Ustaz Shamsuddin 180622

Kuliah Subuh

• Hati orang yang beriman, perlulah dikosongkan dari kecintaan kepada kemanisan dunia.

• Kerana hati yang cintakan dunia lebih daripada cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW amat susah untuk mendapat cahaya iman.

• Kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW akan membawa sesaorang hamba menemui serta mendapati cahaya iman. Kemanisan iman yang membawa ketenangan yang tidak ada bandingannya.

• Dunia ini adalah makhluk. Didalamnya terdapat keluarga, kekayaan, harta benda, komuniti yang melekakan sesaorang daripada mengingati Allah SWT.

• Mengingati Allah SWT akan mencetuskan perasaan cinta kepada NYA. Kecintaan yang memberi kebahagiaan kepada seseorang hamba. Rindu untuk kembali kepada NYA.

• Alam yang ghaib itu wujud. Walaupun tidak dapat dilihat oleh mata fizikal. Tetapi dapat dilihat oleh mata hati. Alam ini dinamai alam malakut.

• Begitu juga apabila hati seseorang yang dianugerah cahaya iman akan selalu mengingati kehidupan yang akan dirasai selepas mati. Alam ini dinamakan sebagai alam jabarut.

• Kehidupan didunia ini manusia diberi pilihan bagaimana dia mengendalikan dirinya. Tetapi kehidupan selepas mati, manusia tidak ada lagi pilihan. Segalanya telah ditentukan oleh Allah SWT.

• Kehidupan selepas mati ditentukan oleh amalan hamba sebelum mati. Jika dia seorang yang Soleh maka kehidupannya selepas mati akan bahagia. Sebaliknya jika dia fasik dan kafir maka meranalah hidupnya selepas mati. Merana yang berterusan selamanya.

• Untuk mencapai peringkat Soleh perlulah sesaorang itu hidupnya didunia ini mengikut segala suruhan dan larangan Allah SWT. Dengan mengikut cara yang disunnahkan oleh Baginda Rasulullah SAW.

• Hati orang yang soleh diisi oleh kecintaan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tidak diisikan oleh kecintaan kepada makhluk NYA.

• Inilah cinta yang tinggi. Segala yang diamalkan akan dilakukan dengan penuh amanah dan ikhlas. Sentiasa mengharap keredhaan NYA.

• Allah SWT bersabda didalam Surah Tawba, ayat 111. Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914