Ustaz Firdaus 040622

Kuliah Maghrib

• Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik kepada seluruh umat mukmin.

• Ramai orang yang beriman pergi mengerjakan ibadah umrah dan haji menziarahi makam Rasulullah SAW.

• Walaupun tidak pernah bertemu dengan Baginda SAW tetapi kerinduan mereka tidak terkata. Dapat bersolat dan menziarahi makam nya sebagai ubat kerinduan tersebut.

• Mempelajari sirah Rasulullah SAW sesuatu yang digalakkan kepada semua orang yang beriman. Kerana dengan menghayati sirah Baginda SAW dapat memahami agama Islam dengan mendalam.

• Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat menghayati agama Islam dengan ikhlas. Solat mereka begitu khusyuk.

• Setelah Baginda SAW telah berjaya mendirikan kerajaan Islam di Madinah, maka diperluaskan pengaruh risalah Islam.

• Perjanjian Hudaibiyah memberi ruang keamanan dimana membolehkan Islam dikembangkan keseluruh kawasan Arabia.

• Baginda Rasulullah SAW menulis surat kepada raja-raja kerajaan sekeliling Jazariah Arab seperti raja Najashi, Mesir, Rum dan lain-lain.

• Sahabat Ammar ditugaskan Baginda Rasulullah SAW membawa surat kepada Raja Najasyi negeri Habsyah.

• Surat Rasulullah SAW kepada Raja Najasyi.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Daripada Muhammad kepada Raja Najasyi (raja Habsyah). Salamu 'alaika. Sesungguhnya aku tujukan kepadamu dengan memuji kepada Allah, Raja Yang Maha Suci lagi Memberi Keamanan lagi Maha Memelihara. Aku bersaksi bahawa Isa itu roh Allah dan kalimah yang dikurniakan kepada Maryam yang bersih dan suci daripada sebarang kejahatan. Lalu dia mengandungkan Isa. Sesungguhnya, aku ialah Rasulullah. Aku utuskan kepadamu sepupuku Ja'far dan bersamanya beberapa orang-orang Islam. Tinggalkanlah sifat sombong, dan sesungguhnya aku mengajak kamu dan bala tentera kamu kepada Allah Azzawajalla. Sesungguhnya, aku telah menyampaikan dan memberikan nasihat, terimalah nasihatku. Selamat sejahteralah kepada sesiapa yang mengikuti petunjuk yang sebenar.

• Raja Najasyi menulis jawapan kepada Rasulullah SAW

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kepada Muhammad Rasulullah, selamat sejahtera ke atasmu wahai Nabi Allah, daripada Allah dan ke atasmu jua rahmat dan berkat-Nya. Tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Dia, yang telah memberikan petunjuk kepada daku untuk menerima Islam. Sesungguhnya, telah sampai kepadaku surat daripadamu wahai Rasulullah. Di dalamnya telah engkau sebutkan berkenaan Nabi Isa. Demi Tuhan yang memiliki langit dan bumi, bahawa Isa AS tidak lebih daripada perkara yang kau sebutkan. Sesungguhnya, kami telah mengetahui perkara yang engkau utuskan kepada kami. Kami mendekatkan diri dengan sepupumu dan para sahabatnya.

Maka, aku naik saksi bahawa sesungguhnya aku berbaiah kepadamu, berbaiah kepada sepupumu dan aku masuk Islam di hadapannya kerana Allah, Tuhan sekalian alam. Aku utuskan kepadamu, Ariha bin Asham bin Abhar. Sesungguhnya, aku tidak memiliki apa-apa melainkan diriku. Jika engkau mahu aku datang sendiri menemuimu ya Rasulullah, nescaya aku akan melakukannya. Sesungguhnya, aku bersaksi bahawa perkara yang kamu sabdakan adalah benar."

• Contoh Baginda Rasulullah SAW didalam mengembangkan Islam perlulah dilakukan oleh para pemimpin mukmin.

•  petikan daripada republika.co.id  

Salah satu surat yang dikirimkan itu adalah kepada Raja Mesir dan Iskandariyah, Al Muqauqis. Nabi menulis surat kepada Juraij bin Matta, yang bergelar Al Muqauqis.

