Posts

Showing posts from June, 2023

Ustaz Hafizullah 240623

Kuliah Maghrib • Bagi orang yang beriman yang mencari ilmu. Hidangan yang istimewa bagi akal sesaorang yang belajar adalah kefahaman. • Digalakkan seseorang yang menimba ilmu agama berdoa kepada Allah SWT agar diberi kefahaman didalam beragama. • Didalam sesuatu ilmu yang sudah diketahui oleh sesaorang yang beriman, perlulah dia berusaha untuk mendalami lagi ilmu tersebut. Agar kefahaman dia akan bertambah. "Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmat-hikmatMu dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu, wahai yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang". • Setiap manusia dibina atas jasad dan roh. Roh itu wujud lebih lama daripada jasad. Rahsia dan hal ehwal roh ini adalah kehendak Allah SWT. • Roh juga perlu disuburi oleh keimanan. Sekiranya roh itu rosak maka rosaklah iman dan akhlak sesaorang itu. • Untuk membina roh yang mulia hendaklah berilmu. Ilmu untuk mensucikan roh sesaorang adalah ilmu tasawwuf. Wajib dipelajari oleh semua orang mukmin. Fardhu Ain. • Roh yang mulia henda

Ustaz Suhaimi 240623

Kuliah Subuh • عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزُولُ قَدَمَا عَبْدٍ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُسْأَلَ عَنْ عُمُرِهِ فِيمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ عِلْمِهِ فِيمَ فَعَلَ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيمَ أَنْفَقَهُ وَعَنْ جِسْمِهِ فِيمَ أَبْلَاه ُ Dari Abu Barzah Al Aslami berkata: Rasulullah SAW bersabda: Dua kaki seorang hamba tidak akan bergerak (pada hari kiamat) sehingga dia ditanya tentang umurnya, kemana dihabiskan, tentang ilmunya apakah yang telah dilakukan dengan ilmunya, tentang hartanya dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakan dan tentang tubuh badannya untuk apa digunakannya" HR Tirmizi No: 2341 • Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini. Para sahabat bertanya: Walaupun Jihad? Baginda menjawab: Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi."(HR

Ustaz Syukri Alam Impian 210623

Kuliah Maghrib • Solat adalah ibadah yang penting. Ibadat yang diwajibkan dan diperintahkan Allah SWT kepada Rasulullah SAW secara terus-menerus. • Sesaorang yang beriman hendaklah mereka mendirikan ibadah solat kerana mengingati Allah SWT. Perlu fokus niat mengenai solat tersebut kerana hendak mendapat keredhaan NYA. • Manusia adalah makhluk yang selalu lupa. Oleh demikian itu diperintahkan manusia mendirikan solat. Supaya mereka tidak lupa akan Allah SWT. Justeru itu secara tidak langsung di peringatkan manusia agar ingat akan dosa dan pahala, syurga dan neraka dan selanjutnya apa yang diajarkan Rasulullah SAW. • Orang yang beriman jadikan solat sebagai mekanisme untuk sentiasa mengingati Allah SWT. Agar selalu berwaspada dengan semua perintah dan larangan agama. Supaya kehidupan ini selamat didunia dan diakhirat. • Manusia dan jin dijadikan Allah SWT supaya beribadat kepada NYA. Tanpa solat besar kemungkinan manusia akan leka dan tersimpang jauh daripada menjalani hidup ini sebagaim

Ustaz Syed Putra Haizan 180623

Kuliah Maghrib • Permulaan untuk membina masyarakat mukmin adalah didirikan masjid. Inilah yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW semasa di Madinah. • Para sahabat sanggup berkorban untuk menjayakan risalah Islam. Dilakukan apa sahaja yang diperintah oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Saidina Ali RA  menggantikan Baginda SAW ditempat tidurnya ketika hijrah. • Diawal perkembangan agama Islam, para sahabat ramai yang diseksa kerana iman mereka. • Para sahabat mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW melebihi cinta mereka keatas dirinya dan keluarganya. Inilah iman generasi mukmin pertama. • Abu Huzaifah ibnu Utbah Rabi'ah adalah seorang sahabat Rasulullah SAW. Memeluk Islam dimana seluruh keluarganya memusuhi Baginda. • Amar Yasir diseksa dengan besi panas. Ibu dan bapanya dibunuh. Kerana imam mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Ketika Baginda Rasulullah SAW dihalau daripada penduduk Taif dia berhenti membasuh darah di kakinya disebuah kebun kepunyaan Utbah Rabi'ah.

