Posts

Showing posts from 2023

Ustaz Firdaus 311223

Kuliah Subuh • 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/hfDxta1GMao7jGNF/?mibextid=hIlR13 Wassalam  

Ustaz Rahim Nasir 301223

Kuliah Subuh 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/TjG1cw9ggchC9d8f/?mibextid=hIlR13 Wassalam  

Ustaz Hamizan 030124

Kuliah Magrib 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/JHNR53ah2FEVhmnh/?mibextid=hIlR13 Wassalam  

Ustaz Dato' Nizam 261223

📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/kog8RcfcKc48jBw5/?mibextid=hIlR13 Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 161223

Kuliah Subuh 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/DatcmUgmMtjXyhvT/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 131223

Kuliah Magrib • 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/mQHjevT5vow3cdmi/?mibextid=hIlR13 Wassalam  

Ustaz Syed Putra Haizan 121223

Kuliah Magrib 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/wm74sNxaoqbthkXx/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 111223

Kuliah Magrib • Perbuatan maksiat kepada Allah SWT mengundang bala'. Perlulah berwaspada supaya jangan ditimpa derita. • Hakikatnya semua manusia adalah ciptaan Allah SWT. Maka perlulah sesaorang itu mengikut segala perintah Penciptanya. • Manusia diberi berbagai-bagai kesenangan didunia ini. Malah dijanjikan kebaikan di akhirat nanti. • Semua makhluk NYA diberikan rezeki dengan sebaik-baiknya. • Segala nikmat yang manusia diberikan Allah SWT dengan sebaik-baiknya. Tetapi ada manusia yang menderhaka kepada pencipta nya. Ada yang mengambil makhluk yang lain sebagai tuhan. Malah mereka secara terang-terangan menentang perintah NYA. • Pemurahnya dan penyayangnya Allah SWT memberi nikmat tanpa disedari makhlukNya. Diberi Nya kenikmatan tanpa makhlukNya meminta. • Tiada manusia yang tidak melakukan dosa. Tetapi dengan Rahmat Nya banyak maksiat ditutupi daripada pengetahuan umum. Namun manusia tidak juga berterima kasih kepada Allah SWT. Tidak mematuhi perintah Nya. • Ketika manusia dida

Ustaz Shamsuddin 101223

Kuliah Subuh • Manusia adalah insan yang terdiri daripada jasmani dan rohani. • Alam pula terdiri daripada alam yang nyata atau alam yang ghaib. Besar dan hebatnya alam ini diluar jangkaan pemikiran manusia. • Insan ini adalah sebahagian daripada alam. Seakan akan sebagai salinan alam. • Rohani dalam manusia sepatutnya ia memandu jasmani. Tetapi ada kalanya jasmani yang menjadi pemandu kehidupan manusia. • Manusia yang rohaninya kuat dimana ia yang memandu kehidupannya. Maka cahaya rohani itu dapat menembusi dinding yang melindungi alam yang ghaib. Maka manusia ini akan beriman kepada wujudnya alam dan warga ghaib seperti jin dan malaikat, syurga & neraka serta segala kejadian yang hanya Allah SWT yang mengetahuinya. • Seorang yang beriman yang mempunyai ilmu agama yang berpandukan Quran dan Hadith, rohaninya pasti kuat. Kehidupannya sentiasa dipandu oleh kehendak rohani melebihi kehendak fizikal jasmaninya. • Rohani yang diisi dengan ilmu wahyu Illahi maka ia dapat memahami akan h

Ustaz Dr Nizam 091223

Kuliah Subuh • Istighasah, meminta tolong dengan doa kepada orang yang telah mati. Seperti meminta tolong Rasulullah SAW didalam doa. • Para ulamak ada yang menyatakan hukumnya harus. Ada yang meletakkan hukumnya haram. • Yang kuatnya adalah pendapat yang mengharamkan perbuatan tersebut. • Perbuatan ini juga boleh membawa seseorang itu melakukan perbuatan syirik. Dimana hendak disamakan manusia dengan Allah SWT. • Mengambil berkat tempat tertentu seperti masjid. Ada beberapa Nas yang mengatakan bahawa Masjidil Haram itu ada berkatnya. • Para sahabat juga mengambil berkat daripada Rasulullah SAW. Ada yang mengambil peluh dan rambut Baginda sebagai berkat. Perkara itu dibolehkan. Baginda SAW tidak melarangnya. Saidina Aishah pernah memegang tangan Baginda SAW sambil berdoa. • Dizaman ini ada juga mereka yang membawa tapak kaki dan rambut Baginda SAW kepada tontonan orang ramai untuk mendapat berkat. Persoalannya adakan benda benda ini asli daripada Rasulullah SAW. • Sedangkan hadith pun

Ustaz Hassan Basri 061223

Kuliah Magrib • Sahabat Baginda SAW Huzaifah bin Yaman merupakan seorang yang rapat dengan Rasulullah. Penyimpan rahsia Baginda. • Huzaifah menceritakan bahawa dia solat jemaah dengan Baginda diwaktu solat malam. Ia itu solat Qiamullail. • Selepas bacaan Fatihah Baginda SAW baca surah Baqarah. Huzaifah ingat yang Baginda SAW akan rukuk selepas ayat ke seratus. Tetapi diteruskan hingga habis Surah Baqarah. • Setelah habis membaca Surah Baqarah, Baginda SAW kemudian terus membaca Surah An Nisa dan membaca Surah Ali Imran. Semua ini didalam rakaat pertama. • Baginda SAW membaca Qur'an didalam solat dengan tertil dan secara tenang perlahan lahan. • Sheikh Aiman Rushdi seorang pakar Al Quran daripada Syria. Takrif maksud tertil adalah membaca dengan menekankan hak huruf. Iaitu makhraj huruf dan sifat huruf. Setiap huruf terdapat sekurang-kurangnya lima sifat. •  Selepas membaca surah surah Baginda SAW rukuk. Lamanya rukuknya lebih kurang sama panjangnya dengan qiamnya dirakaat pertama.

