Ustaz Ghazali Omar 130219

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang beriman hendaklah mengamalkan segala ilmu yang didapati. Jika tidak beramal maka tiada bernilai ilmu yang dipelajari. Belajar susah tapi tidak bernilai jika tidak digunakan.

✓ Dimasa dulu ramai yang belajar ilmu agama dipondok. Guru guru pondok amalannya kuat. Sehingga masyarakat menyanjung tinggi guru pondok. Sehingga ada yang mencapai peringkat wali dimata masyarakat. Berbeza dengan sistem hari ini. Ramai yang ada ijazah tapi tidak kuat beramal.

✓ Orang yang tinggi tingkatan amalannya menghormati ilmu yang dipelajari. Sehingga mereka dapat menguasai ilmu itu dengan baik. Serta dapat menambah nilai bidang ilmu yang tertentu. Mereka menjadi contoh yang baik.

✓ Sekira ilmu yang dipelajari hanya untuk mendapat sekeping kertas maka itu sahajalah yang didapati. Selepas lulus peperiksaan ilmu yang dikuasai bila tidak diamal akan lama kelamaan lupa serta hilang dari mindanya.

✓ Ada individu yang berstatus ustaz dan ustazah tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna. Begitu juga pelajar sekolah agama lepas sekolah memakai pakaian yang menjolok mata serta ketat. Ilmu mereka ada tetapi tidak melekat dijiwa mereka. Tidak merasa malu bila melakukan maksiat.

✓ Surah As Saf ayat (2) Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! (3) Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

✓ Orang yang berilmu yang melakukan maksiat jika dibandingkan orang yang jahil lagi berat dosanya. Malah hukumannya juga berat.

✓ Orang yang alim yang suka membelit fakta agar kesalahan menjadi samar. Akan mengelirukan orang awam. Dilakukan kerana hendak mengampu pihak tertentu. Maka Belitan itu adalah daripada syaitan.

✓ Begitu jugalah orang yang alim yang mengajar ilmu dan amalan yang salah. Membawa isu isu agama dengan cara mengelirukan hinggakan perkara yang jelas menjadi kabur. Yang haram menjadi halal. Ini kerja kerja syaitan.

✓ Ramai skim cepat kaya menggunakan orang alim untuk menipu orang awam. Ada yang terjerumus ke dalam penipuan ini kerana dikelabukan dengan keinginan hendak untung yang banyak. Lupa akan prinsip agama dan tatasusila dan cara hidup yang benar didalam Islam.

✓ Orang alim yang sebegini merupakan agen agen syaitan. Yang menyesatkan orang ramai. Yang paling sedih adalah mereka yang memisungkan akidah pengikutnya. Dinegeri Selangor pihak berkuasa telah mengenali beberapa ajaran sesat. Contohnya ada guru agama yang mengajar pengikutnya tidak perlu bersolat, hanya niat sahaja sudah cukup. Dia memutar belit terjemahan ayat Quran yang tertentu.

✓ Ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka agar mengamalkan ilmu yang dipelajari

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809