Ustaz Dr Nizam 080723

Kuliah Subuh

• Pembahagian dosa
   - dosa kecil
   - dosa besar

• Imam Zahabi menyenaraikan 70 dosa - dosa besar didalam kitabnya. Imam Ibnu Hajar menambah lagi hingga 400 dosa besar.

• Dalam mahzab Ahli Sunnah Waljamaah, Allah SWT akan menghapuskan dosa- dosa kecil apabila seseorang itu melakukan kebaikan. Dosa- dosa besar pula perlulah bertaubat.

• Sesiapa yang berpuasa sunat pada hari Arafah, maka dihapuskan dosa- dosa kecilnya. Setahun sebelum dan setahun selepas hari Arafah.

• Rukun Bertaubat
   - tinggalkan maksiat
   - menyesal
   - berazam untuk tidak melakukan

• Jika dosa itu terjadi akan kesalahan terhadap manusia, maka perlulah memohon maaf daripada manusia tersebut.

• Bermusuhan antara sesama mukmin merupakan dosa besar. Allah SWT memerintah orang yang beriman berpegang teguh kepada tali NYA dan jangan berpecah belah.

•  Didalam mahzab Khawarij tiada dosa kecil. Hanya adalah dosa besar sahaja. Sesiapa yang melakukannya, mereka adalah kafir.

• Didalam mahzab Murjiah tidak ada dosa besar. Semua dosa adalah kecil.

• Risiko melakukan dosa besar
   - siksaan api neraka diakhirat kelak
   - terjatuh sebagai orang yang fasik

• Dosa kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar.

• Suka bila melakukan dosa kecil akan menjadikan dosa tersebut itu dosa besar.

• Orang yang berilmu yang menjadi ikutan orang lain jika dia melakukan dosa kecil akan ditakrifkan sebagai dosa besar.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914