Sunday, February 7, 2010

Ustaz Yusuf 070210

Kuliah Subuh

• Menjadi saorang yang baik perlulah melakukah perbuatan yang baik dengan amalan yang soleh.

• Salman Al Farisyi saorang sahabat yang diberi Allah SWT mendapat hidayah. Menjadi gabenor di Kufa' semasa pemerintahan Saidina Omar Al Khattab.

• Beliau menuju ke Kufa' dari Madinah dengan menaiki kaldai. Ramai penduduk Kufa' bertanya yang mana satu Salman. Mereka tidak menyangka yang gabenor mereka datang dengan menaiki kaldai sahaja. Dizaman itu saorang gabenor itu saorang pembesar yang berkuasa.

• Adakah pendekatan Wasatiyah yang digunakan oleh Malaysia itu dapat melahirkan pemimpin seperti Salman?

• Gaji yang diberikan kepada Salman, ia membahagikan kepada tiga bahagian. Untuk dirinya, keluarga dan masyarakat.

• Semasa kewafatan nya, ia hanya meninggalkan pakaian yang berada didirinya sahaja. Serban, tongkat, baldi untuk berwudhuk.

• Sebelum wafatnya dia merasa takut jika ditanya akan hartanya semasa didunia ini. Serta adakah cukup bekalan yang dibawa untuk kembali bertemu Allah SWT.

• Perbandingan akan kepimpinan yang dibawa oleh para sahabat dengan apa yang ada pada hari ini. Adakah kita dapat bersaing dengan kehebatan mereka? Dapatkah ilmu sains dan teknologi yang canggih yang kita perolihi dapat meletakkan kita sebaris dengan kehebatan mereka.

• Saorang lagi sahabat Muaz, selalu menangis serta merasa gentar akan bekalannya. Beliau juga saorang yang cukup mengasihi Rasulullah SAW. Apabila berkesempatan bertemu dengan Baginda, Muaz hanya bertanya perihal akhirat sahaja. Rasulullah SAW menyatakan Muaz semasa diakhirat akan memimpin para ulama' untuk memasukki syurga.

• Dizaman para sahabat, mereka tidak memperdulikan sangat kekayaan harta didunia ini. Jiwa mereka hanya tertumpu kepada akhirat. Begitulah didikan yang mereka dapati daripada Rasulullah SAW.

Wassalam

Ustaz Othman dari P.Pinang 050210

Kuliah Maghrib

• Makhluk Allah SWT patuh kepada segala perintahNYA. Termasuk binatang dan tumbuh tumbuhan. Kecuali manusia dan jin.

• Malah ada manusia yang sanggup mengakui yang dirinya sebagai Tuhan. Malah sejahat jahat Iblis pun tidak pernah mengakui dirinya Tuhan.

• Manusia yang mendapat rahmat daripada Allah SWT adalah mereka yang takwa. Mereka sentiasa mengikuti perintah Allah SWT.

• Malah tanpa rahmat Allah SWT, manusia akan tertipu didalam menyerjakan ibadat. Tanpa rahmatNYA tidak dapat menjejak kedalam syurga.

• Untuk mendapat rahmat Allah SWT hendaklah yakin seyakinnya kepada Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Benar- benar beriman.

• Manusia yang patuh serta mengikut perintah dan amalan Rasulullah SAW akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

• Mereka juga yang selalu mengerjakan amal makruf nahi mungkar.

Wassalam

Ustaz Syariff 030210

Kuliyah Maghrib

Hukum Dhihar

• Apabila sesaorang lelaki menyerupakan isterinya sama dengan emaknya.

• Dizaman jahiliah, hukumnya dijatuhkan talaq.

• Didalam Islam, tidak dijatuhkan talaq tetapi perlu membayar khifarah.

• Sebelum membayar khifarah hukumnya haram bersama dengan isterinya (Bersetubuh). Pandangan imam shafie.

• Dhihar terjadi apabila lelaki sahaja yang menyamakan isterinya sama dengan emaknya. Jika isterinya yang melakukannya ia tidak dikira sebagai dhihar.

• Imam Abu Hanifah dan Imam Shafie menghukumkan bahawa jika suami itu menyerupakan isterinya dengan wanita yang haram baginya berkahwin. Saperti dengan adik kandung.

• Khafarah yang perlu dijelaskan;
- membebaskan saorang puasa.
- puasa dua bulan berturut2
- memberi makanan 60 orang miskin.

• Khafarah mestilah disempurnakan mengikut ketertibannya.

Wassalam

Ustaz Ghazali Hasbullah 310110

Kuliah Maghrib

• Bapa atau penjaga wajib memberi pendidikan kepada anak anaknya didalam bab akidah.

•Perkara yang wajib diberi pendidikan adalah perkara yang berhubung dengan hukum pada wujudnya Allah SWT. Saperti perkara yang wajib pada Allah SWT.

• Begitu jugalah dengan seorang suami, diwajibkan dia memberi pendidikan kepada isterinya.

• Maka perlulah dia (penjaga atau suami) mahir didalam bidang ilmu akidah. Sekiranya ia tidak mahir maka perlulah dia dan seisi keluarganya belajar daripada guru yang mahir.

• Belajarlah daripada guru yang berpandukan kepada Al Quraan dan Hadith. Bukan daripada mereka yang mengambil ilmu tidak daripada sumber yang benar. Ramai orang tersesat kerana belajar daripada guru yang tidak mahir didalam Quraan dan Hadith.

• Wajib bagi sesaorang mukmin itu mengenali akan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Tetapi orang yang tidak berilmu, mustahil dia dapat mengenali akan NYA dan pesuruhNYA.