Berikut isinya:

"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Dari Muhammad hamba Allah dan utusan-Nya kepada Al Muqauqis pembesar bangsa Qibthi. Salam sejahtera bagi orang yang mengikuti petunjuk. Amma ba'du:

Aku mengajakmu untuk memeluk Islam. Masuk Islamlah engkau, niscaya engkau selamat. Masuk Islamlah, Allah akan memberimu pahala dua kali lipat. Namun bila engkau berpaling, niscaya engkau akan menanggung dosa bangsa Qibthi.

(Allah berfirman), 'Hai Ahli Kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) sama antara kami dengan kamu, yaitu bahwa kita tidak menyembah kecuali hanya kepada Allah dna tidak mempersekutukanNya dengan apapun dan tidak  (pula) sebagian yang lain sebagai sembahan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka. 'Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)'." (Ali Imran:64)

Nabi memilih Hathib bin Abi Balta'ah untuk membawa surat ini. Ketika Hathib masuk menjumpai Muqauqis, ia berkata kepadanya, "Sebelum kamu ada raja yang menganggap dirinya adalah Tuhan yang Mahatinggi, lalu Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia, Allah telah menyiksanya. Maka ambillah pelajaran dari orang lain, jangan orang lain mengambil pelajaran darimu."

Muqauqis menjawab, "Sesungguhnya kami telah mempunyai agama tersendiri, yang tidak akan kami tinggalkan kecuali karena ada agama yang lebih baik darinya."

Hathib berkata, "Kami mengajakmu kepada agama Islam yang telah dicukupkan oleh Allah, maka tinggalkanlah agama selainnya. Sungguh, Nabi ini telah mengajak manusia, kemudian yang paling menentangnya adalah kaum Quraiisy, yang paling memusuhinya adlaah orang Yahudi dan yang paling dekat dengannya adalah orang-orang Nasrani. Sungguh, tidaklah kabar gembira yang dibawa Musa mengenai Isa melainkan seperti kabar gembira yang dibawa Isa mengenai Muhammad, dan tidaklah ajakan kami kepadamu kepada Alquran kecuali seperti ajakanmu kepada ahli Taurat kepada Injil. Karena setiap Nabi yang bertemu suatu kaum, mereka itu adalah umatnya, maka wajib bagi mereka mematuhinya. Dan engkau termasuk salah seorang yang bertemu dengan Nabi ini. Kami tidak melarangmu memeluk agama Isa tetapi kami memerintahkanmu untuk masuk Islam."

Muqauqis berkata, "Aku telah memperhatikan tentang Nabi ini, aku dapati ia tidak memerintah hal yang tidak disukai dan tidak melarang hal yang disukai. Ia bukanlah seorang tukang sihir yang sesat dan bukan pula seorang dukun pembohong. Aku temukan tanda kenabian padanya ketika ia dapat mengeluarkan sesuatu yang disembunyikan dan menceritakan sesuatu yang dirahasiakan. Seterusnya aku akan mempertimbangkan dulu."

Muqauqis kemudian mengambil surat Nabi itu lalu diletakkan dalam sebuah bejana kecil yang terbuat dari gading. Ia memberi stempel di atasnya lalu diserahkan kepada seorang pelayannya. Kemudian ia memanggil tukang tulis yang mengerti bahasa Arab, lalu menulis surat balasan kepada Nabi:

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Kepada Muhammad bin Abdillah dari Muqauqis pembesar bangsa Qibthi (Mesir). Keselamatan atasmu. Amma ba'du.

Suratmu telah kubaca dan aku memahami apa yang engkau sebutkan di dalamnya dan apa yang engkau serukan. Aku tahu bahwa seorang Nabi masih ada dan tadinya aku mengira ia akan muncul dari negeri Syam. Utusanmu telah aku muliakan dan aku kirim untukmu dua orang perempuan yang keduanya mempunyai kedudukan yang tinggi di Mesir, juga aku hadiahkan untukmu sehelai kain dan seekor bagal (Peranakan kuda dan keledai) untuk tungganganmu. Semoga keselamatan selalu atasmu.

• Dalam dakwah Baginda SAW tidak menjanjikan keduniaan tetapi kejayaan diakhirat

• Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914