Posts

Showing posts from March, 2023

Ustaz Abdul Halim 260323

Kuliah Subuh • Hadith 40 dikumpulkan  Imam Ghazali membincangkan perkara tersebut:    - 10 pertama mengenai aqidah    - 10 kedua mengenai amal ibadah    - 10 ketiga isu penyakit hati    - 10 keempat ibadat hati • Ibadah puasa merupakan nikmat yang besar. Satu ibadah yang berat. • Ibadah puasa dapat mengelakkan daripada tipu daya syaitan. Menolak serta mengecewakan kehendak syaitan. • Melakukan ibadah puasa semestinya kerana Allah SWT. Bukan kerana objektif yang lain. • Pintu-pintu syurga dibuka kepada orang yang berpuasa. • Orang yang berpuasa juga menolak akan pujukan nafsu syahwat. Ini juga menutup salah satu pintu dimana syaitan boleh menghasut manusia. • Wassalam  

Ustaz Hafizulah 250323

Kuliah Ramadhan • Bersabar merupakan satu elemen yang penting didalam membentuk karakter yang baik. • Ramadhan mendidik insan supaya bersabar menghadapi kehausan dan kelaparan. • Berpuasa mencegah seseorang itu daripada sifat yang buruk. • Sesaorang yang berpuasa yang dilakukan dengan baik dia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Tidak terhitung kerana hanya Allah SWT yang memberinya sekehendak NYA. • Untuk mencapai berpuasa yang baik memerlukan sifat bersabar yang tinggi. • Seorang yang bersabar juga mendapat ganjaran yang besar. Sebagaimana Allah SWT memberi kepada orang yang berpuasa. • Wassalam  

Ustaz Suhaimi 250323

Kuliah Subuh • Fadhilat membaca surah Al Fatihah adalah penawar menyembuh sakit. Ini terdapat didalam hadith. • Orang yang beriman hendaklah menuntut ilmu kerana tanpanya akan merosakkan iman. • Ramadhan mendidik agar menjadi muslim, mukmin dan mu'takin. Beristiqamah selepas bulan ini. • Makhluk yang ghaib itu wujud. Terdapat golongan jin, ada malaikat dan ada yang juga Qarin yang berdamping dengan setiap manusia. • Berikut ini adalah doa Rasulullah SAW riwayat Imam At-Thabarani dan Imam Ad-Dailami: اللَّهُمَّ سَلِّمْنِيْ لِرَمَضَانَ وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِيْ وَسَلِّمْهُ مِنِّيْ Allāhumma sallimnī li Ramadhāna, wa sallim Ramadhāna lī, wa sallimhu minnī. Artinya, "Ya Allah, selamatkanlah aku (dari penyakit dan uzur lain) demi (ibadah) Bulan Ramadhan, selamatkanlah (penampakan hilal) Ramadhan untukku, dan selamatkanlah aku (dari maksiat) di bulan Ramadan." • Memperbanyakkan zikrullah dan sedekah dibulan yang mulia ini. • Memberi makan untuk orang membuka puasa banyak pahalan

Ustaz Shamsuddin 180323

Kuliah Subuh • Orang yang beriman kedudukan dia didunia ini perlulah menjadi hubungan diakhirat. • Apa sahaja yang dimiliki didunia ini akan ditinggalkan apabila dirinya kembali kerahmatullah. • Untuk kesinambungan nikmat daripada harta dan kedudukan duniawi setelah kita mati, perlulah semasa hidup ini digunakan untuk mendapat ganjaran diakhirat. • Sekiranya harta dan kedudukan sesaorang didunia ini digunakan mengikut kehendak agama. Maka dapatlah pahala yang boleh menjadi bekal diakhirat kelak. • Sebaliknya jika harta dan kedudukannya tidak digunakan mengikut kehendak agama, maka rugilah dia diakhirat nanti. • Perlulah diingatkan bahawa semasa hidup didunia ini apa sahaja harta kekayaan dan pangkat kedudukan adalah daripada kurniaan Allah SWT. • Setiap amanah perlulah dijalankan mengikut kehendak hukum yang ditetapkan Allah SWT. Harta yang diperolehi hendaklah dari sumber yang halal. Memberi zakat apabila cukup haulnya. Serta banyakkan memberi sedekah. Pangkat kedudukan semasa didunia

