Ustaz Muhaimin 161222

Kuliah Maghrib

• Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam:

لاَ يُدْخِلُ أَحَداً مِنْكُمْ عَمَلُهُ الْجَنَّةَ. وَلاَ يُجِيْرُهُ مِنَ النَّارِ. وَلاَ أَنَا. إِلاَّ بِرَحْمَةِ مِنَ اللهِ.

Tidaklah dimasukkan seseorang daripada kamu ke dalam syurga kerana amalannya. Dan tidak dijauhkan daripada neraka (kerana amalannya). Dan tidak juga aku. Kecuali dengan rahmat daripada Allah.

• Orang yang beriman diakhirat nanti yang mendapat syurga mereka dijemput dengan penuh hormat oleh para malaikat. Sambil menyatakan yang orang-orang ini semasa didunia adalah baik.

• Syurga itu mempunyai banyak pintu- pintu. Tiap tiap pintu dikhaskan untuk mereka yang tertentu. Ada pintu untuk para Syuhada.

• Terdapat 100 darjat syurga. Mengikut bagi orang yang beriman ketentuan masing-masing.

• Penghuni syurga fizikal nya muda belaka. Tidak berpenyakit. Tidak berbau busuk. Tidak membuang najis. Harum bau mereka seperti harum kasturi.

• Setiap ahli syurga dipakai pakaian serupa seorang raja. Jika anak mereka menghafal Al-Quran diberi mahkota.

• Syurga itu dihiasi dengan emas, Perak dan permata. Istana nya luas sekali tidak tergambar besarnya.

• Dilayan oleh bidadari. Cantik serupa permata mutiara yang tersusun rapi. Pelayan lelaki yang kacak serupa mutiara yang bertaburan. Wanita yang solehah dijadikan seperti permaisuri. Tinggi makam mereka.

• Penghuni syurga tidak merasa letih dan penat. Tidak juga berkata kata tidak baik. Seperti mengumpat dsb.

• Didalam syurga terdapat banyak taman-taman. Sungai mengalir disekeliling nya. Air yang jernih. Ada juga sungai yang airnya adalah susu yang segar. Ada juga sungai yang airnya arak dan madu.

• Ada mata air Salsabila. Dan telaga Kausar. Dan berbagai-bagai lagi sumber air yang istimewa yang tidak terdapat didunia ini.

• Makanan yang tidak terhingga banyak dan sedap rasanya. Buah buahan yang istimewa. Ada burung-burung yang sedap sekali rasanya yang tidak sama dengan makanan didunia.

• Rasulullah SAW bertemu dengan Nabi Ibrahim AS semasa didalam perjalanan mikraj baginda. Diberitahu kepada Baginda SAW sekiranya pengikutnya membaca Subhanallah...... Allahuakbar akan beri Allah SWT sepohon pokok di syurga nanti. Ada pokok batangnya dijadikan daripada emas.

• Penghuni syurga tidak letih. Tidak tidur. Tidak ada malam atau siang. Cahayanya bukan daripada matahari tetapi cahayanya daripada arasy.

• Amalan ahli syurga adalah sentiasa memuji Allah SWT. Akan apa yang dianugerahkan  semasa didalam syurga.  Tidak pernah mereka bayangkan nikmatnya. Mata tidak pernah lihat, telinga tidak mendengar, dan rasa yang tidak pernah dinikmati didunia ini

• Ahli syurga ada yang dapat melihat Allah SWT. Berseri-seri wajah mereka melihat Illahi.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914