Posts

Ustaz Dato' Mohd Nizam 260422

Tazkirah Ramadhan • Siapa yang mendirikan solat Isyak berjemaah digandakan pahala seperti beribadat separuh malam. • Dan siapa yang mendirikan solat subuh berjemaah digandakan pahala seperti pahala orang beribadat separuh malam. • Diakhir Ramadhan ini menandakan bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita. • Selepas Ramadhan ini seorang yang beriman hendaklah terus melakukan ibadat yang dilatih semasa menghidupkan bulan yang mulia ini. • Agar kita menjadi orang yang bertaqwa. • Hari raya Aidilfitri merupakan satu kemenangan...    - Pengampunan daripada dosa    - Keluar dari dunia dengan iman    - hisab diakhirat yang mudah    - melalui as-sirat dengan pantas kilat    - dapat melihat zat Allah SWT diakhirat • Saidina Aisyah selepas wafatnya Rasulullah SAW selalu berdoa agar dimatikan semasa dia berpuasa. Dia engharap dapat bertemu dengan zat Allah SWT. Akhirnya dia mendapat apa yang dihajati. Iaitu meninggal dibulan puasa. • Wassalam.  

Ustaz Abdul Halim 240422

Kuliah Subuh • Setiap ibadah yang dilakukan hendaklah dilakukan kerana Allah SWT. Bukan sahaja di bulan Ramadhan sahaja. • Ramadhan adalah sebagai madrasah, yang mendidik orang yang beriman supaya melakukan amalan-amalan yang solih. • Agar madrasah ini mendidik kita menjadi orang yang bertaqwa. • Puasa mempunyai peringkat untuk orang yang beriman memperbaiki diri sendiri. Puasa umum, khusus dan istemewa. • Puasa umum lebih kepada fizikal. Menahan lapar dan dahaga serta tidak melakukan hi suami isteri. Tetapi fikiran dan perbuatan masih melakukan maksiat . • Tahab yang lebih baik adalah puasa khusus. Selain tidak makan dan minum. Dia juga menahan anggota badannya daripada melakukan maksiat. - Telinga nya tidak mendengar perkara yang tidak berfaedah. - Matanya tidak melihat perkara yang haram. - Lidahnya bercakap hanya yang baik. - Tangannya tidak melakukan perkara-perkara yang haram. Seperti mengambil rasuah. - Kakinya tidak membawanya ke tempat yang haram. • Yang lebih baik adalah...

Ustaz Jihad 230422

Kuliah Subuh • Para solihin merasa diri mereka tidak cukup untuk mensyukuri akan nikmat yang Allah SWT yang dianugerahkan. • Walaupun mereka ini kuat amalan, dirinya merasa serba tidak cukup akan ilmu, ibadah dan kesyukuran. Kerana rasa betapa besar akan apa yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya. • Seorang sahabat Saidina Talhah, mempunyai kebun yang cukup subur berhampiran dengan Masjidil Nabi di Madinah. Satu hari dia terganggu ketika bersolat hingga terlupa akan rakaat solatnya. Rasa bersalah akan kejadian tersebut dia terus menginfakkan kebunnya. • Orang yang berpuasa mendapat ganjaran yang besar. Setiap ketika masa berlalu ketika berpuasa kerana Allah SWT diberi pahala yang berganda-ganda. Sebaliknya ada juga Ulama' yang berpendapat jika sesaorang melakukan maksiat, maka akan digandakan dosanya. • Orang yang beriman hendaklah mencontohi para solihin didalam melakukan ibadat didalam bulan Ramadhan. Terutama sepuluh malam yang terakhir. • Janganlah dibiarkan peluang yang...

Ustaz Syukri Alam Impian 200422

Tazkirah Ramadhan • Ramadhan merupakan satu anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya. • Dengan satu ayat sahaja, umat Islam seluruh dunia berpuasa serta memperbanyakkan amalan solih. • Dibulan ini juga Rahmat Allah SWT mencucuri kepada umat NYA. • Rahmat yang terbesar adalah penurunan Al Quran didalam bulan Ramadhan ini. • Diturunkan Al Quran didalam bahasa Arab. Agar kita menjadi orang yang bertaqwa. • Raudhah ertinya taman syurga. Didunia ini Raudhah adalah majlis ilmu, Masjidil Nabi dan taman didalam kubur bagi orang yang beriman. • Quran merupakan satu rahmat serta penawar bagi orang yang beriman. Penawar bagi segala aspek kehidupan orang yang beriman didunia ini. • Al Quran merupakan satu zikir, peringatan. Orang yang beriman hendaklah selalu membaca nya. • Peringatan yang paling besar bagi manusia adalah Al Quran. • Allah SWT juga menyebutkan Al Quran sebagai Al Kitab. Kitab dalam bahasa Arab yang bermaksud tulisan. Kitab yang memberi peringatan kepada orang- orang yang beriman. Yang ...

