Ustaz Dato' Nahrawi 200622

Kuliah Maghrib

• Konsep zuhud didalam Islam. Melihat orang yang lebih rendah tarafnya daripada kita, dan jangan melihat orang yang lebih tinggi tarafnya.

• Supaya kita tidak menghina NIKMAT yang Allah SWT kurniakan.

• Bila kita melihat orang dilebihkan nikmatnya daripada kita. Hendaklah kita melihat orang yang kurang nikmatnya.

• Bersyukur kepada Allah SWT. Merasa cukup akan apa yang direzekikan. Berusahalah dengan lebih lagi. Jangan rasa iri hati kepada orang lain.

• Jika Allah SWT kurniakan rezeki yang lebih kepada kita. Hendaklah kita bermurah kepada orang-orang yang kurang daripada kita.

• Para sahabat selalu melihat Baginda Rasulullah SAW berlaparan. Kerana dia tidak ada makanan dirumahnya walaupun sebiji kurma.

• Saidina Aisyah RA menyatakan ketika Baginda Rasulullah SAW wafat, tidak ada makanan yang berlebihan, yang ada adalah sedikit gandum. Aisyah berkata selanjutnya dia hanya makan akan gandum tersebut hingga habis.

• Kehidupan Baginda Rasulullah SAW, manusia yang paling dikasihi Allah SWT hidupnya cukup sederhana.

• Begitu juga para sahabat ketika berhijrah daripada Mekah ke Madinah, ada yang meninggal ketika diperjalanan kerana bekalan yang tidak mencukupi. Itulah mengorbanan mereka kerana menegakkan agama Allah.

• Kisah Nabi Ayub patut dijadikan teladan untuk bersabar. Asal nya dia kaya dengan harta dan binatang ternakan. Tiba tiba datang kemarau yang teruk. Semua ternakannya mati. Hartanya juga habis. Kesemua 14 orang anaknya mati. Yang hidup adalah dia dan isterinya sahaja. Malu dia nak memohon kepada Allah SWT, kerana selama ini diberi nikmat yang banyak, apabila diuji yang sedikit sahaja perlulah dia bersabar.

• Orang yang beriman hendak menerima apa sahaja ketentuan Allah SWT. Bertenang akan apa yang menimpa dirinya. Tetapi tidak berputus-asa untuk meningkatkan usaha mencari nikmat yang lebih.

• Baginda Rasulullah SAW walaupun besar pangkatnya diantara manusia. Tetapi Baginda tidak meninggalkan harta benda ketika wafat nya. Yang ada adalah seekor keldai tunggangannya, senjata perang dan sebidang tanah untuk orang bermusafir berteduh.

• Kecintaan dunia tidak ada nilainya melainkan kepada mereka yang selalu mengingati Allah SWT. Menerima ketentuanNYA. Serta sentiasa mengejar ilmu dan beramal dengannya.

• Wassalam

  
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914