Kuliah Subuh Masjid Al Huda 230219

✓ Kematian itu merupakan satu kafarah bagi seorang mukmin

✓ Gugurnya dosa ketika menghadapi kematian apabila seseorang itu bertaubat

✓ Begitu juga sesaorang itu melakukan amalan yang Soleh dosanya digugurkan. Walaupun hanya dengan membaca Ameen bersama sama dengan imam didalam solat berjemaah.

✓ Amalan yang dilakukan oleh sesaorang akan menjadi kafarah kepada dosa nya

✓ Kesakitan menghadapi maut juga akan menjadi kafarah kepada dosa dosanya

✓ Allah SWT memberi rahmat kepada hambaNYA ketika ia dikembalikan kepada NYA. Sekiranya ia masih banyak lagi dosa yang belum diampunkan maka kesakitan semasa menghadapi maut satu kafarah kepada dosa dosa itu.

✓ Jangan kita memburukkan sesaorang ketika matinya. Kerana sekiranya Allah SWT mengampunkan segala dosa dosa nya maka ia akan dimuliakan. Dizaman Nabi Musa AS ada seorang yang banyak melakukan maksiat ketika dia mati orang kampungnya menghumbankan mayatnya didalam tempat najis. Allah SWT perintah Nabi Musa memandikan dan kafankan serta ditanamkan secara baik. Apa yang orang kampungnya tidak tahu bahawa orang tersebut sebelum mati memohon ampun. Allah SWT memperkenankan permintaan hamba itu.

✓ Orang yang kufur jika dia mati tidak sempat bertaubat akan menghadapi kehinaan didalam kehidupan selepas mati. Dia benci bertemu dengan Allah SWT maka begitulah juga Allah SWT juga benci berjumpa dengannya selepas dia mati.

✓ Wassalam



Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809