Ustaz Jefri 160213

From Evernote:

Ustaz Jefri 160213

Kuliah Maghrib

• Orang yang waraq adalah mereka yang menjauhkan diri daripada benda yang haram dan yang syubhad.

• Sesaorang yang beriman jika dia mengerjakan amalan yang wajib bagi dirinya, Allah SWT akan kasih kepadanya. Apabila ditambah dengan amalan yang sunnat maka bertambah kasih Allah SWT kepadanya. Dengan rahmat Allah SWT akan terhindar dia daripada perkara yang berdosa.

• Orang yang beriman sekiranya berhadapan dengan ujian, dia akan bertambah dekat dengan Allah SWT. Bagi dirinya cukup sudah Allah SWT tempat dia bersandar. Dengan penuh kesabaran...

• Orang yang menjauhkan diri daripada perkara- perkara yang berdosa akan mendapat jiwa yang sentiasa tenang. Ini adalah kerana dia selalu meletakkan kehendak Allah SWT melebihi segala- galanya.

• Berwaspadalah dengan tipu daya syaitan dan kuncu- kuncanya yang berupakan jin dan manusia yang jahat. Dia akan menipu perasaan dan pandangan untuk merosakkan iman dan kerukunan rumah tangga.

• Perlulah orang yang beriman  selalu menjaga pandangan. Jauhkan dari memandang benda yang diharamkan. Tumpukan pandangan kepada perkara yang baik.

• Orang yang menjaga diri daripada perkara yang haram akan dapat dilihat cahaya wajahnya.

• Mata yang menangis takut kepada Allah SWT semasa didunia ini akan terselamat menangis diakhirat kelak.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809