Ustaz Yusof 050622

Kuliah Subuh

• Ramadhan dan Syawal baru berlalu. Berbagai peristiwa telah dialami.

• Para ulama mempersoalkan kenapa ramai orang yang banyak melakukan beribadat pada bulan Ramadhan, tetapi sunyi dibulan bulan yang lain.

• Apakah kita ini dibulan Ramadhan sahaja yang menjadi hamba. Tetapi tidak dibulan bulan yang lain. Inilah persoalan yang harus difikirkan oleh orang yang beriman.

• Amal ibadah itu hendaklah dilakukan dengan secara berterusan, hinggalah dijemput pulang oleh Allah SWT. Memperbanyakkan ibadah selagi diri kita masih bernyawa. Kerana kita tidak tahu bila masanya kita akan mati.

• Pelajarilah daripada kehidupan para ulama yang telah meninggal. Agar menjadi contoh untuk kita yang masih hidup.

• Hj Abdul Malik Karim Amrullah, HAMKA. Seorang Ulama'besar dari Indonesia. Kehidupannya menghadapi berbagai liku dan cubaan.

• Beliau dipenjarakan kerana berani mengkritik dasar pemerintah yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

• Semasa didalam penjara, beliau dapat menghabiskan tulisan kitab tafsir Al Azhar. Digunakan apa sahaja kesempatan untuk melakukan ibadat.

• Walaupun semasa dipenjara HAMKA difitnah dan diseksa oleh pemerintah ketika itu. Tetapi beliau masih boleh memaafkan musuhnya. Sehingga apabila pemerintah itu mati dia yang menyembahyangkan jenazahnya.

• Sebagai seorang ulama beliau mengambil berat akan akhlak seseorang ahli agama. Menjaga maruah agama.

• Ketokohan HAMKA perlulah dicontohi oleh orang yang beriman.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914