Ustaz Hassan Basri 170323

Kuliah Maghrib • Perkara yang halal dalilnya jelas. Perkara yang haram dalilnya jelas. Diantara keduanya adalah perkara yang syubhah. • Didalam hukum agama bila hendak membatal yang jelas perlu membawa dalil yang juga jelas menunjukkan kepada perubahan tersebut. • Syubhah terjadi apabila sesaorang itu tidak tahu satu perkara yang tertentu itu halal atau haram. Perkara ini timbul kerana sesaorang itu tidak mempunyai ilmu didalam perkara itu. • Orang yang beriman perlulah mencari ilmu supaya mendapat kepastian sama ada halal atau haram. • Meninggalkan perkara syubhah adalah baik. Dia sebagai menjaga diri dan agamanya. • Syubhah yang membawa kepada haram perlu diberi penekanan. Kerana Rasulullah SAW syorkan kepada para sahabat supaya berwaspada akan perkara yang haram. Baginda andaikan setiap raja ada kawasan larangannya, dan kawasan larangan Allah SWT adalah perkara-perkara yang haram. • Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 130323

Kuliah Maghrib • Jika seseorang selalu melakukan maksiat, maka akan terkesan kepada batin/ jiwanya. • Bila berani melanggar perintah Allah SWT maka dia sudah tidak merasa takut kepada Allah SWT. Hanya mengharap yang kasih sayang Allah SWT dapat menyelamatkan dirinya Diakhirat nanti. • Begitu juga jika mudah melakukan maksiat maka sikap ketaatan kepada hukum Allah SWT semakin hari semakin pudar. • Kisah yang terjadi kepada Imam Shafie. Dia terpandang aurat seorang wanita, buku lali. Pada hari itu hilang dari ingatan nya hafalan Al Quran. • Maksiat juga menghalang seseorang itu mendapat Taufik daripada Allah SWT. Petunjuk untuk menyenangkan diri untuk mendapat melakukan amal soleh. • Orang yang hindari daripada perbuatan maksiat maka senang baginya mendapat ilham untuk memudahkan jalan kepada Allah SWT. • Mencari kejayaan hidup di dunia mengikut kehendak agama adalah satu jalan yang benar. Satu rahmat. Petunjuk daripada Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman dan taat. Menjauhi diri dari

Ustaz Shamsuddin 120323

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hidupnya sederhana. Tidak keterlaluan didalam sesuatu perkara. • Suka sesuatu perkara, janganlah terlalu suka akan dia. Kerana nanti jika tidak dapat akan merasa dukacita yang sangat. • Jika kesukaan itu sederhana maka jika berduka juga akan sederhana. • Begitu juga harta kepunyaan janganlah terlalu sayang kerana jika ia hilang akan membawa kepada kesedihan yang amat. • Apa sahaja yang dimiliki oleh seorang yang beriman hendaklah bersederhana. Seperti harta, anak pinak, pangkat dan sebagai. Kerana apa sahaja yang kita punya adalah hanya pinjaman Allah SWT. • Mempunyai harta didalam agama tidak salah. Tetapi perlulah dengan berkhemah. Jangan keterlaluan. Kerana jika hilang tidaklah merasa terlalu sedih. • Sesaorang yang berusaha dengan kuat untuk memperbanyakkan harta. Jika harta itu hilang akan membawa perasaan kecewa akan kehilangannya. Malah khuatir jika dia lupa kepada kekuasaan Allah SWT. Segala benda adalah milik Allah SWT. Diberi dan ditarik deng

