Ustaz Dato'Nahrawi 190923

Kuliah maghrib

• Surah AlBaqarah sebahagian dari ayat 272....Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan

• Didalam Surah AlBaqarah ayat 273 sebahagiannya ....Dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang halal maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahuinya.

• Didalam ayat 39 Surah As Saba ... Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik Pemberi rezeki".

• Didalam Hadith Qudsi, Wahai anak Adam belanjakan lah hartamu nescaya Allah SWT akan menggantikannya semula. HR Bukhari dan Muslim.

• Jangan iri hati kecuali,
1. Orang yang belanja hartanya secara benar. Didalam perkara kebajikan.
2. Orang yang mempunyai ilmu pengetahuan. Dan berhukum dengannya. Dan mengajarkannya kepada orang lain.

• Orang yang beriman digalakkan berlumba-lumba didalam melakukan kebajikan.

• Harta sendiri adalah harta yang dibelanjakan. Harta warisan adalah harta yang belum dibelanjakan atau harta yang diwarisi daripada peninggalan ibu-bapa. Agama Islam tidak menghalang seseorang itu menggunakan harta tersebut. Asalkan ia digunakan kenalan kebaikan. Dan harta tersebut tidak melalaikan seseorang itu.

• Orang Islam digalakkan bersedekah. Walaupun sedikit sahaja. Kerana sedekah itu dapat menghindarkan daripada siksaan diakhirat kelak.

• Sedekah itu dapat merapatkan silaturrahim diantara pemberi dan penerima.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914