Ustaz Shamsuddin 100213

From Evernote:

Ustaz Shamsuddin 100213

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda

• Imam Athaillah Askandary menulis didalam kitabnya Al Hikam; "Barang siapa yang cemerlang permulaannya, maka cemerlang (pula) penghabisannya".

• Melakukan satu ibadah perlulah dimulakan dengan niat melakukannya kerana Allah SWT. Dan mengikut cara yang betul berasakan nas Al Quraan dan Hadith.

• Yakin dengan apa yang dilakukan. Serta berserahlah kepada Allah SWT.

• Ikhlaslah diri melakukan ibadah itu semata-mata kerana Allah SWT.

•  Rasulullah SAW serta orang- orang yang soleh telah menunjjukkan jalan kejayaan. Maka hendalah kita mencontohi mereka. Pasti Allah SWT akan membantu.

• Masa itu penting dijaga. Tidak wajar membuang masa. gunakan masa itu secara maksimum.

• Ketika melakukan amalan yang tertentu hendakah dilakukan secara 'serius'. Tidak wajar melakukan amal itu secara sambil lewa sahaja.

• Bertaubat diatas dosa-dosa yang lampau. Semoga diri itu bersih daripada segala dosa.

• Mengharap akan pertolongan Allah SWT agar ibadahnya berkekalan sehingga akhir hayatnya.

• Berdoalah selalu dengan bersungguh- sungguh kepada Allah SWT agar diampunkan segala dosa- dosa yang lampau. Serta dipermudahkan segala usaha didalam ibadahnya.

• Jagalah diri daripada ganguan iblis dan syaitan yang  sememangnya musuh manusia. Sentiasalah memohon bantuan Allah SWT.

• Melakukan ibadah memerlukan sesaorang itu khusyu' serta mengingati Allah SWT setiap masa...mengharap keampunanNYA dan pertolonganNYA.

Wassalam
    

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809