Ustaz Yusuf 070310

Kuliah Subuh

• Didalam sebuah hadith qudsi diriwayatkan yang bermaksud bahawa Allah SWT hairan melihat manusia yang yakin kepada kematian tetapi masih bersukaria gembira dengan kesenangan dunia ini. Ghairah mengumpul harta yang banyak. Berlumba lumba dengan cara hidup yang bermewah- mewahan. Lalai serta tidak bersedia menghadapi mati.

• Orang yang beriman haruslah bersedia menghadapi mati. Dengan menyerjakan amal yang soleh sebanyak- banyaknya. Saperti amalan Rasulullah SAW.

• Rasulullah SAW adalah rahmat kepada ummah. Kerana Baginda membawa risalah agama Islam yang menyelamatkan manusia daripada kejahilan. Menjadi contoh kepada semua manusia.

• Orang yang beriman hendaklah mempertingkatkan amalnya yang soleh. Berpandukan sunnah Rasulullah SAW. Mempertahankan syiarkan agama Islam.

• Baginda Rasulullah SAW selain daripada membawa risalah Islam, dia juga memberi contoh akhlak yang tinggi kepada manusia. Suka memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepadanya. Sentiasa mengambil berat hal masyarakat sekelilingnya.

• Rasulullah SAW juga mendidik manusia supaya mempunyai nilai yang tinggi. Yang bersusila kepada kedua orang ibu-bapa nya. Serta membantu dan mengambil berat manusia yang susah saperti anak yatim, orang miskin dan orang tua.

• Masyarakat yang mengambil contoh akan risalah serta akhlak Baginda telah dapat mencapai kejayaan. Semasa zaman Khalifah Omar Abdul Aziz tidak ada orang miskin. Tidak ada orang yang layak untuk mendapat zakat.

• Baginda SAW mendidik para sahabatnya untuk melakukan ibadah dengan ikhlas. Semata mata untuk mendapat keridhaan Allah SWT.

Wassalam

Comments

ooooooooo said…
Assalamualaikum.
Bagus blog tuan ni.banyak ilmu /kuliah bermanfaat.

teruskan usaha
ooooooooo said…
eh?
saya baru perasan .tuan ni dekan miat ea?

saya pelajar MAI.dulu buat persediaan kat miat tahun 2007-2008..

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914