Ustaz Azman 180623

Kuliah Subuh • Ibadah Qurban hendaklah dilakukan mengikut segala hukum syara'. • Kambing yang hendak diqurbankan hendaklah cukup umur. Dalam sekitar setahun hingga dua tahun. Ada tumbuh tanduk. Cukup sifat binatang tersebut. • Lembu yang hendak disembelih perlulah cukup umur. Cukup sifatnya. Ada daging, tidak kurusnya. • Binatang yang hendak diqurbankan adalah yang disayangi. Selagi mampu perlulah pilih yang paling elok. • Dalam satu Hadis: أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ لِيُضَحِّيَ بِهِ فَقَالَ : اِشْحَذِي اَلْمُدْيَةَ ثُمَّ أَخَذَهَا فَأَضْجَعَهُ ثُمَّ ذَبَحَهُ وَقَالَ: بِسْمِ اَللَّهِ اَللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمّةِ مُحَمَّدٍ "Nabi S.A.W pernah menyuruh agar dibawakan seekor kibas yang bertanduk, kuku dan perutnya hitam dan sekeliling matanya hitam. Lalu kibas tersebut dibawa ke hadapan Baginda S.A.W untuk dijadikan korban. Baginda pun bersabda (kepada Aisyah), "Asahlah (pisau

Ustaz Muhaimin 160623

Kuliah Maghrib • وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ • Surah Al Baqarah ayat 186. Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. • Ayat diatas diturunkan kerana ada soalan kepada Rasulullah SAW mengenai adakah Allah SWT dekat kepada hamba NYA. • Surah Al Hadid ayat 4... هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضَ فِيْ سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوٰى عَلَى الْعَرْشِۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِى الْاَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاۤءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيْهَاۗ وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَ مَا كُنْتُمْۗ وَاللّٰهُ بِمَا تَعْمَلُوْن

Ustaz Rahmatullah 120623

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman berbeza dengan orang yang menzalimi dirinya. • Orang yang taat kepada Allah SWT berbeza daripada pelaku maksiat. • Maka perlu setiap umat kembali kepada Allah SWT. Mohon dijauhkan NYA daripada menjadi hamba yang menderhaka. • Setiap orang yang melakukan kebaikan, maka kebaikan itu untuk dirinya. Sebaliknya jika kita melakukan perkara yang buruk maka keburukan itu kembali kepada dirinya. • Yang selamat adalah sesaorang hamba yang beriman itu kembali kepada ketaatan kepada segala perintah Allah SWT. • Rugi orang yang melakukan maksiat. Walhal Allah SWT telah membimbing setiap jiwa kearah jalan yang lurus. • Sesiapa yang berhasrat untuk menjadi hamba yang disayangi Allah SWT maka segala jalan mencapai hasratnya itu telah dipermudahkan NYA melalui wahyu. • Keseronokan sesaorang yang menjalankan segala amalan yang diperintah oleh Allah SWT tidak dapat dibanding. Ketaatan itu cukup menyeronokkan. • Disebaliknya sesaorang yang kufur tidak akan mencapai keni

Ustaz Shamsuddin 110623

Kuliah Subuh • Kebanyakan orang bila dia ditimpa kesusahan maka kepada Allah SWT dia merayu. Tetapi bila senang dia lupa malah sombong. • Orang yang beriman akan sentiasa kembali kepada Allah SWT. Tidak kira diwaktu susah dan senang. Itulah ajaran Islam. • Sekiranya hidup ini dirasakan susah, pada Allah SWT tempat kembali memohon pertolongan. Dimana manusia ketika itu memandang kecil diri kita. Kawan dan keluarga pun larikan diri daripada kita malah mencela lagi. Maka tempat mengadu hanyalah kepada Allah SWT.  Tempat kita memohon pertolongan. Manusia tidak fahamkan keadaan tetapi yakinlah Allah SWT tahu apa yang kita lalui. • Sebagai seorang yang beriman perlulah kita yakin apa sahaja yang terjadi keatas diri kita adalah dengan izin Allah SWT. DIA maha mengetahui. Merupakan ujian kepada diri hamba-Nya. • Takkala berhadapan dengan ujian kesusahan maka setiap orang yang beriman perlulah kembalikan diri kepada Allah SWT. Segera memuji dan memohon pertolongan dengan berdoa bersungguh-sungg

Ustaz Dr Nizam 100623

Kuliah Subuh • Ulama' mentafsirkan iman sebagai sesaorang membenarkan Allah SWT dan Rasulullah SAW (tasdiq), mengaku bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW adalah Rasulullah, serta beramal dengannya. • Bagi Ulama'ahli sunnah Waljamaah sesaorang yang beriman cukup dengan membenarkan Allah SWT dan Rasulullah SAW (Tasdiq). • Sekiranya ada orang yang tasdiq kepada Allah tetapi tidak mengucapkan. Bila dia mati kita tak tahu samada dia seorang Islam atau tidak. Maka dia dikebumikan secara nya. Tetapi disisi Allah SWT berkemungkinan dia seorang yang beriman. • Sekiranya seseorang percaya kepada Allah SWT dan mengucapkan dua kalimah syahadah. Tetapi tidak melakukan ibadat. Maka imannya itu sah tetapi dia tidak sempurna. • Jika seseorang itu tidak beribadat tetapi mengaku bahawa perbuatan itu adalah haram dia masih beriman. Tetapi jika dia tidak mengaku kewajipan ibadah yang fardhu , maka batallah imannya. • Berlainan pula dengan golongan Muktazilah yang mentakrifk

