Ustaz Rahmatullah 120723

Kuliah Maghrib

• Bagi setiap dosa yang dilakukan perlulah bertaubat. Sama ada dosa besar atau kecil. Kerana dosa yang kecil jika dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar.

• Menyiarkan berita palsu juga dianggap satu dosa besar. Kerana kesannya kepada orang yang diburukkan adalah berat. Sebagaimana Saidina Aisyah di fitnahkan dengan perkara yang buruk. Baginda Rasulullah SAW juga terkesan dengan peristiwa ini.

• Perlakuan dosa adalah hukum didalam agama Islam. Jika manusia pisahkan kehidupannya daripada hal ehwal agama, maka melakukan dosa tiada kesan pada dirinya. Lama kelamaan masyarakat akan rosak. Begitulah terjadi didalam masyarakat di barat yang mengamalkan sekularisme.

• Bagi orang yang beriman bila dia tergelincir melakukan dosa maka akan timbul rasa takut. Perasaan itu dirisaukan akan apa yang jadi kepadanya apabila dia mati kelak dan bertemu dengan Allah SWT. Oleh kerana merasa takut inilah yang dia selalu memohon keampunan daripada Allah SWT.

• Banyak riwayat menceriakan bagaimana sesaorang itu dimasukkan ke dalam neraka kerana dosa kecil. Seperti menganaia seekor kucing seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka.

• Bagi seorang yang beriman perlulah dia berwaspada jika dimelayukan penganaian kepada manusia yang lain. Seperti menidakkan hak sesaorang.

• Semasa didalam haji wada' Rasulullah SAW berpesan akan kelalaian daripada menjaga diri dari melakukan dosa-dosa kecil. Syaitan akan memainkan tipu dayanya untuk mendorong manusia melakukan banyak dosa-dosa kecil.

• Dihari pembalasan kelak tiada dosa kecil jika dibicarakan dengan keadilan, semua dosa jadi besar. Tetapi jika dibicarakan dari aspek kerahmatan Nya, dosa yang besar pun jadi kecil. Ini pandangan seorang ulama tasawuf yang terkenal.

• Begitulah jika dinilaikan dengan amal ibadat yang dikerjakan oleh sesaorang itu belum cukup untuk dia memasuki syurga. Dia dapat memasuki syurga sebenarnya kerana rahmat Allah SWT.

• Ya Allah SWT, jadikanlah dosa-dosa yang kami lakukan dibicarakan dengan rahmat-Mu. Janganlah dosa-dosa kami dibicara dengan hanya keadilan sahaja.

• Orang yang beriman perlulah berusaha mencari kecintaan Allah SWT dengan ketaqwaan kepada NYA. Kerana syurga itu hanya dicapai dengan kasih sayang NYA. Rahmat NYA.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914