Posts

Ustaz Lokhman Daud 310524

Kuliah Maghrib • Quote from the Holy Qur'an: Maryam (19:54) وَاذۡكُرۡ فِى الۡـكِتٰبِ اِسۡمٰعِيۡلَ‌  ۚاِنَّهٗ كَانَ صَادِقَ الۡوَعۡدِ وَكَانَ رَسُوۡلًا نَّبِيًّا‌ Dan bacakanlah (wahai Muhammad) di dalam Kitab (Al-Quran) ini perihal Nabi Ismail; sesungguhnya ia adalah benar menepati janji dan adalah ia seorang Rasul, lagi berpangkat Nabi. • Allah SWT menceritakan kisah nabi-nabi yang Soleh didalam Al Quran supaya ianya menjadi contoh kepada umat mukmin. • Quote from the Holy Qur'an: As-Saaffaat (37:102) فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعۡىَ قَالَ يٰبُنَىَّ اِنِّىۡۤ اَرٰى فِى الۡمَنَامِ اَنِّىۡۤ اَذۡبَحُكَ فَانْظُرۡ مَاذَا تَرٰى‌ؕ قَالَ يٰۤاَبَتِ افۡعَلۡ مَا تُؤۡمَرُ‌  سَتَجِدُنِىۡۤ اِنۡ شَآءَ اللّٰهُ مِنَ الصّٰبِرِيۡنَMaka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?". An...

Ustaz Firthaus 290524

Kuliah Maghrib • Bersyukur kepada Allah SWT kerana diberi nikmat kehidupan sepertimana yang ramai kecapi. • Juga bersyukur kita diberi kesempatan untuk melakukan taubat akan dosa yang dilakukan. • Berdoa merupa satu ibadah yang sering dilakukan. Kita selalu melakukan doa didalam solat. • Apabila seseorang orang yang beriman melakukan doa perlulah faham akan maksudnya. Bila kita faham akan makna doa yang dilafazkan maka lebih berkesan. • Doa terdiri daripada perkara untuk didekatkan dan ada perkara yang diminta dijauhkan. Contohnya mendekatkan diri dengan kematian yang baik, dijauhkan daripada kematian yang buruk. • Nida adalah perbuatan yang lebih tinggi berbanding dengan doa. Nida boleh ditakrifkan merintih. Dilakukan dengan bersungguh-sungguh faham makna permintaan. Dilakukan diwaktu malam. Menangis diwaktu tersebut. • Doa yang terbaik adalah adalah doa daripada Al Quran dan daripada Rasulullah SAW. • Setelah Nabi Musa AS menumbuk sesaorang itu mati, dia kesal. Dan memohon keampunan....

Ustaz Dato' Nizam 280524

Kuliah Maghrib • FB Live https://www.facebook.com/share/p/xiuLnScpi7LBigmy/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Mohd Shahidan 270524

Kuliah Maghrib • Orang yang berjaya adalah mereka yang berjaya dialam akhirat. • Orang yang beriman hendaklah selalu berdoa agar apabila diakhir hayat nya dia mati secara yang baik. Minta dijauhkan mati kita dalam keburukan. • Allah SWT merahsiakan saat kematian hamba Nya. Apabila sampai masanya tidak dipendekkan atau dipanjangkan walaupun sedetik. • Dirahsiakan masa kematian adalah untuk seseorang hamba selalu bersiap sedia. Mati akan menjemput sesaorang itu apabila sampai masanya. Tiada siapa yang tahu. • Apabila peluang melakukan kebaikan janganlah kita berlengah-lengah. Kerana kebaikan itu disenangi Allah SWT dimasa akhirat kelak. • Dirahsiakan juga tempat kematian seseorang itu. Takut jika dimatikan semasa berada ditempat yang tidak baik. • Saidina Umar al-Khattab mati kena tikam semasa bersolat. Semasa hampir kematian dia masih ingatkan orang ramai akan solat. Masih mahu melakukan kebaikan walaupun dia cedera berat. • Tidak ada sesiapa pun yang tahu bagaimana cara yang dia akan m...

Ustaz Abdul Halim 260524

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/p/bMS2kvpa2UBnQ45i/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Suhaimi 250524

Kuliah Subuh • FB Live https://www.facebook.com/share/p/14HA26CoNf4ceE4e/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Nahar Effendi Ghazali 240524

Kuliah Maghrib • Bersyukur kerana Allah SWT memberi hidayah. Membuka hati untuk rajin ke masjid dan sebagainya. • Penting untuk mukmin untuk mengajak orang lain ke jalan Allah SWT. Melarang orang lain untuk melakukan maksiat. • Orang yang selalu mengadu kepada Allah SWT serta mencintai masjid adalah yang disukai NYA. • Marah merupakan perangai jin. Seorang yang beriman perlulah mengurus perasaan marah. Tidak boleh tidak ada marah langsung. • Untuk mengawal perasaan marah perlulah sesaorang banyakkan berzikir. • Seperti alim ulama mereka sentiasa melakukan zikrullah. Sebab itulah mereka dikasihi Allah SWT. Doa mereka mudah dimakbul NYA. • Orang yang tidak kawal perasaan marahnya akan membahayakan diri sendiri. Orang yang suka marah para malaikat menjauhkan diri daripadanya. • Mereka yang mempelajari ilmu tasawuf mereka boleh mengawal perasaan marah. Kerana mereka banyak mendekatkan diri dengan Allah SWT. • Wassalam •FB Live https://www.facebook.com/share/p/ombjgKWerM8yrj6Q/?mibextid=qi2...