Ustaz Shamsuddin 110922

Kuliah Subuh

• Al Wasilun , sampai kepada Allah SWT. Takrifnya mengikut tasawuf adalah sampai sesaorang kepada pengetahuan Allah SWT.

• Hati sesaorang itu sampai kepada Allah SWT. Mengetahui akan hakikat NYA. Hamba itu seronok mengingati NYA. Patuh dan mengikuti segala suruhan NYA .

• Hati yang kenal akan Allah SWT akan mempengaruhi segala perbuatan nya. Apabila dia beribadat akan lebih kuat daripada orang yang tidak mengenali NYA.

• Ada wali Allah SWT sampai kepada NYA dengan perbuatan. Apa sahaja yang berlaku didalam alam ini adalah kerana Allah SWT. Merasa akan keagungan NYA.

• Ada juga wali Allah SWT hatinya melihat segala kebesaran dan keagungan NYA. Mata hatinya sentiasa merasai dan mengingati NYA.

• Ada juga wali Allah SWT yang sampai kepada dengan NYA secara total. Jiwa dan raga diresapi oleh cahaya iman kepada NYA. Hidup dan matinya hanya kepada NYA. Melihat dan merasa kebesaran NYA seolah-olah dia melihat Allah SWT.

• Ada juga hamba Allah SWT yang terpilih. Sedikit bilangannya. Dimana hatinya mempunyai cahaya iman yang dapat mempengaruhi orang lain disekelilingnya. Keyakinan dan keimanan nya peringkat yang tinggi seolah olah dia dapat melihat  dan merasai kehadiran  NYA.

• Perjalanan hidup sesaorang yang beriman untuk menghampiri Allah SWT tidak ada hujungnya. Tidak ada destinasi yang tetap. Ia nya merupakan satu perjalanan. Seolah olah sesaorang itu mendaki gunung yang tidak berpuncak. Atau mengharungi lautan yang tidak ada penghujungnya.

• Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914