Ustaz Muhymeen 170622

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman hendaklah fokus akan hati seseorang itu.

• Banyak ayat Al Quran menceritakan tentang betapa Allah SWT mengetahui akan keadaan hati makhlukNYA.

• Surah Al Mulk ayat 13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

• Hati yang dimaksudkan adalah hati Nurani bukan hati fizikal.

• Didalam tubuh manusia jika hati itu baik maka baiklah seluruh diri dan kehidupan nya.

• Terletak di dalam hati terdapat berbagai sifat yang terpuji. Seperti ikhlas, tawaduk, baik, dsb. Kalau tidak dijaga akan masuk sifat sifat yang buruk, seperti riak, sombong dan lain lain.

• Hati juga adalah tempat bertembung nafsu dan iman.

• Hati juga sibuk. Sehingga seseorang itu sedang solat, hati akan melilau kesana kesini.

• Bergolak balik keimanan seseorang itu kerana hati yang berubah-rubah.

• "YAA MUQALLIBAL QULUUB TSABBIT QULUUBANAA 'ALAA DIINIK"

Ertinya: Wahai Dzat yang membulak-balikkan hati tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu.

Menurut riwayat Anas, Rasulullah Saw memperbanyakkan doa ini, kerana beliau sangat kuatir apbila hati ini yang sudah kukuh dan kuat imannya kepada Allah, tiba-tiba berubah.

• Pendek angan-angan dapat menetapkan hati. Pendek disini adalah anggapan sesaorang yang hidupnya ini tidak lama didunia ini. Sebaliknya panjang angan-angan adalah seorang itu beranggap yang matinya lama lagi. Jadi dia tidak bersungguh sungguh didalam melakukan ibadat. Ini adalah helah nafsu dan syaitan.

• Para ulama merasakan yang ajalnya akan datang pada bila bila masa sahaja. Mereka merasakan yang solat mereka itu mungkin yang terakhir. Jadi hatinya sentiasa mengingati Allah SWT.

• Hati yang ingatkan mati itu lambat lagi. Maka akan ditangguhkan taubat nasuha. Dan juga ditinggalkan amalan yang soleh.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914