Ustaz Rahmatullah 041122

Kuliah Maghrib

• Syarat bertaubat
   - menyesal
   - azam tidak mengulangi
   - beri balik benda yg dosa dgn manusia

• Untuk berubah jauhi dengan kawan yang tidak baik. Yang tidak mendekatkan diri dengan taat kepada Allah SWT.

• Rasulullah SAW menyatakan kawan yang baik seakan minyak wangi. Orang yang sekeliling mereka juga akan mendapat kebaikan.

• Orang yang fasik suka bila mereka melihat sesaorang itu melakukan maksiat. Kerana mereka dapat bercerita keburukan itu kepada orang lain.

• Orang yang beriman itu beruntung jika dia selalu bertaubat. Dilakukan setiap masa. Jangan menunda taubat, kerana maut itu datang tanpa kita ketahui.

• Bilamana maut itu sudah dekat, pintu taubat sudah tertutup. Oleh kerana itu janganlah ditunda-tunda.

• Bila orang yang beriman berada diwaktu pagi, jangan tunggu diwaktu petang untuk bertaubat. Dan juga sebaliknya bila berada diwaktu malam jangan tunggu diwaktu pagi.

• Imam Ghazali menyatakan bahawa janganlah manusia mempunyai angan angan yang meluas. Kerana angan angan itu akan melekakan kita untuk bertaubat.

• Setiap waktu manusia akan dihimpit dengan perkara yang senang dan susah. Itu yang buat kita sebok. Lalai untuk bertaubat. Leka...

• Nafsu menarik manusia kepada keburukan dan kebatilan. Serta membisikkan agar manusia yang diperdaya menunda waktu untuk bertaubat. Bila maksiat itu sudah bertimbun maka pintu taubat sudah jauh dengan manusia yang terjerat dengan pujukan nafsu.

• Tipu daya syaitan yang mengajak manusia melakukan maksiat. Bila hendak berhenti dari perbuatan maksiat, syaitan akan bisik yang Allah SWT maha pengampun. Jadi tidak perlu bertaubat sekarang, nanti bertaubat di masa depan. Akhirnya tidak dia melakukan taubat.

• Tipu daya syaitan juga memperdayakan manusia yang masih muda dan sihat tidak perlu bertaubat. Tunggulah waktu tua baru bertaubat. Tapi mereka lupa yang maut tidak kira muda atau tua.

• Orang yang beriman hendaklah selalu memeriksa diri sendiri. Sama ada kita sudahkah melakukan taubat secara berterusan. Jika maut datang adakah dirinya bersih daripada maksiat.

• Sekiranya sesaorang itu terminum racun, tentu dengan segera dia memuntahkan racun tersebut dan secepat mungkin mendapat rawatan. Begitulah juga bagi orang yang beriman yang telah melakukan maksiat, perlulah dia segera bertaubat.

• Rasulullah SAW memohon keampunan kepada Allah SWT 70 (100) kali sehari. Walaupun baginda telah dijaminkan syurga dan dia seorang yang maksum.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914