Ustaz Yahya 051223

Kuliah Magrib 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/sCLACaZVLXh7898g/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Lokman Daud 031223

Kuliah Magrib • قَالَا رَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخٰسِرِيْنَ Surah AL Araff ayat 23. Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi". • Setiap orang tidak terlepas daripada perbuatan dosa yang kecil atau besar. Maka perlulah setiap orang memohon ampun kepada Allah SWT setiap ketika. • Dosa manusia juga mengundang musibah daripada Allah SWT. • Baginda Rasulullah SAW seorang yang maksum. Tetapi Baginda tidak terlepas daripada mengucapkan astaghfirullah setiap hari. • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً Maksudnya: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya setiap hari l

Ustaz Syukri 021223

Kuliah Subuh 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/ZzLumm5VWM9gGf9m/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Dato' Nizam 281123

Kuliah Magrib • Allah SWT menjanjikan nikmat kepada orang yang beriman. Ia itu mereka yang beriman dengan perkara yang ghaib. Orang yang beriman juga mempunyai ilmu dan beramal dengannya. • Ada orang beriman mengecapi kenikmatan didalam beramal. Merasa tenang ketika berpuasa, mendirikan solat dan menghadiri majlis berzikir. • Nikmat anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman tidak ada had. Didalam lipatan sejarah diberikan kerajaan yang hebat kepada hamba NYA yang beriman. Seperti Nabi Sulaiman yang mempunyai sebuah kerajaan yang besar dan hebat yang hingga tidak ada tandingannya. • Begitu juga masyarakat Palestin yang sekarang ini sedang berperang dengan puak zionis. Terdapat banyak cerita-cerita yang menceritakan bantuan Allah SWT kepada mereka yang berhadapan dengan tentera zionis yang lebih kuat tenteranya daripada mereka. • Begitu juga Allah SWT telah anugerahkan karamah kepada hamba- hambanya yang tinggi tingkatan iman mereka. Banyak riwayat yang ditulis oleh murid-murid wa

Ustaz Firdaus 271123

Kuliah Magrib • Doa merupakan satu nikmat Allah SWT. Dan mustajab doa itu ada masa dan tempatnya. • Didalam Surah Al Qasas terdapat doa Nabi Allah Musa AS. • Ayat ke 16. Ia merayu (dengan sesalnya): "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri sendiri; oleh itu ampunkanlah - apalah jua kiranya - akan dosaku". (Maka Allah Taala menerima taubatnya) lalu mengampunkan dosanya; sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. • Apabila sesaorang hendak memohon keampunan perlulah dia mengakui akan kesalahannya. • Ayat ke 17. Ia merayu lagi: "Wahai Tuhanku, demi nikmat-nikmat yang Engkau kurniakan kepadaku, (peliharalah daku) supaya aku tidak akan menjadi penyokong kepada golongan yang bersalah". • Didalam ayat diatas ini, terdapat permohonan Nabi Musa AS agar dia tidak membantu orang yang zalim. Dengan nikmat yang Allah SWT berikan kepadanya iaitu kekuatan diri. • Ayat ke 21. Musa pun keluarlah dari negeri itu dalam keadaan cemas sambil meme

Ustaz Prof Dr Hafizi 261123

Kuliah Maghrib 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/nzMnCNuKTVaUEh1Q/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Abdul Halim 261123

Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/p3VdhsPgz9tNnywV/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Hafizuddin 251123

Kuliah Magrib 📸 Watch this live video on Facebook https://www.facebook.com/share/v/pTRYSafywMNtHhm2/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Dato' Nahrawi 201122

Kuliah Maghrib • Akhlak Baginda Rasulullah SAW adalah teladan yang terbaik bagi seluruh manusia. • Sesuatu masyarakat yang hendak dibina perlulah berasas kepada akhlak yang mulia. Contoh yang terbaik adalah terbinanya masyarakat Islam generasi pertama yang dibentuk oleh Baginda. • Para sahabat Baginda SAW sungguh menyayangi Baginda SAW. Sehingga dirakam sifat fizikal Baginda. Seperti lembutnya rapat tangan nya. Bau badan Baginda wangi semerbak yang harumnya bagi para sahabat tidak ada bandingannya. • Sahabat dan khadam Baginda SAW yang berkhidmat selama sepuluh tahun. Dia tidak pernah mendengar Baginda memarahinya, walaupun kata 'aah'. • Bagi seorang mukmin perlulah berusaha untuk menjadikan Baginda sebagai model yang perlu diikuti. • Bagi pemimpin dan pengurus dizaman moden ini, sebelum mencontohi individu yang lain, perlulah mempelajari akhlak dan cara Baginda Rasulullah SAW mengurus negara Islam di Madinah. • Untuk memupuk sifat silaturrahim digalakkan agar sesaorang sahabat

Ustaz Lokman Daud 191123

Kuliah Maghrib https://www.facebook.com/share/v/GoekCz3cM4wPcQ4z/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Azman 191123

Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/PsWVUpaWmwcTDb4C/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 181123

Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/2MTMURbg29DtuxTj/?mibextid=qi2Omg  

Ustaz Muhaimin 171123

Kuliah Maghrib • Surah Ali Imran 14. "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." - Rasa cinta kepada nikmat dunia merupakan sesuatu yang semula jadi - Cintakan wanita dan nafsu merupakan satu fenomena untuk memperbanyakkan zuriat. Berkembanglah populasi manusia. - Suka kemewahan juga menjadi motivasi bagi orang berusaha untuk memudahkan hidup keluarganya. - Emas dan Perak sebagai mata wang. Satu instrumen mengembangkan ekonomi masyarakat. - Kenderaan yang baik untuk manusia bergerak kemana sahaja yang diperlukan. - Pertanian sebagai satu keperluan makanan dan kehidupan masyarakat. - Manusi

Ustaz Syukri Alam Impian 151123

Kuliah Maghrib • Orang yg menjaga solatnya (kesempurnaan) akan diberi kemuliaan.    - Selamat dari kesulitan hidup.    - Selamat dari azab kubur.    - Terima buku catatan amalan dari tangan kanan.    - Melalui titian sirat diakhirat dengan laju seperti kilat.    - Memasuki kedalam syurga tanpa hisab. • Orang yang lalai mengerjakan solat akan disiksa...    • Semasa didunia:    - Dicabut keberkatan didalam hidup.    - Hapus diwajahnya seri orang yang soleh.    - Semua amalannya digugurkan.    - Doanya tidak akan diterima.    - Tidak mendapat bahagian doa orang-orang yang soleh.    • Semasa hendak mati:    - Mati didalam kehinaan. Tidak dapat menyebut tahlil. "lailahaillallah"    - Mengalami kelaparan.    - Mengalami kedahagaan.    • selepas mati didalam kubur:    - Dihimpit oleh kubur akan dirinya.    - Dinyalakan api didalam kuburnya.    - Dipukul berterusan hingga hari akhirat oleh seekor ular yang ganas.     • Dihari akhirat      - lambat dihisab      - dimurkai Allah SWT   

