Ustaz Rahmatullah 110219

Kuliah Maghrib

✓ Zuhud bagi Ibnu Abbas adalah berikut
      • Tinggalkan dunia yg berlebih-lebihan
      • Tidak mengikut hawa nafsu
      • Jauhi daripada mencintai dunia

✓ Saidina Siti Khadijah RA merupakan orang kaya yang zuhud. Beliau menghabiskan segala harta bendanya untuk perjuangan Islam.

✓ Saidina Othman bin Affan seorang sahabat Rasulullah SAW yang kaya. Dia juga menghabiskan harta bendanya kejalan Allah SWT. Kekayaan dunia tidak dapat menipu nya.

✓ Jaga lidah kamu. Bercakap yang penting sahaja. Cakap yang baik sahaja. Kalau tiada lebih baik dia diam. Kerana lidah ramai orang yang terjerumus ke dalam api neraka.

✓ Tinggalkan dunia. Melainkan didalam perkara yang penting sahaja.

✓ Begitu juga apabila bersosial. Lakukan diperingkat yang perlu sahaja. Tidak perlu bersosial jika ia tidak mempunyai objektif yang baik.

✓ Ada juga orang yang bercakap perkara yang baik. Tetapi hatinya berlainan daripada percakapannya. Maka perlulah dijauhkan dari manusia yang bersifat sedemikian.

✓ Ada juga manusia yang mulia hatinya tetapi tidak banyak bercakap. Mempunyai hati yang bersih. Disayangi oleh Allah SWT. Sheikh Abdul Qadir Jailani menyatakan jika kita kenal orang sebegini maka hendaklah kita bergaul dengannya. Berkemungkinan dengan pergaulan tersebut Allah SWT akan menyayangi kita.

✓ Ada manusia yang rajin mempelajari ilmu serta rajin mengajar kepada orang lain. Allah SWT menganugerahkan kepada nya kefahaman agama. Bila berjumpa dengan mereka hendaklah kita menghormati nya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809