Posts

Ustaz Abdul Halim 230220

Kuliah Subuh ✓ Diakhirat Umat Nabi Muhammad SAW mendapat keistimewaan. Kerana baginda adalah penghulu segala nabi. Dia dapat lmemberi syafaat kepada pengikutnya diakhirat nanti. ✓ Rasulullah SAW Tidak pernah mendoakan yang tidak baik keatas pengikutnya. Dimohon kebaikan kepada umat mukmin. Malah baginda meminta ditangguhkan segala bentuk balasan didunia ini. Agar dapatlah umatnya masa untuk bertaubat. ✓ Diakhirat kelak semua umat Muhammad SAW akan memasuki syurga. Hanya cepat atau lambat sahaja. ✓ Allah SWT menyeru agar segala kesalahan umat Muhammad SAW sesama umat; diharapkan mereka selesaikan sesama sendiri didunia lagi. Agar diakhirat kelak tidak perlu diadili lagi. ✓ Dengan rahmat NYA dimasukkan umat Muhammad SAW  ke dalam syurga. Rahmat ini turun kerana umat mukmin berhubung baik sesama sendiri. ✓ Diserukan kepada umat Muhammad SAW agar memaafkan sesama sendiri nanti diakhirat nanti diberikan ganjaran yang baik. ✓ Jika mereka tiba diakhirat tanpa memaafkan sesama sendiri maka ter...

Ustaz Ibnu Hubain 180220

Kuliah Maghrib ✓ Bagi seorang yang beriman jangan lepaskan peluang...      • Berselawat keatas baginda Rasulullah SAW      • Bertahlil      • Ucap Subhanallah Wabihamdih, Subhanallah Hilazim.      • Zikir ✓ Iblis pada mulanya adalah makhluk yang soleh. Tetapi diatas kesombongan nya yang tidak mahu sujud hormat kepada Nabi Adam dia dilaknati Allah SWT. ✓ Kesombongan ini hanyalah ada kepada sang Pencipta. Makhluk tidak layak berperangai sedemikian. ✓ Iblis itu adalah musuh kepada sekelian manusia. Larangan bersahabat dengan iblis ini terdapat didalam Al Quran. ✓ Orang yang beribadat taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dengan sendirinya telah memusuhi Iblis. ✓ Orang yang ingkar dengan perintah Allah SWT itu sahabat iblis. Lalai dalam beribadat. Melambatkan solat dan sebagainya. ✓ Orang mukmin menjaga anggotanya dari melakukan maksiat. ✓ Menjauhi diri dari sikap ujub, riya' dan juga suka dipuji orang . ✓ Selalu memohon agar diberi sikap benar dan ikhlas .. ✓ Bersabar menghadapi  s...

Dai Hazman 160220

Kuliah Maghrib ✓ Perjalanan seorang manusia menuju kehari akhirat adalah jauh. Hidup didunia ini sekejap sahaja. Hari kita meninggal dunia, hari itulah satu permulaan didalam akhirat. ✓ Untuk berjaya didalam kehidupan didunia hendaklah jauh daripada mengikut jalan iblis dan syaitan. Jauh daripada pintu pintu neraka. ✓ Hendak berjaya perlulah kita berusaha menemui pintu- pintu syurga didunia ini. ✓ Orang yang beriman digalakkan untuk bersedekah. Memberi makan orang- orang yang miskin dan anak- anak yatim. ✓ Para sahabat banyak menangis. Saidina Omar disiang hari bagaikan singa, tapi dimakan hari menangis... ✓ Saidina Abu Bakar ketika bersembahyang dia banyak menangis. Walhal dia adalah salah seorang yang dijanjikan syurga. ✓ Allah SWT memuliakan hamba NYA yangmenjaga agamanya. Khusyuk didalam solat. Memperbanyakkan sedekah dan ibadah yang lain... ✓ Seorang mukmin dipesankan oleh Rasulullah SAW supaya menghindarkan dirinya daripada berbohong dan berdusta. Perbuatan ini membawa banyak keb...