Ustaz Rahmatullah 131123

Kuliah Maghrib https://www.facebook.com/share/v/Wj7gsvPAjDwr6Y2Z/?mibextid=qi2Omg  

Ustaz Shamsuddin 121123

Kuliah Subuh • Setiap mukmin matlamat hidupnya didunia ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah SWT. • Dia mencintai Allah SWT dan mengharap agar Allah SWT mencintai nya. • Menuju kepada hasrat tersebut maka sesaorang yang beriman perlulah berpegang kuat dengan agama Islam. Mengikut jalan tauhid, fiqah dan tasawuf. Melaksanakan Islam secara seluruhnya didalam hidupnya. • Jibril mengajar para sahabat apabila dia mendatangi Baginda Rasulullah SAW. Jalan keselamatan hidup didunia dan akhirat adalah dengan mengikut cahaya Islam, Iman dan Ehsan. • Hidup didunia ini adalah satu ujian yang Allah SWT beri kepada setiap manusia. Ujian yang paling besar adalah nafsu yang ada didalam diri setiap mukmin. • Nafsu menghalang manusia menuju kepada Allah SWT dengan mudah. Ia setiap waktu memutuskan perjalanan orang yang beriman untuk mendekati diri mereka kepada Allah SWT. • Nafsu menarik orang yang beriman dengan mencintai kecantikan hidup didunia. Dihiasi dengan keinginan syahwat. Kekayaan harta da

Ustaz Rahmatullah 081123

Kuliah Maghrib  https://www.facebook.com/share/v/vUHyoJPxAYTLZgqq/?mibextid=qi2Omg

Ustaz Yusof 051123

Kuliah Subuh • Baginda Rasulullah SAW pernah memberi amaran bahawa umatnya pada akhir zaman akan mempunyai penyakit dihati. Ia itu mencintai dunia berlebih -lebihan. • Baginda juga menyatakan Allah SWT akan mengangkatkan perasaan gerun orang kafir terhadap orang mukmin. • Baginda Rasulullah SAW menyatakan bahawa dimasa itu umat mukmin takut mati... • Bila dikenangkan dengan apa yang berlaku dengan umat mukmin di Palestin. Di bunuh beramai-ramai. Masyarakat mukmin sedunia tidak boleh melakukan apa-apa. Hanya melihat disosial media akan kekejaman yang dilakukan terhadap mereka. Benarlah apa yang katakan Baginda SAW. • Bagi orang yang beriman perlulah melakukan apa sahaja yang dapat meningkatkan keimanan. Takut kepada Allah SWT. Mengharap balasan syurga di akhirat kelak. • Kekuatan umat bukan terletak kepada senjatanya tetapi berapa kuat iman dan amal ummah. • Janji Allah SWT tetap berlaku. Orang yang beriman dan beramal dengannya akan memasuki syurga. Syurga yang ada  beberapa tingkat di

Ustaz Hassan Basri 011123

Kuliah Maghrib • Semasa pihak mukmin di Palestin dalam kesusahan. Diperangi oleh pihak Yahudi. Jadi kita dinegeri ini perlulah kita berdoa pertolongan Allah SWT dan juga memohon keampunan NYA. • Fitnah diakhir zaman sabda Baginda Rasulullah SAW seperti potongan dimalam yang gelap. • Tanda akhir zaman...    - orang miskin yang sombong    - orang kaya yang berlebih lebihan    - orang tua beramal dengan nyanyuk • Rasulullah SAW berdoa agar dijauhi dari kejelikan hari tua. • Baginda Rasulullah SAW juga menyatakan berwaspada dari kemunculan Dajjal. • Para sahabat bersegera melakukan kebaikan. Dan bersegera menjalankan perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Diperintahkan kepada tentera Islam berperang supaya musuh mengucapkan kalimat syahadah. Tidak boleh memerangi mereka yang telah melafazkan syahadah. • Didalam isu Palestin dan Yahudi terdapat didalam ayat Al-Quran. Dimana dikatakan orang Yahudi akan dikalahkan sebanyak dua kali. Dipertama adalah peperangan Khaibar dimana Islam menyalahk

Ustaz Ghazali Omar 301023

Kuliah Maghrib • Bangun solat malam adalah satu amalan yang digalakkan • Dirikanlah solat Qiamullail dengan bersungguh sungguh. Sambil berdoalah kepada Allah SWT dengan sepenuh hati. • Berdoa dengan doa yang terdapat didalam Al-Quran dan Hadith adalah yang terbaik. Tetapi tidaklah salah jika berdoa dengan bahasa yang kita faham. Asalkan datang dari hati yang ikhlas. • Rasulullah SAW bersabda: "Pada setiap malam, Allah Azzawajalla turun ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Maka Allah berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, pasti akan Kukabulkan, dan siapa yang memohon kepada-Ku, pasti akan Kuberi, dan siapa yang mohon ampun kepada-Ku pasti akan Kuampuninya." (H.R. Malik, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan yang lainnya) • Disarankan apabila selesai solat malam berdoa dan beristighfar. • Kelazatan mengerjakan solat Qiamullail melebihi daripada ibadah yang lain. Kerana jika sesaorang itu melakukan ibadah kerana keinginan hatinya yang ikhlas. • Dan bangun

Pok Zan Lawyer 291023

Kuliah Maghrib • Didalam keadaan semasa terdapat banyak kes penipuan. Dilakukan oleh orang yang mengaku dirinya beriman. • Bagaimana hendak tahu yang ada gerak penipuan terhadap diri kita. • Ada orang yang menunggangkan agama untuk menipu. Di 'target' keatas orang masjid dan berpersatuan agama. Kerana orang yang kuat beramal semula jadi lembut hati untuk berinfak. • Menipu dengan menggunakan ayat-ayat Al Quran dan Hadis. Seperti Mekah Fund, Dana Hj Jasman dan sebagainya. https://karseza.weebly.com/mecca-fund.html https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/03/41222/taktik-baharu-dana-haji-jasman • Penipuan ini memang pakar didalam hal sebegini. Mereka akan serang Pak Iman dan AJK Masjid. Memang bila dengar rayuan mereka ramai akan terpengaruh. Sanggup bersumpah dengan nama Allah SWT dan Rasulullah SAW. • Mereka yang penipu ini kadang kala menggunakan costume agama. Berjubah, Serban, dan sebagainya. Kerana orang akan melihat mereka sebagai orang alim yang kuat agama. • Undang neg

