Ustaz Rahmatullah 100723

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman janganlah meremehkan perbuatan dosa-dosa kecil.

• Jika melakukan dosa kecil berterusan akan menjadikan perbuatan dosa besar.

• Diantara dosa yang besar adalah syirik kepada Allah SWT, menderhaka kepada kedua ibubapa dan perkataan yang dusta.

• Perbuatan dusta ada didalam hal hal agama. Iaitu menipu dalam sunnah Rasulullah SAW. Ada yang menyampaikan hadis hadis palsu. Berkata sesuatu yang datang dari Baginda Rasulullah SAW tetapi sebenarnya tidak pernah dikatakan Baginda SAW.

• Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada NYA.

• Diancam didalam Al Quran balasan neraka kepada sesiapa yang membunuh orang mukmin.

• Dosa besar juga adalah perbuatan berzina, minum arak, meninggal solat, mengamalkan perbuatan riba, memungkiri janji, serta memutuskan silaturrahim.

• Para ulama menyatakan ada tujuh puluh dosa-dosa besar.

• Perbuatan dosa kecil dihapuskan dengan amalan yang baik. Seperti solat malam. Dan solat lima waktu.

• Orang yang terbaik adalah yang bila ditegur dan nasihat akan perbuatan dosa walaupun kecil akan segera memperelokkan dirinya. Apatah lagi jika ia dosa besar.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914