Ustaz Syukri 040323

Kuliah Subuh

• Berkata dengan benar adalah yang tidak bercanggahan dengan wahyu Allah SWT.

• Orang yang terlalu mencintai kehidupan didunia adalah mereka yang tertipu oleh syaitan.

• Didalam Al Quran, Allah SWT memberi amaran kepada manusia bahawa syaitan itu adalah musuh yang utama.

• Orang yang beriman tidak tertipu dengan kehidupan didunia. Dia membuat persiapan yang secukupnya untuk dibawa bersama-sama diakhirat kelak.

• Membuat persiapan untuk beribadat diwaktu pagi perlulah dilakukan diwaktu malam sebelum tidur. Membaca ayatul kursi dan ayat-ayat yang disunnahkan Baginda SAW.

• Bagi seorang yang beriman apa yang ditetapkan Allah SWT keatas dirinya adalah baik. Apabila dia menghadapi kesakitan dia tahu bahawa sakit dan kesusahan tersebut adalah satu kejadian yang akan membersihkan dosa- dosanya dengan pengampunan daripada NYA.

• Sesaorang yang berniaga terbagi kepada dua bahagian. Satu apabila perniagaan nya maju dia mula lupa dengan Allah SWT. Yang satu lagi semakin maju perniagaannya semakin dekat dengan Allah SWT. Tetapi golongan yang kedua ini sedikit sahaja bilangan nya.

• Orang yang beriman menginginkan kematian yang baik. Mati ditempat yang baik. Dijauhkan mati didalam keadaan dan tempat yang buruk.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914