• Kajahilan merupakan punca utama ramai yang tidak mengenali Allah SWT dan RasulNYA. Dan jika ilmu akidah tidak mahir maka ilmu agama yang lain juga akan jadi celaru. Hukum haram dan halal akan jadi kabur. Maka timbullah keadaan dimana yang haram dibenarkan dan yang halal dicela. Sudah hilang hukum Allah SWT didalam kehidupan seharian. Maka akan tersesatlah mereka...

• Sekiranya saorang ketua didalam keluarga tidak berilmu didalam akidah maka orang yang dipandunya juga dikhuatirkan akan lebih dekat dengan kejahilan. Malah takut nanti berani menentang hukum- hukum Allah SWT.

• Minta dijauhkan Allah SWT kita daripada kejahilan...

Wassalam

Sunday, January 24, 2010

Ustaz Abdul Halim 240110

Kuliah Subuh
Masjid Al Huda, Sek 19, Shah Alam

Apakah amalan yang dapat memperkukuhkan iman sesaorang?

• Menjaga orang Islam yang lain daripada perbuatan lidah kita saperti mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati.

• Menjaga tangan kita daripada menyakiti saudara Islam yang lain. Melakukan perbuatan yang baik. Serta dengan tangan itu kita menghulurkan sedekah dan bantuan kepada yang memerlukan.

• Membelanjakan harta benda kita kejalan yang baik. Saperti wakaf, sedekah dan perkara sunat yang lain.

• Memberikan makanan atau menjamu makanan kepada saudara seislam dapat juga memperkukuhkan iman sesaorang. Seperti memberi makan kepada orang miskin, orang yang hendak berbuka puasa.

• Memberikan salam kepada saudara kita. Kerana itu merupakan satu daripada doa yang menggunakan salah satu asmaul husna. InsyaAllah akan dimakbulkan Allah SWT. Ini juga dapat mempertingkatkan serta memperkukuhkan keimanan.

• Sesaorang Islam itu selalu berbaik dengan saudara seislamnya. Ia tidak mempunyai perasaan dendam, iri hati atau cela kepada orang Islam yang lain.

• Menjaga kesejahteraan kedua orang ibu bapa kita. Berusaha membantu mereka setelah mereka sudah tidak mempunyai kekuatan untuk melakukan pekerjaan lagi. Sekiranya mereka bulum lagi menunaikan ibadat haji, maka anak anak haruslah berusaha mengumpulkan dana untuk membiayai perjalanan mereka.

• Mengasihi Rasulullah SAW mengatasi kasih kepada dirinya sendiri. Menjaga kedudukkan mulia baginda daripada dicela oleh orang lain. Selalu mengucapkan selawat keatas junjungan baginda. Semasa di Madinah hendaklah menziarahi makam baginda. Tetapi janganlah melakukan perkara khurafat yang bertetangan dengan sunnah baginda semasa di masjid Nabawiyah.

• Merasai kemanisan keimanan, perlulah sesaorang itu melebihi kasihnya kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW daripada segalanya. Apabila dia mengasihi sesaorang maka niatnya adalah semata mata kerana Allah SWT.


Wassalam

Saturday, January 23, 2010

Ustaz Rusmaidi 230110

Kuliah Subuh

"Aku adalah gedung ilmu, Saidina Ali itu adalah pintu gedung itu" Sabda Rasulullah SAW.

• Hadith ini menunjjukkan betapa hebatnya kedudukkan Saidina Ali RA dari segi ilmunya.

• Pernah para sahabat bertanya kepada Saidina Ali " Mana yang lebih baik harta atau pun Ilmu".

Jawapannya adalah seperti berikut:

• Ilmu itu lebih baik kerana ilmu adalah waris para anbiya'. Manakala harta adalah pusaka warisan Firaun dan Qaruun yang zalim.

• Ilmu memelihara dikau manakala harta dipegang oleh dikau; kata lagi Saidina Ali RA. Dengan ilmu, walaupun ilmu dunia dapat memelihara tuannya, walhal harta itu perlu dilindungi daripada kecurian dan kerosakkan.

• Orang yang mempunyai harta itu ramai musuhnya. Manakala orang yang mempunyai ilmu pula ramai taulannya.

• Harta apabila diberi kepada orang lain ia akan berkurangan. Manakala ilmu itu bila diberi kepada orang ia tidak akan berkurangan.

• Orang yang mempunyai harta diseru dengan bakhil. Manakala orang yang mempunyai ilmu akan dimuliakan.

• Harta itu hendaklah dipelihara daripada pencuri, manakala ilmu tidak perlu dilindungi daripada pencuri.

• Orang yang mempunyai harta akan dihisab di hari akhirat kelak. Manakala orang yang mempunyai ilmu akan mendapat syufaat.

• Harta mengeraskan hati tetapi ilmu itu menerangkan hati.

• Orang yang banyak harta mengaku dirinya tuhan. Orang yang banyak ilmu mengaku dirinya saorang hamba.

Wassalam

Sunday, January 17, 2010

Ustaz Amran Yusof 110110

Kuliah Maghrib

• Orang yang meninggalkan solat secara sengaja hukumnya adalah berdosa besar. Boleh menggugurkan syahadah...kafir.

• Orang yang menafikan kewajipan solat itu secara terang telah ingkar kepada hukum Allah SWT. Imam Nawawi memurtadkan orang yang sedemikian.

• Para ulama juga bersependapat bawaha kufurlah sesaorang yang meninggalkan solah secara berterusan tanpa merasa salah.

• Orang yang meninggalkan solat secara sengaja itu akan binasa.

• Imam Shafie menyatakan orang yang meninggalkan solat dengan sengaja hendaklah dibawa kemeja pengadilan mahkamah syariah. Dinasihat. Sekiranya masih ingkar. Hukumnya bunuh.

Wassalam