allah SWT. Walaupun dengan takdir yang buruk.

• Setiap kesejahteraan nikmat diberi kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah SWT. Maka DIA perintah kepada hamba-Nya untuk mencari tuhan yang lain. Dan pindah kealam yang lain. Begitu juga jika manusia diberi ujian yang buruk, dia tidak bersabar maka carilah tuhan yang lain dan alam yang lain.

• Orang yang beriman menerima dengan kesenangan dan kesusahan yang dialami. Kerana dia tahu yang apa sahaja yang terjadi kepadanya adalah daripada Allah SWT. Dia rasa gembira bila mendapat kesenangan serta dia juga rasa gembira bila ditimpa kesusahan.

• Hamba yang zuhud adalah mereka yang hatinya tidak mengharap apa-apapun daripada manusia. Malah dia hanya mengharapkan pemberian daripada Allah SWT. Cukuplah DIA sebagai penolong bagi dirinya.

• Rasulullah SAW pernah menolak pemberian emas dan permata yang dibawa kepada nya oleh Malaikat Jibril.

• Baginda SAW dan para sahabat takut jika mereka terlalu cintakan kemewahan dunia.

• Diriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman pernah bertanya kepada iblis, bagaimana dia akan menyesatkan umat mukmin. Iblis menyatakan yang dia akan menghasut manusia menyembah dinar dan dirham.

• Rasulullah SAW pernah bersabda kepada para sahabat bahawa diakhir zaman ini umat mukmin akan diserang dari berbagai segi. Para sahabat bertanya kenapa boleh jadi begitu. Baginda SAW menyatakan bahawa orang mukmin ketika itu ramai bilangannya tetapi terlalu mencintai kemewahan dunia. Serta takut kepada mati.

• Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa apabila dia wafat kelak akan terdapat banyak khilaf. Maka baginda SAW menyatakan kepada mukmin supaya kuat memegang sunnah baginda. Dan serta jalan amalan para Khulafa al-Rasyidin.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914