Posts

Showing posts from November, 2018

Ustaz Ghazali Omar 141118

Kuliah Maghrib ✓ Para alim ulama' adalah mereka yang menyambung kerja-kerja Rasulullah SAW. Mereka adalah pewaris baginda. ✓ Az Zumar ayat 9. "(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. ✓ Orang alim tidak sama dengan orang yang tidak alim. Derajat ilmuan tinggi disisi ISLAM. ✓ Wassalam

Ustaz Rahmatullah 121118

Kuliah Maghrib ✓ Islam merupakan nikmat yang terbaik bagi manusia seluruh alam. Nur yang menerangi dunia dan akhirat. ✓ Syaitan dan Nafsu menipu manusia dengan kelalaian nikmat duniawi. Tanpa mereka menyedari. ✓ Ramai yang juga terpedaya dengan pujian manusia. Hingga lupa akan keadaan yang sebenar. ✓ Kadangkala Allah SWT menutup aib sesaorang. Sehingga dia merasakan dirinya bersih. Lupa diri. ✓ Sibuk menghimpun bejalan untuk akhirat satu yang terpuji. ✓ Juga sibuk untuk mencari rezki bagi menyara diri. Tidak berlebih-lebihan. Juga sesuatu yang baik ✓ Mencari kesenangan dunia yang Halal. Cara yang baik. Fokus kepada akhirat. ✓ Ada yang mempunyai banyak harta. Tetapi harta itu tidak mendatangkan kesenangan baginya.Tidak juga menambahkan saham akhiratnya dengan harta benda. ✓ Apabila Allah SWT suka kepada hambanya. Akan dibuka jalan kebajikan kepada nya. ✓ Penyelamat kepada seorang mukmin. Takwa kepada Allah diwaktu tidak dilihat manusia. Sederhana didalam hidup kaya atau pun miskin. Bers

Ustaz Shamsuddin 111118

Kuliah Subuh ✓ Orang awam melihat alam ini secara fizikal sahaja. Tetapi orang yang tinggi imannya melihat alam ini bukan secara fizikal sahaja tetapi hatinya juga melihat sesuatu yang lain. Mereka melihat akan kebesaran Pencipta Alam ini. ✓ Orang-orang yang tinggi derajat imannya merupakan insan yang mempunyai kebolehan yang istimewa. Mereka ini adalah wali Allah. ✓ Para wali sentiasa mengingati Allah SWT. Setiap kejadian yang mereka melihat didalam alam ini akan mengingatkan mereka akan kebesaran Allah SWT ✓ Apabila kita melihat cahaya terang yang memasuki didalam rumah, yakin yang cahaya itu datangnya daripada matahari. Tidak perlu kita keluar dari rumah untuk melihat matahari. Kita tahu dan yakin bahawa cahaya tersebut adalah berpunca daripada matahari. ✓ Begitulah hati seorang wali. Apabila dia melihat akan keindahan alam ini, hati mereka telah melihat akan kebesaran Allah SWT. ✓ Kisah Nabi Musa AS ingin melihat Allah SWT. Tidak diizinkan. Melihat akan Nur Allah SWT Musa jatuh pen

Ustaz Rasydan 091118

Kuliah Maghrib ✓ Islam dan iman itu selari. Jika satu tiada maka akan ada bermasalah. Orang yang beriman sesama orang beriman bagaikan satu jasad. • Berkasih sayang • Bertimbang rasa • Tolong menolong ✓ Orang mukmin diuji dengan nafsu. Apabila hendak mengerjakan ibadah yang Soleh akan terasa berat untuk melakukannya. Hanya orang yang bersabar dapat mengatasinya ✓ Para sahabat apabila berhijrah ke Madinah keluar dari Mekah secara sembunyi. Sehelai sepinggang. Demi kasih sayang sesama mukmin orang orang Ansar berkorban harta benda mereka diberi kepada saudara muhajirin dari Mekah itu. ✓ Kaum mukminin adalah mereka bersaudara sesama muslim. Tidak mengira darjat. Tidak mengira bangsa. Tidak mengira warna kulit. ✓ Diakhirat nanti Allah SWT akan soal akan... • Apa yang dilakukan dengan umur • Apa yang dilakukan dengan ilmu ✓ Muslim sesama muslim perlulah tolong menolong. Bantu membantu. Agar masyarakat mukmin jadi kuat. ✓ Wassalam

Ustaz Shukri 081118

Kuliah Maghrib ✓ Rasulullah SAW melalui berbagai dugaan untuk membawa risalah Islam. Ada yang memanggilnya orang yang gila. Ada yang melontar najis kearah baginda. ✓ Perbuatan jahat dilakukan oleh orang musyrikin kepada Rasulullah SAW adalah kerana baginda mengajak masyarakat Arab Mekah miniggalkan agama nenek moyang mereka. Menuju kepada kepercayaan Islam. ✓ Baginda SAW tidak menghiraukan tindakan jahat masyarakat Arab jahiliyyah. Kerana baginda yakin bahawa pertolongan Allah SWT adalah yang terbaik. ✓ Baginda SAW Yakin bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik penjaga dan penyayang kepada hamba NYA ✓ Surah Yusuf ayat 64: Bapa mereka berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari ses