Ustaz Hafizuddin 281023

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman yakin bahawa apa sahaja yang berlaku keatas dirinya adalah ketentuan Allah SWT. Sama ada yang baik atau musibah. • Disebalik musibah itu terdapat satu kebaikan. • Musibah itu merupakan ujian kepada seorang hamba. Untuk membersihkan dirinya daripada dosa. • Orang yg diberi satu ujian musibah yang besar, merupakan satu tarbiyah kepada dirinya. Supaya dengan musibah tersebut hatinya tersentuh untuk mendekati diri kepada Allah SWT. • Orang yang beriman tahu bahawa musibah itu ujian Allah SWT. Lagi besar musibah yang diterima mereka yakin yang terdapat kejayaan diakhirat nanti. Begitulah pegangan mukmin di Palestin. Lagi kuat dihentam lagi kuat iman mereka. Boleh senyum kerana mereka yakin bahawa syurga telah tersedia untuk mereka. • Tetapi ada juga orang yang tipis imannya tidak berjaya didalam ujian. Mereka sanggup menggadaikan iman. Ada yang tidak tahan dengan ujian tersebut hingga sanggup membunuh diri. • Orang yg beriman perlulah faham bahawa nyawa k

Ustaz Suhaimi 281023

Kuliah Subuh • Riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bertanya kepada sahabatnya: "Tahukah kamu sekalian, siapakah orang muflis itu?" Sahabat menjawab: "Orang muflis menurut kami ialah orang yang tidak memiliki wang dan harta benda." Rasulullah SAW membalas: "Sesungguhnya orang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang pada Hari Kiamat kelak datang dengan ibadah solat, puasa dan zakat, tetapi ia dahulu selalu mencaci maki orang ini, menfitnah orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini. Maka, diberikan kepada setiap orang tadi daripada pahala kebaikannya. Sekiranya pahala kebaikannya sudah habis sebelum selesai ditunaikan semua tuntutan ke atasnya, akan diambil pula daripada dosa mereka, lalu dilemparkan pula ke atasnya. Kemudian akhirnya, dia akan dihumbankan ke neraka." Riwayat Muslim • Daripada Ibn Umar RA katanya, Rasulullah SAW memegang dua bahuku seraya bersabda: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَن

Ustaz Dato' Nizam 241023

Kuliah Maghrib • Fardhu Solat - Solat difardukan pada tahun kesembilan kenabian Baginda Rasulullah SAW. Tahun itu juga Baginda kehilangan bapa saudaranya tanpa beriman, kematian isterinya. Tahun itu juga Baginda ditolak dakwahnya. - Disatu malam Jibrail membawa dengannya satu kenderaan bernama Buraq yang dibuat daripada cahaya. Sepintas kilat. Satu saat bergerak 186 ribu batu. - Dibawa Baginda SAW daripada Masjidil Haram ke Masjidil Al Aqsa. Kemudian dibawa keatas langit. Sidratul Muntaha - Melalui  'Araj Allah SWT. - Hingga bertemu NYA disatu tempat yang tidak bertempat. (diluar jangkaan pemikiran makhluk) - Diriwayatkan bahawa Baginda mengucapkan kepujian kepada Allah SWT. DIA memberi salawat keatas Rasulullah SAW. Baginda juga ucapkan keselamatan keatas segala umat yang Soleh. Disambut para malaikat dengan ucapan syahadah. - Kemudian sebelum kembali ke langit yang bawah, Baginda diperintahkan fardhu Solat. Bermula dengan 50 solat sehari. Baginda mohon diturunkan sehingga 5 solat

Ustaz Abdul Halim 221023

Kuliah Subuh • Berikut ini bacaan doa bangun tidur sesuai ajaran Rasulullah SAW الحَمْدُ لِلهِ الًّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ Segala puji bagi Allah, Tuhan yang menghidupkan kami setelah Ia mematikan kami. Kepada-Nya lah kebangkitan hari Kiamat. • Telah datang dari Aisyah berkata: Nabi Muhammad ketika bangun dari tidurnya, membaca takbir (الله اكبر) sepuluh kali dan memuji kepada Allah ( dengan membaca, الحمد لله) sepuluh kali, dan membaca tasbih (سبحان الله) sepuluh kali, dan membaca tahlil (لا اله الا الله) sepuluh kali, dan membaca istighfar (استغفر الله العظيم) sepuluh kali. dan dia berdoa: اللهم اغفرلى وارحمني واهدني وارزقني وعافني dan dia (juga berdoa) meminta perlindungan dari sempitnya tempat di hari kiamat. • Doa yang panjang... • الْحَمْدُ للهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْعُظْمَةُ وَالسُّلْطَانُ ِللهِ وَالْعِزَّةُ وَالْقُدْرَةُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ أَصْبَحْنَا

Ustaz Shamsuddin 211023

Kuliah Subuh • Tanda seseorang itu mencintai kepada Allah SWT dengan sepenuhnya ialah dia tidak mengharap balasan diatas amalannya. Ia tahu yang Allah SWT akan senantiasa memelihara dirinya. Apa sahaja yang ditetapkan NYA pastilah yang terbaik. • Sesaorang yang terlalu mengharap dan meminta-minta tanpa mengikut adap yang ditetapkan ajaran Rasulullah SAW adalah perbuatan yang hanya sebenarnya mencintai diri sendiri. • Para sahabat yang dididik oleh Baginda Rasulullah SAW mereka mencintai kepada Allah SWT sehingga mereka sanggup mati demi menegakkan agama NYA dialam ini. Mereka juga memberi segala harta bendanya dan segalanya. • Jadi sesaorang yang berusaha untuk membesarkan kecintaan diri kepada NYA perlulah belajar jangan hanya meminta-minta tanpa sanggup memberi. Apabila melakukan amalan solat perlulah di ikhlas dengan mengerjakan dengan penuh khusyuk. Pahala mengerjakan amalan solat itu adalah ketentuan Allah SWT. Tidak perlu 'calculate' berapa pahala kerana melakukan amalan

