Ustaz Shamsuddin 100612

Ustaz Shamsuddin 100612
Ustaz Shamsuddin 100612
  • Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam
    • Dapatkah manusia melihat dzat dan sifat- sifat Allah SWT?
      • Manusia dapat melihat ciptaan Allah SWT, kenapa dzat NYA terdinding oleh manusia?
        • Melihat Allah SWT itu dengan mata hati, bukan secara fisikal
          • Apabila manusia melihat alam ini yakinlah dia bahawa tentu alam ini mempunyai penciptanya. Ia itu Allah SWT
            • Bagi manusia yang kuat dan teguh imannya. Apabila dilihat segala kejadian dialam ini maka ia dapat melihat didalam hatinya akan Allah SWT
              • Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? Al Quraan Surah Fussilat ayat 53
              • Bagi ahli syuhud, tiada dinding diantarnya dan Allah SWT
                • Hatinya sentiasa bersaksi akan kehebatan kekuasaan Allah SWT
                  • Mereka sedar bahawa apa sahaja yang dilihat dan dirasai oleh pancainderanya maka dengan segera ia dapat melihat sifat sifat Allah SWT
                    • Mereka 'conscious' akan kewujudan Allah SWT. Jadi tiada terdinding diantara mata hatinya dengan dzat dan sifat- sifat Allah SWT
                    • Ada manusia yang tinggi imannya yang disebut peringkat tajjali oleh guru- guru tasawuf
                      • Mereka beribadat seolah ia dapat melihat Allah SWT
                        • Melihat secara matahati nya
                          • Jadi ibadah nya dilakukan secara khusuk dan benar benar fokus tanpa ada apa apa ganguan
                            • Anugerah ini diberikan kepada beberapa orang yang tinggi imannya kepada Allah SWT. Apa sahaja yang dilakukan secara jujur hanya kepada Allah SWT.
                            • Ada segelintir manusia yang dikasihi Allah SWT diberi kekuatan hati (spiritual eye)
                              • Mereka apabila melihat alam sekitar dan segala makhluk sedar bahawa semua ini tidak kekal
                                • Yang kekal itu hanyalah Allah SWT
                                  • Dunia ini tidak ada lansung didalam hati mereka
                                    • Setiap waktu mereka hanya membersarkan Allah SWT
                                      • Betapa rendah dirinya sebagai seorang hamba Allah SWT
                                        • Tujuan hidupnya adalah semata-mata menyembah Allah SWT
                                      • Ada juga manusia dapat merasakan dekatnya Allah SWT sehingga ia tidak lagi perlu dalil dalil yang lain
                                        • Sekiranya ramai orang memerlukan dalil kejadian alam ini untuk mengenali Allah SWT. Mereka ini tidak perlu dalil ini kerana mereka tahu betapa hampirnya Allah SWT
                                          • Dekat ini bukan sukatan fizikal. Tetapi dekat ini secara spiritual
                                            • Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. Surah qaaf ayat 16
                                            • Hati mereka terang dapat melihat Allah SWT, sehingga ia merasa kerdil dan takut untuk berdepan dengan Allah SWT
                                            • Persoalan kepada manusia adalah kenapa mereka tidak dapat melihat Allah SWT (dengan mata hati)
                                              • Wal hal dunia ini tidak mungkin ada tanpa penciptanya
                                                • Dia tahu bahawa apa sahaja yang disekelingnya itu datangnya daripada Allah SWT
                                                  • Adakah sama cahaya dengan gelap?
                                                  r

                                                  Comments

                                                  Popular posts from this blog

                                                  Ustaz Ghazali Omar 020912

                                                  Ustaz Shamsuddin 090809

                                                  Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914