Ustaz Azman 170422

Kuliah Subuh

• Dibulan Ramadhan ini orang yang beriman hendaklah bersyukur.

• Bersyukur akan nikmat yang dikurniakan Allah SWT dibulan yang berkat. Ramai yang tak sempat untuk bertemu dengan bulan yang mulia ini.

• Ambillah kesempatan yang dianugerahkan Allah SWT untuk melipatgandakan pahala yang berpeluang sebagai bekalan untuk akhirat kelak.

• Tetapi ramai yang tidak beristiqamah didalam beramal di bulan Ramadhan ini.

• Punca amalan yang tidak konsisten adalah kerana tidak mempunyai ilmu yang secukupnya.

• Ramai orang yang beramal dengan secara ikut- ikut sahaja.

• Melakukan ibadah perlu tahu hukum dan adabnya. Yang mana wajib dan sunat. Yang mana yang makruh dan haram.

• Tanpa ilmu ibadah yang dilakukan tidak sempurna. Akan timbul sikap malas untuk melakukan amalan secara berterusan.

• Didalam melakukan amalan hendaklah melakukan dengan keinsafan yang amalan tersebut adalah kerana Allah SWT. Mengharap keredhaan NYA.

• Insaf yang dilakukan adalah kerana kita sebagai hamba mengikut perintah Allah SWT. Maka amalan itu perlu dilakukan mengikut hukum didalam Al Quran dan Hadith Baginda SAW. Faham akan sebab dan menyebab amalan tersebut. Beradab yang dilakukan adalah kepada NYA.

• Amalan hendaklah dilakukan dengan tertib. Kebersihan dijaga. Khusyuk ketika solat. Berpakaian yang bersih dan kemas. Adab dijaga, contohnya ketika solat berjemaah, dijaga saf, makmum tidak mendahului imam.

• Untuk mendapat ganjaran didalam melakukan ibadat seseorang itu perlulah dilakukan dengan secantik yang mungkin. Tertib dan beradab. Mengikut apa yang dicontohkan oleh Baginda SAW. Jangan beramal mengikut cara masing-masing tanpa nas.

• Kesabaran perlu didalam melakukan ibadat. Dilakukan dengan baik dan beristiqamah. Ibadah yang sedikit dilakukan secara berterusan lebih baik daripada ibadah yang banyak tetapi tidak konsisten.

• Ramadhan ini ganjaran yang berlipat ganda adalah untuk orang yang dipilih NYA. Untuk mendapatkannya sesaorang itu apabila melakukan amalan hendaklah ikhlas kerana Allah SWT.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914