Ustaz Muhaimin 201023

Kuliah Maghrib • Orang yg berjaya didalam kehidupan ini adalah mereka yang mempunyai iman kepada Penciptanya ia itu Allah SWT. • Orang yg beriman kenal akan Tuhan nya. Kenal akan sifat-sifat NYA. Mempunyai ilmu didalam kewujudan yang Maha Pencipta. Ilmu tauhid. • Setelah kenal akan Allah SWT maka orang yang beriman Kyushu didalam solatnya. • Serta menjauhi diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Menjaga waktunya agar tidak melakukan perkara yang membuang masa. Tidak lalai daripada mengerjakan ibadat seperti berzikir, membaca Al Quran dan menambah ilmu. • Para ulama' berpesan bila hidup diwaktu pagi lakulah ibadah diwaktu pagi jangan lengah hingga kepetang. • Mensucikan diri dari sifat bakhil dan tama' dengan melalukan ibadah zakat. Dengan lakukan ibadah zakat dan sedekah sunat dia mensucikan dirinya daripada sifat-sifat yang terlalu mengikut nafsu cintakan dunia. • Para sahabat mereka banyak melalukan sedekah diwaktu malam agar orang lain tidak nampak. Mer

Ustaz Haslam 171023

Kuliah Maghrib • Amalan untuk sesaorang ingin zuhud daripada dunia... - ingat kepada kematian - hati yg mencintai Allah SWT - hati yg mencintai Rasulullah SAW • Mus'ab Umair Sebelum memeluk Islam, Mus'ab merupakan golongan cendekiawan Makkah dan sering dijemput ke mesyuarat para pemimpin Makkah yang ketika itu dihadiri oleh Abu Jahal, Abu Sufyan ibn Harb dan para bangsawan yang lain. Selepas memeluk Islam melalui Arqam ibn Abi Al-Arqam, Mus'ab kemudiannya bertukar watak menjadi zuhud dan warak.[2] Antara dugaan beliau adalah mendapat tentangan hebat daripada ibunya sendiri sehinggakan beliau dikurung di dalam rumah dan dijaga oleh pengawal.[3] Bagi mengelakkan seksaan, Mus'ab berhijrah ke Habsyah sebanyak dua kali. • Amalan yang memberi kemanisan iman   - hati yg mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW   - mencintai seseorang kerana Allah SWT   - benci kekufuran sebagai ia benci memasuki ke dalam neraka. • Diberi kemanisan iman oleh Allah SWT adalah kekuatan sesaorang

Ustaz Dato' Nahrawi 161023

Kuliah Maghrib • Tiga golongan yang dibenci Allah SWT    - orang tua yang berzina    - pemimpin yang suka berbohong    - orang miskin yang sombong Mereka akan disiksa dengan beratnya didalam neraka. Perlulah bagi mereka untuk bertaubat untuk mendapat keampunan Allah SWT. • Seorang pemimpin perlulah berlaku adil sebagaimana amanah yang diberikannya kepadanya. Pemimpin adalah seluruh lapisan kepimpinan. Samada peringkat negara, daerah, pejabat, masjid dan sehingga lah keluarga sendiri. • Allah Azzawajalla berfirman...   - Kemuliaan adalah sarung KU   - Kesombongan adalah selendang KU Sesiapa yang mencabut dariKU salah satu dari kedua-dua akan disiksa. • Allah SWT memberi peringatan kepada hamba NYA supaya tidak sombong. Serta merendah diri. • Diriwayatkan ada seorang lelaki berjalan dengan pakaian yang membanggakan diri, rambutnya disikat rapi dan berlagak sombong. Tiba tiba Allah SWT membenamkan dirinya kedalam bumi hingga hari kiamat. • Pengajaran bagi kita bahawa tidaklah boleh sesaor

Ustaz Luqman Daud 151023

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman sewajarnya melakukan ibadah yang telah ditentukan Allah SWT. Selagi dia masih hidup maka dibolehkan melalukan ibadah. Apabila mati kelak tidak lagi dikehendaki beribadah. • Kelahiran Nabi Muhammad SAW disambut dengan penuh kesukaan oleh kaum keluarga Baginda. Termasuklah bapa saudara Baginda ia itu Abu Lahab. • Tetapi setelah Baginda dipilih menjadi Rasulullah bapa saudaranya Abu Jahal menjadi penentang utamanya. Jahatnya Abu Jahal hingga Allah SWT menurunkan ayat Quran mencelanya. • Sebagai seorang yang beriman hendaklah kita hendak mengenali Baginda Rasulullah SAW. Mencintai Baginda melebihi cintanya daripada dirinya sendiri. Dengan mendirikan sunnah dan suruhan Baginda. • Para sahabat melakukan ibadah sepertimana Baginda melakukannya. Salah seorang sahabat yang cukup menjaga sunnah Baginda Rasulullah SAW adalah Abdullah bin Umar. Anak lelaki Saidina Umar al-Khattab. • Didalam liputan sejarah, tidak ada orang yang kehidupannya direkodkan sepertiman

Ustaz Syukri 141023

Kuliah Maghrib • Apabila sesaorang yang beriman memohon keampunan daripada Allah SWT dengan bersungguh sungguh maka dosa itu berkemungkinan diampunkan. • Rahmat Allah SWT serta kasih NYA kepada hamba- hamba NYA maka bukan sahaja diampunkan dosanya malah ditutupi aib nya. • Bagi orang yang mukmin, kematian merupakan satu rahmat. Kerana mereka sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT dengan amalan yang Soleh. • Sama ada kematian itu secara aman atau kematian didalam peperangan. Seorang mukmin akan pasti merasa ketenangan didalam kematian. • Orang Palestin yang kuat mempertahankan iman dan agama mereka. Kematian mereka adalah seorang yang syahid. Walaupun hidup didunia ini penuh dengan cabaran dan gelora peperangan tetapi kematian mereka akan disambut dengan penuh kedamaian dialam Barzah. • Orang beriman hendaklah bersiap sedia untuk menghadapi kematian. Dengan fokus yang kuat terhadap solat. Persiapkan keluarga masing-masing dengan penjagaan solat yang kuat. Solat merupakan sebagai tia

