Ustaz Abdul Halim 260622

Kuliah Subuh

• Didalam majlis yang mengingati Allah SWT, para malaikat mengelilingi mereka yang berada dimajilis tersebut.

• Para malaikat tersebut memberitahu Allah SWT bahawa hamba- hamba sedang mengingati akan kebesaran NYA.  Membaca Al Quran. Berselawat keatas Rasulullah SAW. Berdoa agar diberi kejayaan dunia dan akhirat.

• Allah SWT memerintahkan para malaikat tersebut untuk melindungi para hambaNYA yang hadhir dimajilis tersebut dengan Rahmat NYA.

• Pada satu hari Baginda Rasulullah SAW melihat beberapa sahabat berkumpul. Ditanya Baginda SAW apa yang mereka sedang berbual. Mereka menyatakan yang mereka sedang mengingati akan kenikmatan anugerah Allah SWT. Baginda Rasulullah SAW menyatakan yang Allah SWT suka akan apa yang mereka lakukan.

• Allah SWT suka kepada hamba-Nya yang berzikir kepada NYA.

• Sesiapa yang selalu mengingati Allah SWT akan disayangi Allah SWT. Serta diberi perlindungan NYA. Diperluaskan rezekinya daripada Allah SWT.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914