Ustaz Yusof 030219

Kuliah Subuh

✓ Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , bahwa Rasûlullâh Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنَ اْلأَجْرِ مِثْلُ أُجُوْرِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُوْرِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

 "Barangsiapa mengajak (manusia) kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun. Dan barangsiapa mengajak (manusia) kepada kesesatan maka ia mendapatkan dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun."

✓ Bagi orang yang beriman yang hidup diakhir zaman ini pilihan yang terbaik adalah melakukan perkara yang baik. Serta mengajak orang lain melakukan kebaikan

✓ Isu kepedulian sosial adalah penting bagi keharmonian komuniti. Masyarakat mukmin perlulah peka akan apa yang berlaku di sekeliling

✓ Isu kemiskinan dan keperitan hidup mereka yang susah. Seperti anak anak yatim, ibu tunggal, orang tua memerlukan bantuan daripada masyarakat sekeliling.

✓ Apa sahaja yang sesaorang individu melakukan perlulah dia fikir akan akibatnya kepada orang lain. Seperti menghisap rokok ditempat awam. Kesan nagatif kepada orang sekeliling telah lama diketahui dan didokumenkan.

✓ Pihak masjid perlulah menggerakkan program untuk membantu orang- orang yang susah didalam kariah tertentu. Serta mengajak ahli kariah supaya menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukan.

✓ Perlulah masyarakat mukmin memain peranan yang aktif didalam penghapusan isu isu yang menyusahkan masyarakat. Seperti penyalahgunaan dadah, rasuah, dan masalah sosial yang lain.

✓ Setiap ahli kariah hendaklah mengambil tindakan untuk memperbaiki keadaan masyarakat. Mengajak orang lain melakukan kebaikan. Agar komuniti Islam subur dengan kebaikan.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809