Ustaz Shamsuddin 100219

Kuliah Subuh

✓ Setiap orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat kehambaan kepada Allah SWT. Kadangkala dengan sengaja atau tidak sengaja kita melakukan sesuatu yang menunjukkan bahawa kita belum mempunyai sifat kehambaan kepada NYA

✓ Ada kalanya apabila kita mendapat sesuatu yang dihajati bukan main lagi gembiranya. Tetapi sebaliknya apabila kita gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati akan merasa kecewa. Bagaikan perangai kanak kanak

✓ Yang sepatutnya sesaorang mukmin apabila mendapat sesuatu yang dihajati hendaklah dia bersyukur

✓ Apabila kita gagal mendapatkan sesuatu yang dihajati perlulah sesaorang mukmin itu bersabar

✓ Sekiranya kita tidak dapat bersikap sedemikian maka ia menunjukkan bahawa kita belum dewasa didalam keimanan. Belum lagi sepenuhnya mengabdikan diri kepada Allah SWT

✓ Walaupun sesaorang itu mempunyai ilmu yang tinggi tetapi masih bersikap sedemikian maka dia belum lagi sampai ke peringkat pengabdian yang dikehendaki

✓ Setiap apa yang kita dapati hendaklah ingat bahawa ia datang daripada Allah SWT. Maka hendaklah kita bersyukur kepada NYA. Sedar bahawa kita ini seorang hamba. Yakin bahawa apa sahaja terjadi terhadap seorang mukmin adalah sesuatu yang baik.

✓ Begitulah juga jika kita tidak mendapat sesuatu yang dihajati maka hendaklah bersabar. Tetap juga berusaha. Serta bersabar menghadapi ujian daripada Allah SWT. Yakin bahawa Allah SWT tahu apa yang ditentukan. Setiap ketentuan itu adalah yang terbaik.

✓ Keperibadian yang dikehendaki daripada seorang mukmin adalah syukur dan sabar. Ciri tersebut dapat mempertingkatkan seseorang hamba kearah keimanan yang tinggi. Dapat merasa ehsan didalam diri kita. Ikhlas didalam beribadat. Yakin yang Allah SWT sentiasa melihat kita. DIA tahu apa yang kita lakukan.

✓ Ehsan itu apabila seseorang mukmin dapat melihat dengan mata hatinya keagungan Allah SWT. Serta yakin bahawa Allah SWT sentiasa melihatnya. Setiap amalan itu ikhlas kerana NYA. Apabila mendapat sesuatu hajat dia bersyukur. Jika gagal maka bersabar. Dia tidak perlu menghitung hitung akan fadhilat melakukan sesuatu ibadah. Sebagai seorang hamba dia melakukan apa yang diperintahkan Allah SWT. Berusaha untuk mencapai peringkat ubudiah yang tinggi

✓ Hamba yang soleh mempunyai sifat ubudiah yang tinggi. Merasa sama sahaja akan keadaan gembira dan kecewa,  kemuliaan dan kehinaan. Dia tenang menghadapi setiap ketentuan

✓ Hendak mencapai keimanan yang tinggi perlulah memperbaiki sikap ubudiah kepada Allah SWT

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809