Ustaz Muhaimin 160922

Kuliah Subuh

• Semua orang akan dibangkitkan dipadang Mahsyar selepas kita mati. Itu janji Allah SWT.

• Dibangkitkan dari kubur masing-masing. Tetapi bumi yg dibangkitkan adalah bumi yang lain daripada bumi yang kita ketahui.

• Dibangkitkan tanpa berpakaian. Matahari ketika itu didekatkan.

• Yang mendapat naungan ketika itu adalah yang semasa hidupnya beriman kepada Allah SWT.

• 7 golongan di bawah naungan Ilahi
1. Pemimpin yang adil.
2. Pemuda yang sejak kecil sudah beribadat kepada Allah yang Maha Besar lagi Maha Perkasa.
3. Orang yang hatinya terpaut pada masjid.
4.  Dua individu yang saling mengasihi kerana Allah, kedua-duanya berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah.
5. Lelaki yang dipikat wanita yang mempunyai status dan kecantikan tetapi dia berkata: "Percayalah, saya takut kepada Allah."
6. Orang yang bersedekah dan merahsiakan sedekahnya sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya.
7. Orang yang ingat kepada Allah dalam keadaan sunyi lalu menitis air matanya. (Hadis diriwayatkan Bukhari dan Muslim

• Golongan yang menerima suratan amalnya dengan tangan kanan akan Bahagialah dia. Tetapi yang menerima suratan amalnya dengan tangan kiri akan menerima azab yang pedih sekali.

• Mereka yang dihisap diakhirat semasa didunia bersuka ria tanpa memikirkan akan hari akhirat.

• Didalam suratan amalnya akan tercatat semua perkara. Yang kecil atau yang besar. Tidak ada satu pun ditinggalkan oleh para malaikat yang diamanahkan untuk mencatit.

• Selepas mendapat suratan amal bermulalah peringkat hisab.
- ada yang tidak dihisab
- ada yang ringan hiasannya
- ada yang disoal akan keadaan kehidupannya mengenai nikmat yang dianugerahi.
- ada dihisab mengenai keikhlasan beramal

• Berat kesan keikhlasan melakukan ibadah kepada Allah SWT.

• Dihisab akan segala perbuatan maksiat.  Anggota badan manusia yang akan menjadi saksi. Begitulah adilnya mahkamah Allah SWT dihari pembalasan .

• Selepas dihisab akan ditimbang amalnya. Siapa yang berat amalnya hidup dalam kesenangan. Tetapi siapa yang ringan akan dimasukkan ke dalam neraka. Ada yang sama berat, ia akan menyesal kerana sekiranya dia beramal sedikit sahaja lagi akan lepas dia dari azab.

• Ada orang yang muflis di akhirat nanti kerana perbuatan mengumpat. Pahalanya dipindahkan kepada orang yang diumpatnya. Kemudian sekiranya amalnya tidak mencukupi maka dia diberi dosa orang yang diumpatnya.

• Selepas dihisab, Allah SWT mendekatkan neraka jahanam kepada manusia bumi Mahsyar. Jaraknya adalah 500 ratus tahun perjalanan. Semasa itu manusia melutut kerana takut.

• Begitu juga didekatkan syurga kepada manusia dibumi Mahsyar.

• Ramai orang yang menyesal kerana yakin akan syurga dan neraka. Merayu dihantar kembali kedunia. Tetapi sesalan yang tidak berguna lagi.

• Agar kita dijauhkan dari siksaan akhirat. Serta dimasukkan ke dalam syurga. Insyaallah.

• Wassalam.
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914