Ustaz Yahaya 060219

Kuliah Maghrib

✓ Para sahabat kedudukan mereka mulia. Kemuliaan ini disebabkan mereka mendapat ajaran Islam secara berterusan daripada Rasulullah SAW

✓ Walaupun dizaman ini orang mukmin jauh dari generasi pertama para sahabat tetapi mampu mendekatkan diri dengan Allah SWT apabila kita menghidupkan ajaran Baginda Rasulullah SAW. Kita jadikan Rasulullah SAW Sebagai pintu mendekati dan memahami ajaran Islam. Serta mengenali Allah SWT.

✓ Ruh Islam hanya dapat dialami sekiranya orang yang beriman memahami serta menghayati sifat - sifat mulia baginda Rasulullah SAW. Apabila mengenal Baginda maka akan timbul kasih sayang kita kepada nya sebagaimana para sahabat mencintai baginda.

✓ Keperibadian Nabi Muhammad SAW adalah secara menyeluruh. Fizikal, Intelek,  Emosi dan Rohani. Rohani baginda yang cukup menarik serta disanjungi oleh para sahabat dan orang-orang yang mengenali baginda. Rohani yang mendapat wahyu serta didampingi oleh makhluk yang ghaib seperti malaikat. Malah ada riwayat yang baginda berinteraksi dengan bangsa jin.

✓ Rahsia rohani Rasulullah SAW tidak dapat diketahui oleh orang ramai sekadar apa yang ada didalam Al Quran dan Hadith. Nur Muhammad...

✓ Baginda SAW mempunyai banyak keistimewaan yang diriwayatkan oleh para sahabat serta diwahyukan didalam Al Quran. Baginda cintakan akan segala umat mukmin. Maka sebagai seorang yang beriman perlulah kita memperbanyakkan selawat keatas baginda. Selalu mengingati baginda. Mengenali baginda secara menyeluruh rohani dan jasmani. Menghidupkan ajaran dan sunnah baginda.

✓ Yakinlah bahawa Baginda mempunyai tingkatan iman yang tertinggi. Sehingga baginda dinaikkan pangkat melebihi makhluk yang lain. Baginda berjumpa dengan Allah SWT dimana malaikat Jibrail pun tidak dibenarkan sampai ke peringkat  tersebut. Ini terdapat didalam riwayat perjalanan baginda didalam peristiwa Israk dan mikraj.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809