Ustaz Al Sabahi 080219

Kuliah Subuh

✓ Nikmat yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita merupakan ketaatan kepada NYA. Dapat ruang untuk melakukan amal yang Soleh. Kecintaan kepada NYA.

✓ kecenderungan melakukan ibadat merupakan ciri ciri orang yang beriman. Orang yang susah untuk melakukan solat subuh dan insya merupakan ada sifat munafiq didalam dirinya.

✓ Solat Subuh dan Asar merupakan dua waktu solat yang mendapat perhatian para malaikat. Yang akan melaporkan hal solat  hamba kepada Allah SWT.

✓ Allah SWT itu maha penyayang kepada hambanya. Melebihi kasih sayang orang lain. Melebihi kasih sayang ibu bapa kepada anak anaknya. Melebihi cinta rasul kepada umatnya.

✓ Para malaikat juga berdoa kepada Allah SWT agar diberi rahmat dan dijauhkan api neraka daripada manusia yang bertaubat serta yang menjaga ibadahnya.

✓ Surah Al Ghafir ayat 7; Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.

✓ Seorang mukmin hendaklah menjaga sikap nya agar selalu merendah diri jangan berlaku sombong. Anggap diri lebih baik daripada orang lain. Sikap bongkak harus dibuang daripada diri mukmin.

✓ Saorang sahabat yang Rasulullah SAW menyatakan akan masuk syurga. Sahabat yang lain ingin tahu apa keistimewaan nya. Akhirnya mereka tahu bahawa sahabat ini tidak pernah beriri hati dengan kelebihan orang lain.

✓ Orang yang beriman hendak selalu berdoa kepada Allah SWT. Agar diberi kebaikan dunia dan akhirat. Begitu juga hendaklah didoakan orang lain kebaikan.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809