Ustaz Ali 120219

Kuliah Subuh

✓ Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang bersifat takabur.

✓ Ayat Saffaat ayat 35 Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya

✓ Allah SWT memuji mereka yang bersifat tawaduk. Merendah diri...

✓ Rasulullah SAW dipuji Allah SWT Didalam surah Al Qalam ayat 4 : Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.

✓ Saidina Omar Ibnu Aziz merupakan khalifah yang tawaduk. Satu malam dia didatangi seorang rakyat biasa. Lampu minyak yang diguna telah kehabisan minyak. Tetamu itu hendak bangun mengisi minyak. Tetapi Saidina Omar tidak izinkan malah dia sendiri yang mengisikan minyak didalam pelita.

✓ Khalifah Islam Saidina Umar Al Khatab pergi ke sham Untuk membuka kota Baitul Mukaddis, beliau datang dengan hanya menaiki seekor unta, dan ditemani pembantunya. Saidina Umar dan pembantunya bergilir-gilir menaiki unta. Ketika Umar menaiki unta, pembantunya berjalan sambil memandu pedati unta tersebut. Manakala ketika pembantunya naik unta, Umar pula yang akan berjalan memandu pedati untanya itu.

Begitulah tawaduk nya seorang khalifah yang mempunyai empayar yang besar tetapi sanggup melayan pembantunya setara dengannya.

✓ Sebagai seorang yang beriman perlulah sedar bahawa kita asalnya dari air mani. Dan akhirnya bila mati jasad kita akan busuk juga.

✓ Abu Hurairah dilantik menjadi Amir di Bahrain oleh khalifah Saidina Omar. Di pergi ke Bahrain menaiki kaldai. Ini merupakan kenderaan rakyat biasa. Sehingga bila dia sampai di Bahrain orang ramai tidak mengenalnya. Begitulah sikap para sahabat. Langsung tidak menunjukkan sikap sombong. Malah mereka makin bertawaduk bila dinaikkan kedudukan.

✓ Rasulullah SAW sanggup menyuapkan makanan kepada seorang wanita tua yang meminta baginda melakukan sedemikian. Begitulah tawaduk sikap baginda.

✓ Sebagai orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat tawaduk. Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809