ISRAEL

'I am Israel. I came to a land without a people for a people without a land. Those people who happened to be here, had no right to be here, and my people showed them they had to leave or die, razing 400 Palestinian villages to the ground, erasing their history. I am Israel. Some of my people committed massacres and later became Prime Ministers to represent me. In 1948, Menachem Begin was in charge of the unit that slaughtered the inhabitants of Deir Yassin, including 100 women and children. In 1953, Ariel Sharon led the slaughter of the inhabitants of Qibya, and in 1982 arranged for our allies to butcher around 2,000 in the refugee camps of Sabra and Shatila. I am Israel. Carved in 1948 out of 78% of the land of Palestine, dispossessing its inhabitants and replacing them with Jews from Europe and other parts of the world. While the natives whose families lived on this land for thousands of years are not allowed to return, Jews from all over the world are welcome to instant citizens

Ustaz Dr Nizam 141023

Kuliah Subuh • Deklarasi Ipoh 2023 baru ini memperkuatkan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah. • Orang yg beriman apabila dia berdoa, maka wajib baginya berdoa kepada Allah SWT. Tidak boleh berdoa kepada yang lain. • Sebagai seorang mukmin kita yakin semua perkara ditakdir Allah SWT. Apa sahaja yang dikehendaki NYA pasti berlaku. Dan apa yang tidak dikehendaki NYA tidak akan berlaku. • Jika seseorang mukmin hendak bertawassul, wajib memohon kepada Allah SWT. - Tawassul dengan sifat Allah SWT. - Tawassul dengan amalan soleh diri sendiri. - Tawassul dengan doa daripada orang yang masih hidup. - Tawassul dengan nama Rasulullah SAW. - Tawassul dengan nama orang - orang yang soleh. • Wassalam  

Ustaz Dr Ali 121023

Kuliah Maghrib • Orang yg beriman hendaklah mengenali 99 asmaul Husna. • Segala nama nama sifat Allah SWT itu termaktub didalam Al Quran. • Sepatutnya orang yang beriman yang berumur 60 tahun keatas sudah memahami akan ayat-ayat Al Quran yang tertentu. • Al-Baqara (2:151) كَمَآ اَرْسَلْنَا فِيْكُمْ رَسُوْلًا مِّنْكُمْ يَتْلُوْا عَلَيْكُمْ اٰيٰتِنَا وَيُزَكِّيْكُمْ وَيُعَلِّمُكُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَيُعَلِّمُكُمْ مَّا لَمْ تَكُوْنُوْا تَعْلَمُوْنَۗ (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu), samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. • Ibrahim (14:34) وَاٰتٰىكُمْ مِّنْ كُلِّ مَا سَاَلْتُمُوْهُۗ وَاِنْ تَعُدُّوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ لَا تُحْصُوْهَاۗ اِنَّ الْاِنْسَانَ لَظَلُو

Ustaz Rahmatullah 111023

Kuliah Maghrib • Melakukan sesuatu perbuatan yang maksiat akan mendapat celaan dan kehinaan. • Orang yg beriman perlulah yakin bahawa jika dia hendak kemuliaan maka tahulah bahawa kemuliaan itu milik Allah SWT. Serta milik Baginda Rasulullah SAW dan orang soleh. • Apabila sesaorang itu dimuliakan Allah SWT maka segala makhluk akan memuliakan dia. • Kemuliaan itu didapatkan dengan mentaati segala perintah Allah SWT. • Para sahabat sebelum memeluk Islam mereka tidaklah mulia. Tetapi setelah memeluk Islam, serta mereka mentaati segala perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW mereka dimuliakan. Sehingga separuh dunia kemudiannya dibawah perintah Islam. • Sesiapa yang berpegang kuat dengan segala ajaran Islam pasti dia akan mendapat kemenangan. Sejarah menjadi saksi akan kemenangan orang yang beriman. • Wassalam  

Ustaz Zul

Kuliah Maghrib • Ustaz Zul ini adalah bekas pemain muzik. Kini dia dengan rahmat Allah SWT telah berubah. https://www.mstar.com.my/spotlight/hiburan/2016/09/01/zul-handy-black • Allah SWT menjadikan umat Nabi Muhammad SAW adalah umat yang terbaik. Kerana mereka mengajak orang kearah kebajikan dan mencegah manusia daripada kejahatan. • Sebagai umat Nabi Muhammad SAW hendaklah kita bersyukur. DIA boleh jadikan kita sebagai umat Nabi-nabi yang terdahulu. Tetapi dengan Rahmat NYA dijadikan kita umat Nabi Muhammad SAW. Yang akan didahulukan diakhirat nanti. • Rasulullah SAW memohon kepada Allah SWT agar ditangguhkan segala azab didunia ini hingga hari akhirat nanti kepada umatnya. Sehingga pada hari ini ada orang yang melakukan amalan yang mencabar kekuasaan NYA. Tidak ramai yang bersyukur. • Sebagai seorang mukmin perlulah kita berdakwah. Mengajak manusia beriman kepada Allah SWT dengan secara yang kita mampu. • Sesiapa yang menghidupkan sunnah Baginda Rasulullah SAW akan diberi tujuh pulu

Ustaz Rahmatullah 091023

Kuliah Maghrib • Pintu rezeki itu datangnya daripada Allah SWT. Orang yang beriman hendaklah yakin akan hal ini. • Sekiranya seseorang hamba tidak pedulikan akan hukum Allah SWT. Tidak dihiraukan akan perkara-perkara yang haram dan yang halal. Jagi bagaimana seorang hamba itu mendapat rezki yang diberkati. • Didalam dunia hari ini yang serba sibuk kelapangan masa itu merupakan satu rezeki yang besar nilainya. Masa yang lapang itu dapat diisikan dengan beribadat. • Orang yang beriman takut akan mendapat rezeki daripada sumber yang tidak halal. Kerana itu menjadi cabaran hidup apabila harta itu berada dihadapan mata. Takut jika harta itu membawa matinya tercela. Rugi besar dialam akhirat kelak. • Sekiranya seseorang itu menghabiskan hidupnya menjadi hamba kepada kesenangan dunia, maka apabila dia mati kelak akan besarlah sesalannya. Pada ketika itu sudah terlambat untuk menyesal. • Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 081023