Ustaz jemputan 180422

Kuliah Subuh • Nikmat iman yang dianugerahkan Allah SWT kepada hamba-Nya perlu disyukuri. • Orang yang beriman hendaklah takut sekiranya iman itu dicabut ketika menghadapi sakarat maut. • Apabila seseorang itu bersyukur akan imannya, akan dicatatkan segala amalnya. • Diakhirat kelak seorang hamba akan ditunjukkan segala amal nya. Malaikat yang menulis kebaikan dan keburukan tidak akan terlepas segala amal baik dan buruk hamba itu. • Ketika dihari akhirat kelak tiada ada siapa yang dapat memberi syafaat kepada sesaorang hamba itu. Hanya Rasulullah SAW sahaja yang diizinkan Allah SWT untuk meminta syafaat kepada pengikut nya. Beruntung lah sesiapa yang diakui sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW. • Berhati hati akan muslihat iblis dan syaitan. Tipu dayanya tidak kira siapa. Orang yang kuat beribadat juga dibisikkan akan membuat seseorang itu sombong akan amalan nya. • Jahatnya iblis sehingga dia sanggup berjanji dihadapan Allah SWT agar dia akan menggodakan manusia supaya melakukan berdosa...

Ustaz Azman 170422

Kuliah Subuh • Dibulan Ramadhan ini orang yang beriman hendaklah bersyukur. • Bersyukur akan nikmat yang dikurniakan Allah SWT dibulan yang berkat. Ramai yang tak sempat untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini. • Ambillah kesempatan yang dianugerahkan Allah SWT untuk melipatgandakan pahala yang berpeluang sebagai bekalan untuk akhirat kelak. • Tetapi ramai yang tidak beristiqamah didalam beramal di bulan Ramadhan ini. • Punca amalan yang tidak konsisten adalah kerana tidak mempunyai ilmu yang secukupnya. • Ramai orang yang beramal dengan secara ikut- ikut sahaja. • Melakukan ibadah perlu tahu hukum dan adabnya. Yang mana wajib dan sunat. Yang mana yang makruh dan haram. • Tanpa ilmu ibadah yang dilakukan tidak sempurna. Akan timbul sikap malas untuk melakukan amalan secara berterusan. • Didalam melakukan amalan hendaklah melakukan dengan keinsafan yang amalan tersebut adalah kerana Allah SWT. Mengharap keredhaan NYA. • Insaf yang dilakukan adalah kerana kita sebagai hamba mengikut pe...

Ustaz Shamsuddin 160422

Kuliah Subuh • Nafsu syahwat perlu diasuh supaya tidak bersarang didalam hati. Ia perlu jadi sebagai ma'mun dan kita menjadi imam. • Sekiranya nafsu syahwat itu telah bersarang didalam hati, perlulah dikeluarkan didalam hati. Walaupun ia sesuatu yang sulit. • Nafsu seperti ujub, riya', sombong, takabbur dan sebagainya hendaklah dikeluarkan dari dalam hati. • Membersihkan hati memerlukan banyak doa kepada Allah SWT. Perlu memohon pertolongan dan inayah NYA. • Hati yang sakit merasa tidak perlu kebergantungan kepada yang lain. Untuk mengubati hati supaya tunduk kepada Allah SWT perlulah ia merasa takut kepada kemurkaan NYA. • Takut kepada kemurkaan NYA, sebagaimana yang dikhabarkan Al Quran. Perlulah sesaorang itu sentiasa menjadikan Quran meresap ke dalam hati. • Hati juga perlu dididik supaya mengharap akan kesenangan hidup diakhirat yang dijanjikan Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat dan beriman. • Untuk mencapai matlamat tersebut hendaklah seseorang itu mengenali Allah SWT. ...