Ustaz Zamri Akademi Sinergi 160220

Tadabur Al Quran ✓ Surah Ad Dhuhaa 93:1 وَٱلضُّحَىٰ Demi waktu dhuha, 93:2 وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ Dan malam apabila ia sunyi-sepi - 93:3 مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). ✓ Buat seketika wahyu terputus. Orang kafir mengambil kesempatan untuk menghina Rasulullah SAW. Jadi ayat ini merupakan satu affirmation dari Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW. ✓ Begitu jugalah bagi orang yang beriman. Bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan kita. ✓ Ad-Dhuhaa 93:4 وَلَلْءَاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. Ad-Dhuhaa 93:5 وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. ✓ Satu memotivasikan seseorang didalam perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran. ✓ 93...

Ustaz Azman 160220

Kuliah Subuh ✓ Ciri orang yang beriman adalah dia yang mempunyai akhlak yang baik. Akhlak dengan Allah SWT dan juga dengan sesama manusia. ✓ Solat yang sempurna dapat membuahkan akhlak yang baik. ✓ Ada yang bersolat kerana terpaksa. Takutkan neraka. Berkehendakkan syurga. Mereka melakukan solat kerana berhajatkan sesuatu yang lain. Maka tidak menghasilkan manusia yang tinggi akhlaknya. ✓ Kadangkala bila kita berjumpa dengan manusia yang kita kasihi persediaan nya bukan main lagi tersusun. Tetapi apabila hendak melakukan solat persediaannya tidak lah sepertimana hendak berjumpa manusia. ✓ Sekiranya jika ada temu janji dengan orang yang dikasihi serta berpangkat persiapannya awal. Selalunya sampai awal sebelum waktu. Tetapi bagaimana temu janji dengan Allah SWT. Adakah solat yang dilakukan menepati masa. Menunggu masuk waktu solat. ✓ Adakah solat yang dilakukan kerana kasih kepada sang pencipta. Rindu untuk berjumpa NYA diakhirat kelak. Selalu mengingati NYA. Patuh dan taat akan segala p...

Ustaz Ibnu Hubain 140220

Kuliah Maghrib ✓ Dunia hari ini dilanda wabak Corona Virus     • Terjadi dengan izin Allah SWT     • Menunjukkan kuasa Allah SWT     • Membenarkan sabda Rasulullah SAW     • Wabak adalah tanda kecil kiamat ✓ Tanda tanda kecil kiamat     • Wanita lebih banyak daripada lelaki     • Ibu melahirkan tuan nya     • Berlumba bina bangunan pencakar langit     • Ramai golongan wanita bekerja     • Kurang memberi salam sesama muslim     • Wabak yang berkala ✓ Ada juga orang dinegara kita yang mengagungkan ilmu Ma'rifat. Hingganya ada yang memperkecilkan hukum syariat. ✓ Walhal tidak dapat sesaorang itu mendekati Allah SWT tanpa beramal dengan hukum syariat. Agama itu perlu kepada ilmu. Tanpa ilmu rosaklah agama sesaorang itu. ✓ Agama tidak boleh diamalkan dengan menggunakan logik akal semata-mata. Orang yang pertama membawa berhala didalam Kaabah adalah asalnya seorang yang beramal dengan syariat Nabi Ismail. Tetapi tanpa ilmu yang mantap, serta nafsu yang digoda oleh syaitan maka dia menyem...

Ustaz Ali 120220

Kuliah Maghrib ✓ Sesaorang mukmin hendaklah dia jadi orang yang ... • Alim • Berilmu • Belajar • Suka mendengar • dan jauhi daripada tidak mempunyai apa apa perkara yang diatas. ✓ Adab seorang yang beriman, dia tidaklah terlalu seronok dengan duniawi. Tidak banyak ketawa didunia dengan harapan dia akan banyak ketawa diakhirat kelak. Takut didunia banyak ketawa 😁 tetapi diakhirat nanti banyak menangis😰. ✓ Ketawa berlebihan itu bukanlah sikap orang yang beriman. Malah mereka lebih banyak menangis kerana menyesal akan kesalahan yang lampau serta memohon ampun kepada Allah SWT akan dosa dosa yang telah lalu. Bila mana dia terfikir akan kesalahannya maka mereka cepat cepat memohon keampunan. ✓ Sesaorang yang beriman tidak bersikap sombong serta ' over confident'. Takut sekiranya Allah SWT Tidak menerima taubat mereka. Khuatir... ✓ Kehidupan didunia ini adalah pendek jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Maka orang yang beriman dia tidaklah membuang masanya didunia ini. Di...