Ustaz Hafizuddin 281023

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman yakin bahawa apa sahaja yang berlaku keatas dirinya adalah ketentuan Allah SWT. Sama ada yang baik atau musibah.

• Disebalik musibah itu terdapat satu kebaikan.

• Musibah itu merupakan ujian kepada seorang hamba. Untuk membersihkan dirinya daripada dosa.

• Orang yg diberi satu ujian musibah yang besar, merupakan satu tarbiyah kepada dirinya. Supaya dengan musibah tersebut hatinya tersentuh untuk mendekati diri kepada Allah SWT.

• Orang yang beriman tahu bahawa musibah itu ujian Allah SWT. Lagi besar musibah yang diterima mereka yakin yang terdapat kejayaan diakhirat nanti. Begitulah pegangan mukmin di Palestin. Lagi kuat dihentam lagi kuat iman mereka. Boleh senyum kerana mereka yakin bahawa syurga telah tersedia untuk mereka.

• Tetapi ada juga orang yang tipis imannya tidak berjaya didalam ujian. Mereka sanggup menggadaikan iman. Ada yang tidak tahan dengan ujian tersebut hingga sanggup membunuh diri.

• Orang yg beriman perlulah faham bahawa nyawa kita adalah milik Allah SWT. DIA yang memberi nyawa kepada hamba Nya. DIA lah juga yang mengambil kembali. Bukanlah hak manusia untuk mengambil nyawa dirinya.

• Iblis laknatullah akan menyesatkan manusia. Terlebih lagi orang yang tidak beriman. Iblis akan membuat manusia melihat yang melakukan maksiat itu cantik. Dia memujuk manusia bahawa membunuh diri itu satu justifikasi apabila ujian yang diterima itu berat.

• Iman itu beberapa tingkat. Yang paling tinggi adalah sesaorang itu mendapat merasai kecintaan Allah SWT.

• "Sesungguhnya kami, para Nabi adalah golongan orang yang paling berat ujiannya, lalu orang yang lebih menyerupai kami, lalu yang menyerupainya, dan begitulah seterusnya," (HR Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah, An-Nasa'i dan Ad-Darimi)

• Ada orang yang sanggup menghadapi segala ujian dan musibah yang berat dengan cara yang baik. Ini adalah sebab mereka beriman kepada Allah SWT. Mereka melihat musibah itu satu kemuliaan dan yakin dengannya.

• Orang yang ikhlas dengan Allah SWT adalah dicintai NYA. Yakin bahawa musibah itu daripada NYA. Setiap musibah itu terdapat kemuliaan.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914