Ustaz Shamsuddin 100422

Kuliah Subuh

• Hati yang sihat merupakan nikmat Allah SWT kepada hamba-Nya. Sebaliknya jika hati yang sakit membawa kesusahan kepada sesaorang itu.

• Penyakit hati yang merbahaya adalah perasaan kemanisan hawa nafsu yang menyeronokkan. Begitu juga dengan perasaan hawa qalbu.

• Hawa nafsu adalah keinginan luaran. Misalnya keenakan makanan dan minuman. Kesukaan mempunyai kenderaan mewah serta harta yang banyak. Kesukaan kepada hubungan suami-isteri.

• Hawa qalbu adalah keinginan yang bersifat dalaman. Contohnya perasaan megah dengan kedudukan. Suka dipuji. Mahu disayangi.

• Hawa qalbu juga didalam hal agama. Seperti ingin kepada karamah. Ingin diangkat menjadi orang alim. Ingin menjadi seorang zuhud. Walaupun dari satu sudut keinginan ini seperti biasa sahaja, tetapi sebaliknya ini juga akan membawa kepada sakit hati halwa qalbu.

• Mencari penyelesaian sakit hati hawa nafsu lebih senang daripada mengubati penyakit hati hawa qalbu. Seperti kurang melakukan perkara yang membawa kepada keinginan hawa nafsu. Kurang makan, jauhi dari pergaulan daripada orang yang mendorong kearah keinginan hawa nafsu.

• Tetapi mengubati hati yang sakit dari hawa qalbu adalah sulit. Penyelesaian penyakit ini hanya boleh datang daripada pertolongan Allah SWT. Maka perlulah memohon kepada Nya agar diberi taufiq dan hidayah.

• Taufiq merupakan anugerah dimana segala gerak kerja yang betul didalam membangun kehidupan beragama.

• Hidayah merupakan petunjuk yang bersumberkan luaran. Seperti mendapat ilmu daripada menghadiri majlis ilmu. Petunjuk daripada Al Quran yang dibaca, ditafsir dan ditadabur.

• Selain daripada berdoa kepada Allah SWT, perlu juga berguru dengan mursyid yang dapat membantu membersihkan hati daripada sifat-sifat yang kurang baik. Mendalami ilmu agama dari segi syariat, tauhid dan tasawuf.

• Nafsu merupakan satu daripada perkara yang akan ada bersama sama setiap manusia. Perlulah nafsu itu dikawal dengan cara yang diajar oleh agama Islam. Berpandukan Al Quran dan hadith. Jangan nafsu yang mengawal hati seseorang itu.

• Berusahalah agar nafsu itu berada diluar hati. Jangan dibiarkan nafsu yang masuk memimpin hati.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914