Ustaz Dr Nizam 110323

Kuliah Subuh • Allah SWT mempunyai sifat Iradat (kehendak) dan sifat qudrat (kuasa). Serta mempunyai ilmu. • Didalam mahzab Ahli Sunah Waljamaah tidak wajib bagi Allah SWT melakukan kebaikan. • Contohnya berlaku bencana alam seperti banjir adalah diatas kuasa Allah SWT. Sedangkan bagi manusia banjir itu satu kejadian yang tidak baik. • Golongan mazhab Muktazilah berpendapat yang wajib bagi Allah SWT melakukan kebaikan. • Diakhirat nanti ada manusia yang masuk ke dalam syurga dan ada manusia yang memasuki neraka. Syurga itu baik dan neraka itu tidak baik. Jika wajib bagi Allah SWT melakukan kebaikan sahaja maka kenapa diwujudkan neraka. • Adanya orang kafir yang akan memasuki neraka menunjukkan bahawa tidak wajib bagi Allah SWT melakukan kebaikan sahaja. • Walaupun tidak wajib bagi Allah SWT melakukan perkara yang baik sahaja tetapi DIA tidak zalim. • Wassalam  

Ustaz Dr Haji Mohd Ali

Kuliah Maghrib • Quran perlu ada didalam hati seorang mukmin. • 4.136 Surah An Nisa ayat 136 • يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اٰمِنُوْا بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَالْكِتٰبِ الَّذِيْ نَزَّلَ عَلٰى رَسُوْلِهٖ وَالْكِتٰبِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ ۗوَمَنْ يَّكْفُرْ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلٰلًا ۢ بَعِيْدًا Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh • Beriman hanya kepada Allah SWT. Dijanjikan syurga. Tempat tinggal yang selesa. Taman Raudhah Syurga, luasnya diantara langit dan bumi. • Surah 42.47 Sahut dan sambutlah seruan Tuhan kamu (

Ustaz Syukri 040323

Kuliah Subuh • Berkata dengan benar adalah yang tidak bercanggahan dengan wahyu Allah SWT. • Orang yang terlalu mencintai kehidupan didunia adalah mereka yang tertipu oleh syaitan. • Didalam Al Quran, Allah SWT memberi amaran kepada manusia bahawa syaitan itu adalah musuh yang utama. • Orang yang beriman tidak tertipu dengan kehidupan didunia. Dia membuat persiapan yang secukupnya untuk dibawa bersama-sama diakhirat kelak. • Membuat persiapan untuk beribadat diwaktu pagi perlulah dilakukan diwaktu malam sebelum tidur. Membaca ayatul kursi dan ayat-ayat yang disunnahkan Baginda SAW. • Bagi seorang yang beriman apa yang ditetapkan Allah SWT keatas dirinya adalah baik. Apabila dia menghadapi kesakitan dia tahu bahawa sakit dan kesusahan tersebut adalah satu kejadian yang akan membersihkan dosa- dosanya dengan pengampunan daripada NYA. • Sesaorang yang berniaga terbagi kepada dua bahagian. Satu apabila perniagaan nya maju dia mula lupa dengan Allah SWT. Yang satu lagi semakin maju perniaga

Ustaz Rahmatullah 030323

Kuliah Maghrib • Setiap maksiat yang dilakukan akan memberi kesan kepada sesaorang itu. Membawa bencana. • Bagi sesiapa yang banyak melakukan maksiat tidak terasa kesan buruk keatas dirinya. • Sebaliknya orang yang Soleh jika terdapat kesan diatas dirinya dia akan cepat merasainya. • Orang yang selalu melakukan maksiat tidak sensitif akan teguran. Malas untuk melakukan ibadat. Hatinya keras. Hilang kasih sayang kepada orang lain. • Maksiat adalah perbuatan orang yang menolak kebenaran. Adakalanya dia tahu kebenaran itu tetapi nafsunya membelakangkan nya. • Manusia yang jauh daripada mengingati Allah SWT adalah mereka yang keras hatinya. Menolak kebenaran. Menentang ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW. • Semasa Baginda Rasulullah SAW mula- mula membawa risalah Islam, pemimpin di Mekah tahu yang dibawa oleh Baginda itu benar. Tetapi oleh kerana keras hati,  mereka menolak ajaran Itu. Akhirnya mereka tidak mendapat hidayah dan rahmat Allah SWT. • Orang yang selalu melakukan maksiat tid