Ustaz Shamsuddin 160219

Kuliah Subuh

✓ Orang yang beriman hendaklah terus melakukan kebaikan walaupun ada kesalahan. Jangan dijadikan apa apa pun penghalang untuk melakukan kebaikan

✓ Orang yang Makrifah tidak mengambil kisah akan pujian dan kejian manusia. Mereka tetap didalam mengerjakan ibadah bersungguh sungguh kerana Allah SWT.

✓ Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Bagi orang yang beriman ia tidak akan menghalang mereka melakukan ibadah kepada NYA

✓ Melakukan kebaikan akan menarik kebaikan kepada diri kita. Dengan kebaikan akan menghalang kita melakukan dosa. Mungkin dengan berkat melakukan kebaikan tersebut  akan merubah tabiat kita yang berkemungkinnya kita melakukan dosa- dosa yang tertentu.

✓ Bertaubat adalah satu perbuatan yang disukai Allah SWT. Ia juga merupakan satu amalan kebaikan yang disarankan oleh Rasulullah SAW.

✓ Ada manusia yang terjebat dengan kancah maksiat. Mereka hidup didalam dosa. Telah berputus asa untuk merubah keadaan tersebut. Mereka telah berputus asa daripada rahmat Allah SWT.

✓ Bagaimana beratnya beban dosa yang dipikul. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Lakukan kebaikan. Mungkin dengan amalan kebaikan akan menghakis perbuatan maksiat. Sehingga akhir sekali kebaikan akan menariknya keluar dari situasi yang menjerat nya selama ini. Dengan kehendak Allah SWT dengan amalan kebaikkan, dosa-dosa yang lepas dan yang akan datang diampunkan.

✓ Berputus asa dengan rahmat Allah SWT merupakan perbuatan dosa. Yang boleh menjadikan kita terkeluar dari akidah agama Islam. Bertaubatlah kepada Allah SWT. Yakin bahawa Allah SWT akan menerima taubat kita. Menghapuskan dosa. Dan menghalang daripada melakukan maksiat. Rasulullah SAW bertaubat secara berterusan. Begitulah juga dengan para sahabat dan para ulama.

✓ Berdoalah kepada Allah SWT agar dengan kekuasaan NYA agar melindungkan diri sesaorang daripada melakukan dosa.

✓ Berusaha untuk melakukan kebaikan dan menjauhi diri daripada maksiat. Jangan ada langsung lintasan untuk melakukan dosa didalam hati.

✓ Orang yang sedar dirinya banyak dosa itu ada kebaikannya. Kerana ia dapat melakukan kebaikan. Dengan memohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Jangan patah semangat untuk bertaubat nasuha kepada Allah SWT.

✓ Wassalam





Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809