Ustaz Yahya 071117

Kuliah Maghrib ✓ Mempelajari zikir perlulah diambil daripada guru yang sanadnya sampai sehingga Rasulullah SAW. Roh zikirnya ada kekuatan. ✓ Kekuatan berzikir dapat mengalahkan godaan nafsu. Zikir itu bagaikan dapat membunuh kehendak nafsu. ✓ Peperangan yang lebih besar daripada berjihad adalah peperangan menundukkan nafsu. ✓ Setiap hari kita beramal kerana apa? Adakah ia benar-benar mahukan keredhaan Allah SWT. Ataukah mengikut nafsu untuk dipuji oleh manusia yang lain. ✓ Wassalam

Ustaz Ghazali Omar 06111708

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman apabila mereka melakukan ibadah difokuskan kerana Allah SWT. Tidak ada matlamat yang lain. ✓ Ada orang yang pergi menunaikan ibadah haji dan umrah di tanah suci Mekah. Tetapi tidak meletakkan ibadah sebagai usaha utama. Tetapi dia lebih utamakan mencari peluang berniaga. Atau utamakan membeli belah. ✓ Begitu juga jangan dicampurkan ibadah dengan perkara-perkara yang di tegah syariat. ✓ Semasa melakukan ibadah haji dan umrah ramai yang ingin membeli benda benda yang mempunyai kuasa luar biasa. Seperti minyak angin, kayu Koka, daun daun yang boleh mengubati sakit yang kronik. Hingga terpesong fokus ibadah nya. ✓ Didalam melakukan ibadah hendaklah setiap orang mukmin memberi tumpuan agar dimaksimakan kesempatan beribadat. Agar ibadah itu dijalankan dengan tertib. ✓ Niat untuk melakukan ibadah perlulah ikhlas. Tidak dicampuri dengan niat niat yang lain. Apabila terdetik didalam hati perlulah niat itu ikhlas ✓ Mengambil upah untuk melakukan ibadat perlula

Kuliah Subuh 061118

Ustaz Jemputan ✓ Orang yang beriman seluruh sudut kehidupannya dicontohi daripada Rasulullah SAW ✓ Baginda mendidik para sahabat dengan iman sebelum mempelajari perkara-perkara yang lain ✓ Didalam kehidupan ini seorang yang beriman perlulah memperbanyakkan istighfar. Semoga Allah SWT memberi pertolongan kepada hamba-Nya ✓ Dengan memperbanyakkan istighfar Allah SWT akan memudahkan rezeki seseorang itu. ✓ Seorang sahabat bernama Tufail yang dizaman jahiliah adalah seorang penyair Arab yang terkenal ✓ Dia berjumpa dengan Rasulullah SAW buat pertama kalinya semasa dia mengerjakan haji. Sebagai penyair dia tertarik dengan ayat ayat Al Quran yang dibaca baginda. Dia memeluk agama Islam. ✓ Abu Hurairah adalah seorang yang mengikut Tufail memeluk Islam ✓ Dia berjumpa dengan Rasulullah SAW mengadu yang masyarakat nya tidak mahu mengikutnya memeluk Islam. Baginda bangun  bersolat serta memohon bantuan Allah SWT agar bani daus memeluk agama Islam. Nasihat baginda kepada Tufail agar berlembut sema

Ustaz Rahmatullah 051118

Kuliah Maghrib ✓ Sesiapa yang bangun diwaktu pagi sambil merungut samalah dia menyalahkan keadaan itu kepada Allah SWT ✓ Orang yang beriman semasa bangun pagi hendaklah bersyukur akan nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada nya ✓ Menghormati orang lain adalah sesuatu perilaku yang baik. Tetapi jika penghormatan itu diberi kepada sesaorang kerana kekayaannya maka ini dilarang ✓ Kejayaan itu tidak akan diperolehi dengan angan-angan. Usia muda tidak dapat dikembalikan dengan mewarnakan rambut. Kesihatan tidak dicapai dengan ubat ubatan ✓ Tanda Allah SWT itu sayang kepada sesaorang adalah setiap apa yang terjadi keatas dirinya ia akan sentiasa ingatkan Allah SWT ✓ Sesaorang yang berkasih sayang itu bagaikan separuh daripada akalnya. Sebahagian yang lain adalah datang daripada ilmu nya. ✓ Rasulullah SAW bila dia bercakap dia bercakap dengan yang cara baik. Baginda tidak merungut kerana makanan. Jika dia suka maka dia akan menjamah makanan tersebut. Sekiranya ti

Ustaz Hazman 041118

Kuliah Maghrib ✓ Orang yang beriman hendaklah melihat apa yang ditentukan oleh Allah SWT dengan positif. Yakin setiap yang terjadi ada hikmahnya ✓ Sahabat Rasulullah SAW, Abi Amrah Sufian bertanya kepada baginda "Apa itu Islam". Baginda SAW jawap Yang Islam itu beriman kepada Allah SWT dan beristiqamah dengan nya ✓ Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW berpesan kepada sahabatnya agar turut istiqamah dalam beriman kepada Allah: "Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah beritahu padaku suatu perkara dalam Islam (yang cukup untukku bertanya padamu) tanpa aku perlu bertanya sesiapapun selepasmu. Rasulullah menjawab: Sebutlah aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah (dengannya)," - Musnad Ahmad. ✓ Apakah itu Istiqamah? Ulama' menyatakan bahawa istiqamah itu adalah tetap mengikut syariat Allah SWT. Melakukan secara berterusan apa yang disuruh oleh Allah SWT serta meninggalkan apa yang dilarang oleh NYA ✓ Tempat letaknya istiqamah adalah dihati. ✓ Hendak melak