Ustaz Dr Mohd Ali 081222

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman diperintah agar selalu membaca Al Quran.

• Jadikanlah ia sebagai sahabat karib kita didunia ini. Terutama mereka yang diakhir umur hayat.

• Quran adalah sahabat karib bukan sahaja didunia tetapi dia akan menjadi teman yang selalu membacanya didalam barzakh.

• Wajib sesaorang itu menjadi pelajar Al Quran sepanjang hayat.

• Umur umat Muhammad adalah diantara 60 hingga 70 tahun. Cukup untuk mempelajari 6 ribu lebih ayat Al Quran.

• Setiap mukmin perlulah menanam niat untuk berjumpa ini dihari akhirat nanti...
   - Al Quran
   - Rasulullah SAW
   - Allah SWT

• Semasa hayat didunia ini tidaklah mungkin kita berjumpa dengan Rasulullah SAW dan Allah SWT secara fizikal. Maka mengharap untuk berjumpa dihari akhirat nanti.

• Penting nya semasa hidup didunia ini setiap mukmin memahami Al Quran. Kerana didalam nya terdapat berbagai ilmu dan beramal dengannya.

• Hanya Allah SWT sahaja yang alim. Kita tidak ada ilmu tanpa dianugerahkan NYA.

• Al Quran juga mempunyai roh nya tersendiri. Sebagai seorang mukmin hendaklah mempunyai roh Al Quran ini didalam diri kita. Dengan mempelajari dan beramal dengan segala ilmunya. Dijadikan sebagai teman Ita didalam alam barzakh kelak.

• Didalam Al Quran diberitakan segala rahsia kehidupan di akhirat kelak. Diberitahu kepada manusia akan keadaan didalam neraka dan syurga. Segala arahan untuk menghindari siksaan yang tidak terperi sakitnya.

• Surah An Nur 35. Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah "misykaat" yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914