Ustaz Nizam UIA 020219

Kuliah Subuh

✓ Persoalan mengenai roh adalah daripada perkara yang ghaib. Tidak perlu dibincang dengan mendalam hanya cukup yakin bahawa roh itu ada.

✓ Surah Allah Israa ayat 85: Dan mereka bertanya kepadamu wahai Muhammad tentang roh. Katakanlah: Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku dan kamu hanya diberi sedikit sahaja ilmu pengetahuan

✓ Para ulama' sunnah Waljamaah tidak membincangkan mengenai dengan roh

✓ Bila hari Qiamat akan berlaku juga tidak dibincang. Kerana ia juga adalah hal ghaib yang tidak diberitahu kepada Rasulullah SAW ataupun Malaikat Jibril

✓ Surah an Nazi'at ayat 42 hingga 44 yang bermaksud: "Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" (42) Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu? (43) Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya."

✓ Begitu juga dengan kedatangan imam Mahadi. Para ulama Ahlus sunnah Waljamaah percaya bahawa imam Mahadi itu akan datang, tetapi bila mereka tidak tahu kerana tidak ada dalil didalam Al Quran Dan Hadith.

✓ Jabir bin Abd Allah Radhiallahu anhu beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda:

فَيَنْزِلُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ صلى الله عليه وسلم فَيَقُولُ أَمِيرُهُمْ تَعَالَ صَلِّ لَنَا ‏.‏ فَيَقُولُ لاَ ‏.‏ إِنَّ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ أُمَرَاءُ ‏.‏ تَكْرِمَةَ اللَّهِ هَذِهِ الأُمَّةَ

Maksudnya: Isa bin Maryam S.A.W turun lalu berkata pemimpin mereka (Al-Mahdi): Marilah solat bersama kami. Lalu Isa berkata: Tidak, sesungguhnya sebahagian kalian menjadi pemimpin atas sebahagian yang lain. Kemuliaan Allah kepada umat ini.

Riwayat Muslim (247)

✓ Perkara yang ghaib ini cukup untuk kita beriman. Tidak perlu membincang mengenai hak tersebut melebihi apa yang terdapat daripada Al Quran Dan Hadith. Ini adalah manhaj sunnah Waljamaah

✓ Lebih baik dibincang mengenai hal hal yang lebih penting yang diwajibkan keatas diri kita melaksanakan

✓ Wassalam


 


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809