Ustaz Dr Mohd Ali

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman perlulah selalu membaca AL Quran. Seolah-olah ayat itu kembang didalam hati. • Lebih baik sekiranya sesaorang itu menghafal Al-Quran. Kelak bila dia kembali kerahmatullah maka Al Quran itu menjadi teman. • Surah 4:136 membincangkan mengenai keimanan. Perlu dijadikan pegangan hidup sebagai seorang mukmin. يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اٰمِنُوْا بِاللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ وَالْكِتٰبِ الَّذِيْ نَزَّلَ عَلٰى رَسُوْلِهٖ وَالْكِتٰبِ الَّذِيْٓ اَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ ۗوَمَنْ يَّكْفُرْ بِاللّٰهِ وَمَلٰۤىِٕكَتِهٖ وَكُتُبِهٖ وَرُسُلِهٖ وَالْيَوْمِ الْاٰخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلٰلًا ۢ بَعِيْدًا Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka ses

Ustaz Hassan Basri 070623

Kuliah Maghrib • Doa Nabi Ibrahim AS berdoa agar Allah SWT menerima segala ibadah. Kita juga baik untuk memohon doa ini. • وَاِذْ يَرْفَعُ اِبْرٰهٖمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَاِسْمٰعِيْلُۗ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۗ اِنَّكَ اَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ Al Baqarah 127. Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui • Ilmu hadith untuk dipelajari perlulah berguru untuk mempelajari Syarah nya. • Kitab Riadhus Solehin  oleh Imam Nawawi bincang tentang hadith. • Didalam Surah Hud, Allah SWT perintah Rasulullah SAW dan umat Baginda untuk istiqamah. • فَاسْتَقِمْ كَمَآ اُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْاۗ اِنَّهٗ بِمَا تَعْمَلُوْنَ بَصِيْرٌ Surah Hud 112. Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang be

Ustaz Hafidz Ibrahim 050623

• Salah satu perkara sunnah adalah bab mandi. • Mandi, hukumnya... - harus jika badan berbau - wajib jika ada sebab mewajibkan - sunat jika ada dalil       - mandi sunat Jumaat       - orang yg baru masuk Islam       - orang memandikan mayat       - ketika di Mekah & Madinah • Makruh jika mandi dengan air panas yg memudarat. Pembaziran air. • Haram hukumnya jika mandi kerana puja dan ilmu hitam. Mandi bunga jika kerana kesihatan dibolehkan. • Kaifiat mandi wajib, sunat dan harus adalah sama. HR Al Bukhari 266/ 274 • Baginda Rasulullah SAW memulakan mandi (wajib)sunat) dengan - berniat dan terus membasuh kedua-dua belah tangan sebanyak tiga kali. - Kemudian membasuh qubul (alat sulit) dengan tangan kirinya. - Berwuduk. - Menuangkan air bermula dari kepala 3x sambil menyelati rambut - Mengalirkan air keseluruh anggota tubuh badan • Satu lagi perkara sunat yang dituntut keatas umat mukmin adalah berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW. • Lafaz selawat keatas Baginda Rasulullah SAW he

Ustaz Yusof 040623

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hendaklah berkelakuan baik. Dengan percakapan yang baik. Jaga hati dengan baik. • Sekiranya bertemu dengan orang yang bercakap tidak baik balas lah dengan percakapan yang baik. Doa kepada Allah SWT agar diberi hidayah kepada orang tersebut. • Selalu ingat setiap kepayahan itu merupakan ujian Allah SWT kepada kita. Manusia yang mengabdikan diri dengan beribadat kepada NYA hendaklah bersabar. Berkelakuan baik. • Sesiapa yang ada kebaikan didalam hatinya dia akan mengeluarkan perkara yang baik. Dari segi perbuatan dan percakapan. Dan sebaliknya jika didalam hati ada keburukan. • Bersabar apabila berhadapan dengan orang yang mengeluarkan percakapan yang tidak baik. Balaslah dengan cara yang baik. Walaupun sudah tetapi begitulah cara Baginda Rasulullah SAW. • Bersahabat dengan orang -orang yang baik. Yang selalu menasihati diri untuk melakukan kebaikan. • Wassalam