Ustaz Hafizullah 050426
Kuliah Maghrib • Takbir hari raya mengingatkan mukmin akan pertolongan Allah SWT didalam perjuangan menegak Islam. • Manusia mempunyai dua perkara yang diberi perhatian. Perut dan Jiwa (Hati) • Kebanyakan orang ambil perhatian yang cukup akan benda- benda yang ia makan. Terutama mereka yang sensitif didalam hal- hal kesihatan. • Tetapi tidak ramai yang memikirkan akan perkara yang dimasukkan ke dalam hatinya. • Walhal dia tahu bahawa hati memberi motivasi untuk dia bertindak. Jika perkara yang baik yg ada didalam hatinya maka motivasi untuk bertindak akan perkara-perkara yang baik. • Sebaliknya jika perkara yang dimasukkan di dalam hati adalah perkara-perkara yang negatif, maka kesudahannya juga tidak baik. • Hati yang sihat adalah hati yang selalu mengingati Allah SWT. Yang terasa dekat kepada NYA. Yang selalu mengingati sunnah -sunnah Rasulullah SAW. • Hati yang cinta kepada Allah SWT dan kepada Rasulullah SAW akan selalu merasa tenang didalam apa jua ujian. Dia menerima segalanya de...