Kuliah Subuh • Orang yg beriman pada dasarnya adalah mereka yang percaya kepada rukun iman yang enam. • Pada hakikatnya orang yang benar-benar beriman adalah mereka yang senantiasa mengingati dan memuji Allah SWT. Seluruh hidupnya adalah dibina atas dasar taat akan segala suruhan dan larangan NYA. • Mukmin yang sempurna mengisi seluruh hidupnya dengan berbakti kepada Allah SWT. • Setiap perbuatan nya semata-mata mengikut kehendak Allah SWT. Diperbanyakkan memuji akan kebesaran NYA. • Sebaik bangun diwaktu pagi orang yang beriman akan mengingati Allah SWT. Bersyukur kepada NYA yang memberi dia kehidupan sekali lagi setelah dimatikan (tidur) diwaktu malam. • Orang mukmin kepentingan Allah SWT didahulukan daripada kehendak diri dan perkara yang lain. Hak NYA dijaga dengan sebaik mungkin. Mengharap keredhaan Illahi. • Kitab yang baik dijadikan rujukan untuk menimba ilmu untuk memperbaiki keimanan seseorang itu adalah Hidayatus Salikin. Kitab turas susunan asal Syeikh Abdus Shamad al-Falimb

Ustaz Yusof 011023

Kuliah Subuh • "Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah." (QS. Al Ahzab: 21) • Sesungguhnya Nabi kita, Muhammad s.a.w diutuskan oleh Allah s.w.t untuk menyempurnakan akhlak yang ada pada diri manusia. Hal ini berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud; "Aku diutuskan (oleh Allah) hanyalah untuk menyempurnakan akhlak."Hadis Riwayat Ahmad • Aisyah r.anha berkata; "Baginda (Rasulullah) adalah orang yang paling mulia akhlaknya, tidak pernah berlaku keji, tidak pula mengucapkan kata-kata kotor, tidak berbuat gaduh di pasar, dan tidak pernah membalas dengan perkara tercela yang serupa, akan tetapi Baginda seorang yang pemaaf dan pengampun." Hadis Riwayat Ahmad • Menurut Anas bin Malik yang sudah bertahun – tahun melayani Nabi Muhammad SAW, bahawasanya beliau tidak pernah mendapati terdapat kata-kata kesat yang keluar dar

Forum Perdana Maulidur Rasul 280923

Masjid AL Huda Shah Alam S19 • Moderator: Ustaz Fazrul • Ahli Panel: Ustaz Fairuz, Ustaz Zainal • Baginda Rasulullah SAW sebelum menerima wahyu, pergi mengasingkan diri untuk berfikir. Bagaimana hendak mengubah masyarakat jahiliyyah. • Permulaan wahyu kepada Baginda Rasulullah SAW adalah Iqra'. Ia itu membaca. Hari ini kita wajib membaca Al Quran. • Sebelum dilantik menjadi Rasul, baginda digelar Al amin. Tetapi setelah baginda membawa risalah Islam dia dipermusuhkan. Oleh demikian baginda diperintahkan berhijrah ke Madinah. • Di Madinah pula musuh baginda tidak zahir. Baginda berhadapan dengan orang-orang yang munafiq. Mengaku beriman dihadapan baginda tetapi dibelakang nya difitnahkan risalah Islam. • Baginda Rasulullah SAW meninggal kepada umatnya adalah dua perkara. Ia itu Al Quran dan Hadith. Sesiapa yang berpegang kepada kedua perkara itu tidak akan sesat Selama- lamanya. • Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan ha

Ustaz Hamizan 270923

Kuliah Maghrib • Orang yang bersifat hasad akan mendapat kecelaan orang. Dirinya tidak mendapat ketenangan. • Ustaz menceritakan ada satu keluarga yang datang kepadanya untuk dirukyah. Didapati ada orang yang berhasad kepada bapa keluarga tersebut tetapi disihirkan anak perempuannya. Begitulah sesatnya orang yang mengikut nafsu hasadnya. • Perbuatan irihati terhadap rezeki orang lain seakan mencabar qada' dan qadar Allah SWT. Boleh membawa seseorang itu kedalam situasi perbuatan syirik. • Perbuatan hasad dengki merugikan sesaorang itu. Dia tidak mendapat taufik. Amalannya ditolak. Muflis dia dihari akhirat nanti. • Sayyidina Usman bin Affan r.a berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda. " Sesiapa yang membaca doa ini tiga kali pada waktu petang maka sehingga ke pagi tidak akan ditimpa  oleh apa-apa musibah secara mengejut. Jika dia membaca doa ini pada waktu pagi maka sehingga ke malam dia tidak akan ditimpa apa-apa musibah  secara mengejut" Doa itu ialah:

Ustaz Suhaimi 230923

Kuliah Subuh • Qur'an: Al-Baqara (2:286) لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا ۗ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَآ اِنْ نَّسِيْنَآ اَوْ اَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَآ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ وَاعْفُ عَنَّاۗ وَاغْفِرْ لَنَاۗ وَارْحَمْنَا ۗ اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِيْنَ ࣖAllah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang

Ustaz Haslam 190923

Kuliah Maghrib • Zuhud daripada dunia dapat tercapai dengan memperbanyakkan mengingati akan hari kembali kerahmatullah. • Perlulah ada rasa takut kepada kemurkaan Allah SWT. Takut akan kemungkinan yang akan terjadi kepada diri sekiranya DIA tidak sempat bertaubat akan dosa dosa yang banyak dikerjakan semasa hidup didunia. Takut akan azab siksaan api neraka yang sungguh perik kesakitan nya. • Hamba yang ada rasa takut kepada Allah SWT, maka kemungkinan dia selamat diakhirat nanti. • Rasa takut tersebut akan menghalangnya daripada terbabit didalam perbuatan maksiat. Walaupun ketika meninggalkan maksiat tersebut tidak dilihat atau diketahui oleh sesiapun. • Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam beliau berkata; "Ada seseorang yang berlebihan terhadap dirinya sendiri. Ketika ajalnya datang dia berwasiat kepada anak-anaknya. Ia berkata; Apabila aku mati maka bakarlah aku, kemudian tumbuk dan buang (abunya) di tengah angin laut. Demi Allah,

