Ustaz Dr Nizam 100922

Kuliah Subuh

• Manhaj Ahli Sunnah Waljamaah tidak mengkafirkan sesaorang mukmin kerana dosanya. Dia tetap seorang yang muslim.

• Berlainan dengan manhaj Khawarij yang mengkafirkan orang yang melakukan dosa. Bagi kumpulan ini tidak ada dosa kecil, semua dosa adalah dosa besar.

• Puak Mu'tazilah juga berbeza dengan Ahli Sunnah Waljamaah dari segi syurga dan neraka.

• Bagi Ahli Sunnah Waljamaah syurga dan neraka sudah wujud. Sebaliknya bagi puak Mu'tazilah syurga dan neraka tidak wujud lagi, tetapi pasti ada.

• Para ulama tidak mengkafirkan Mu'tazilah kerana fahaman mereka ini. Kerana mereka juga berhujah dengan berlandaskan Al-Quran.

• Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa sesiapa yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah akan masuk syurga. Maka jangan kita mengkafirkan seorang mukmin.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914