Ustaz Azman 170324

Kuliah Subuh

• Allah s.w.t berfirman : Katakanlah : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 )

• Didalam hal agama perlulah sesaorang itu mempunyai ilmu. Setiap apa yang dilakukan perlulah berlandaskan nas- nas Al Quran dan Hadith.

• Rosaknya agama orang Yahudi yang dirakamkan didalam surah Al Baqarah adalah mereka bertanya terlalu banyak. Allah SWT telah perintah melakukan sesuatu ibadat ditanya lebih- lebihan sehingga mereka hampir tidak melaksanakannya.

• Iman Al Qardawi menyatakan ada ibadat perlu dilakukan secara fizikal. Yang dilakukan dengan sempurna orang yang sihat.

• Ada ibadah yang dilakukan dengan menggunakan harta. Bersedekah dan berzakat perlulah harta.

• Ibadat haji pulak perlukan sihat fizikal dan mempunyai harta yang mencukupi.

• Setiap ibadah perlu sesaorang itu melakukannya. Tidak cukup dengan berniat sahaja.

• Larangan didalam agama itu juga adalah ibadat. Larangan makan diwaktu siang dibulan Ramadhan dilakukan adalah ibadat.

• Allah SWT menilai sesuatu ibadah adalah dengan keikhlasan orang yang melakukannya. Dilakukan semata-mata kerana mendapat keredhaan NYA.

• Orang yang melakukan ibadat kerana hendak dinilai oleh manusia, maka sia- sia sahaja perbuatan itu.

• Mengerjakan ibadat didalam agama Islam hendaklah sesaorang itu mempunyai ilmu yang cukup untuk mengerjakan.

• Ibadat yang dilakukan yang tidak dilakukan mengikut hukum terbatal. Itu adalah kerana tidak mempunyai ilmu.

• Ibadat yang dilakukan secara sederhana dengan ikhlas secara istiqamah adalah yang lebih baik.

• Walaupun sikit, beramal dengan baik adalah lebih dinilai daripada dilakukan dengan banyak tetapi banyak kesalahan dan kefahaman.

• FB Live
https://www.facebook.com/share/v/z75CjnZ3RPZUVfYg/?mibextid=qi2Omg

Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809