Ustaz Dato' Nahrawi 180923

Kuliah Maghrib • Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Nabi SAW bersabda: إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu makan, maka janganlah dia menyapu tangannya melainkan setelah dia menjilatnya atau dijilatnya." [Riwayat al-Bukhari (5456) dan Muslim (2031)] • Imam al-Thabarani: رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعِهِ الثَّلَاثِ: بِالْإِبْهَامِ، وَالَّتِي تَلِيهَا، وَالْوُسْطَى، ثُمَّ رَأَيْتُهُ يَلْعَقُ أَصَابِعَهُ الثَّلَاثَ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا، وَيَلْعَقُ الْوُسْطَى، ثُمَّ الَّتِي تَلِيهَا، ثُمَّ الْإِبْهَامَ Maksudnya: "Aku telah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah. Kemudian, aku juga telah melihatnya menjilat tiga jarinya sebelum menyapunya (membersihkannya). Baginda SAW menjilat jari tengah, kemudian selepas daripada itu (jari telunjuk) dan juga ibu jari. [Riwayat al-Thabarani di

Ustaz Shamsuddin 160923

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hendaklah mempunyai sifat tawaduk. Melawan nafsu yang selalu bongkak dan sombong. Sifat tawaduk adalah sifat berlawanan dengan sombong. Sama lah berlawanan dengan nafsu. • Orang-orang yang soleh dan para wali mempunyai sifat tawaduk secara semulajadi. Mereka memupuk sifat tersebut dengan ilmu dan amalan mereka. Sudah menjadi ' natural '. • Bagi orang yang soleh kehidupan mereka dan amalannya semata-mata mengharap keredhaan Allah SWT. Mereka secara berterusan melakukan ibadat kepada Allah SWT. Apa sahaja yang terdapat dalam dirinya adalah kerana kurnia Allah SWT. Sedar yang diri manusia tidak ada apa-apa pun melainkan dengan kehendak NYA. Penglihatan dan pendengaran adalah kerana diizinkan NYA. Kesedaran inilah merupakan sebab timbulnya sifat tawaduk orang yang soleh. • Darjat keimanan para wali-wali adalah tinggi. Kehidupan mereka adalah semata-mata kerana inginkan keredhaan Allah SWT. Amalan mereka membawa mereka dekat dengan Allah SWT. Pengli

Ustaz Muhaimin 150923

Kuliah Maghrib • عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ Dari Anas r.a. ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya." (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih • Orang yang beriman hendaklah berusaha untuk menanam didalam jiwanya untuk mencapai tahap kecintaan pada Rasulullah SAW dan Allah SWT melebihi segala cinta yang lain. • Rasa cinta akan keluar daripada jiwa seseorang itu apabila terdapat perkara-perkara yang tersebut ini.    - kecantikan. Baginda Rasulullah SAW diriwayatkan yang sifat zahir Baginda itu cantik.    - kesempurnaan. Apa sahaja yang sempurna akan memikat hati seseorang. Sifat yang sempurna juga dapat menarik hati. Begitu juga dengan sifat Baginda Rasulullah SAW. Kesempurnaan diri dan akhlak baginda mem

Ustaz Lukmanul Hakim 120923

Kuliah Maghrib • Rasulullah SAW melarang para sahabat tertawa dengan berlebih -lebihan. • Bergurau secara sederhana dibenarkan oleh agama. Terdapat riwayat yang Baginda Rasulullah SAW juga bersenda gurau dengan sahabat & keluarganya. • Islam tidak membenarkan para mukmin melawak secara menjatuhkan maruah seseorang. • Baginda Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat jangan ketawa secara keterlaluan. Tetapi lakukan perkara yang lebih bermanfaat seperti ingat akan kematian dan hari akhirat. • Seorang yang beriman hendaklah beringat akan hari kebangkitan dihari akhirat. • Qur'an: Az-Zalzala (99:3) وَقَالَ الْاِنْسَانُ مَا لَهَاۚ Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?" Qur'an: Az-Zalzala (99:4) يَوْمَىِٕذٍ تُحَدِّثُ اَخْبَارَهَاۙ Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: • Qur'an: Yaseen (36:65) اَلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلٰٓى اَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ اَيْدِيْهِمْ وَتَشْهَدُ اَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوْا يَكْسِ

Ustaz Rahmatullah 110923

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman perlulah menjaga dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa kepada dosa kecil. Jika dilakukan dengan secara berterusan akan menjadikan perbuatan itu sama seperti melakukan dosa besar. • Orang yang beriman yang melakukan dosa besar akan segera merasa kesal dan memohon keampunan. Tetapi ramai yang melakukan dosa kecil memandang perbuatan itu 'small matter' sahaja. Tidak rasa kesal. • Walaupun yang dilakukan itu adalah dosa kecil, tetapi jika dilakukan selalu akan memberi kesan kepada hatinya. Kesan yang negatif. • Apabila seseorang itu merasa nikmatnya bila dia melakukan dosa- dosa kecil. Maka keadaan itu samalah dengan dia melakukannya dosa besar. • Merasa bangga yang dia telah melakukan maksiat, perbuatan itu adalah satu dosa besar. • Samalah jika seseorang itu mewar-warkan kepada khalayak ramai akan perbuatan dosa kecilnya, maka perbuatan itu dianggap satu dosa besar. • Apabila Allah SWT menutup aib seseorang itu maka jang

Ustaz Shamsuddin 100923

Kuliah Subuh • Tawaduk boleh membawa seorang yang beriman menjadi takabbur. • Jika seseorang itu merasa dirinya bersifat tawaduk serta menyatakan yang sedemikian, pada hakikatnya dirinya sebenarnya bersifat takabbur. • Sebenarnya sifat tawaduk adalah bersifat merendahkan diri. Walhal nafsu hendak menonjolkan diri lebih tinggi daripada orang lain dengan sombong. Ini lah sifat takabbur. Maka sekiranya seseorang itu merasa yang dirinya bersifat tawaduk maka sikap demikian merupakan permulaan bibit takabbur. • Perbezaan manusia dengan haiwan adalah dengan ilmu dan cara hidup yang bersyara'. Jika manusia hidup tanpa mematuhi hukum syara' maka dia adalah sama tarafnya dengan kehidupan haiwan. Orang yang bersifat takabbur berlawanan dengan cara hidup seorang yang beriman, bercanggah dengan hukum syara'. Sifat seperti itu pada hakikatnya sama taraf seperti haiwan, berkemungkinan lebih rendah lagi. • Bagi sesaorang yang beriman jika dia hendak mencapai sifat tawaduk maka perlulah di