Ustaz Jemputan 240922

Kuliah Subuh

• Masalah masyarakat Islam hari ini adalah jahil akan halal dan haram.

• Kejahilan ini disebabkan lemahnya iman dan tidak yakin kepada kebergantungan kepada Allah SWT.

• Sebagai seorang yang beriman perlulah menjaga solat, selalu bersedekah, merapatkan silaturrahim dan berdakwah kepada orang Islam dan yang bukan Islam.

• Lemahnya iman itu satu bencana yang besar didalam masyarakat Islam. Tidak beramal dengan ilmu yang perolehi. Melakukan maksiat dengan tidak merasa bersalah. Tidak menyesal dan kembali kepada Allah SWT memohon keampunan NYA.

• Hati sesaorang itu tempat jatuhnya iman. Begitulah hati juga menjadi keras disebabkan melakukan dosa. Tidak merasa menyesal bila melakukan maksiat. Tidak memohon keampunan daripada Allah SWT.

• Kerisauan bagaimana mengumpul rezeki melebihi daripada kerisauan akan iman. Takut miskin hingga tidak mahu untuk bersedekah. Sedangkan bersedekah itu adalah pintu rezekinya. Inilah janji Allah SWT.

• Didalam masyarakat hari ini banyak melakukan maksiat. Sudah tidak malu melakukannya. Serta sudah berkurangan orang yang disegani didalam masyarakat.

• Perlulah diperbanyakkan penyampaian ilmu agama. Diperluaskan majlis ilmu. Terutama pendidikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

• Menambah iman seseorang itu dipupuk daripada kerajinan mempelajari ilmu agama. Keinsafan akan betapa besarnya kekuasaan Allah SWT. Memahami akan isi Al Quran sebagai mana masyarakat Islam dahulu memahami ayat ayat nya.

• Jagalah hubungan dengan ibu bapa sebaik yang mungkin. Doa mereka itu sesuatu yang dapat menolong sesaorang itu berjaya didunia dan akhirat.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914