Ustaz Syukri 080723

Kuliah Maghrib

• Amanah ada satu perkara yang paling penting untuk sesaorang mukmin melaksanakan.

• Para ulama menyatakan bahawa urusan pentadbiran wilayah jika diberi kepada bukan ahlinya maka tunggulah kehancuran wilayah tersebut. Ini menunjukkan betapa pentingnya hal amanah didalam Islam.

• Negara Iraq semasa kegemilangan kerajaan Islam adalah pusat ilmu. Dibina negara itu berpusat kepada ilmu. Dibina masyarakatnya diatas landasan keadilan dan jauh daripada kezaliman.

• Pemimpin yang rapat dengan Al Quran selalunya seorang yang beramanah. Beberapa pemimpin mukmin kontemporari terbukti akan hal tersebut. Contohnya Bekas Presiden Mesir Mursi.

• Pemimpin yang cuai didalam kewajipan agamanya tidak layak untuk memimpin. Sekira dilantik juga akan membawa masalah kepada negaranya.

• Didalam Islam, seorang pemimpin hendaklah meletakkan hukum Allah SWT melebihi pandangan manusia.

• Para sahabat, mereka berjaya kerana meletakkan hukum Allah SWT melebihi segala yang lain.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914