Kuliah Subuh 061118

Ustaz Jemputan

✓ Orang yang beriman seluruh sudut kehidupannya dicontohi daripada Rasulullah SAW

✓ Baginda mendidik para sahabat dengan iman sebelum mempelajari perkara-perkara yang lain

✓ Didalam kehidupan ini seorang yang beriman perlulah memperbanyakkan istighfar. Semoga Allah SWT memberi pertolongan kepada hamba-Nya

✓ Dengan memperbanyakkan istighfar Allah SWT akan memudahkan rezeki seseorang itu.

✓ Seorang sahabat bernama Tufail yang dizaman jahiliah adalah seorang penyair Arab yang terkenal

✓ Dia berjumpa dengan Rasulullah SAW buat pertama kalinya semasa dia mengerjakan haji. Sebagai penyair dia tertarik dengan ayat ayat Al Quran yang dibaca baginda. Dia memeluk agama Islam.

✓ Abu Hurairah adalah seorang yang mengikut Tufail memeluk Islam

✓ Dia berjumpa dengan Rasulullah SAW mengadu yang masyarakat nya tidak mahu mengikutnya memeluk Islam. Baginda bangun  bersolat serta memohon bantuan Allah SWT agar bani daus memeluk agama Islam. Nasihat baginda kepada Tufail agar berlembut semasa berdakwah

✓ Setelah beberapa tahun, Tufail kembali berjumpa Rasulullah SAW bersama sama 87 keluarga bani daus yang memeluk Islam

✓ Tufail syahid didalam satu peperangan dizaman Khalifah Abubakar.

Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914