Posts

Showing posts from 2024

Ustaz Suhaimi 270424

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/p/DUJcvm5GKZqhgata/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Mohd Hamizan 240424

Kuliah Maghrib FB Live https://www.facebook.com/share/p/oWPeGumwpNVeN53U/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Dato' Nizam 230424

Kuliah Maghrib FB Live https://www.facebook.com/share/p/5REfFLaWTdceCNUf/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 200424

Kuliah Subuh • Amalan yang dilihat secara zahir yang bersangkutan dengan mengingati Allah SWT seperti solat, puasa, sedekah, zikir dll melambangkan keadaan jiwa atau batin sesaorang. • Amalan Soleh itu datangnya daripada nur Iman yang ada didalam jiwa seseorang itu. • Setiap orang yang beriman nur imannya kekuatannya berbeza. Ukuran nur iman seseorang itu adalah amalan Soleh yang dapat dilihat secara zahir. • Amal soleh yang dilakukan secara ikhlas itu niatnya itu berpunca daripada hati dan jiwanya. Zahir itu boleh dijadikan ukuran batin. Jika dilakukan secara ikhlas. • Kecintaan kepada Allah SWT datangnya daripada jiwa yang mengenal NYA. Orang yang beriman wajib mempunyai ilmu dan amal untuk mengenal NYA. • Nur Iman seseorang itu dapat memimpin jiwanya untuk sentiasa berzikrullah didalam kehidupannya. Setiap tindakan serta amalannya selari dengan kehendak ajaran agama Islam yang terdapat didalam Al Quran dan Hadith. • Nur Iman itu mendorong seseorang itu beramal. Mengingati Allah SWT

Ustaz Shamsuddin 140424

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/p/F9roXfeZ4Qkc9ZeD/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Nahar Affendi Hasbullah 300324

Kuliah Al Huda FB Live https://www.facebook.com/share/v/tEcPpxHhCwPNXDnU/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Abdul Halim 240324

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/tkD5g878GeoXD8fT/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Syed Putra Haizam 180324

Kuliah Ramadhan Facebook Live https://www.facebook.com/share/v/oUCdc8uVMeYvun1u/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Azman 170324

Kuliah Subuh • Allah s.w.t berfirman : Katakanlah : "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui ? "Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. ( aZ-zumar : 9 ) • Didalam hal agama perlulah sesaorang itu mempunyai ilmu. Setiap apa yang dilakukan perlulah berlandaskan nas- nas Al Quran dan Hadith. • Rosaknya agama orang Yahudi yang dirakamkan didalam surah Al Baqarah adalah mereka bertanya terlalu banyak. Allah SWT telah perintah melakukan sesuatu ibadat ditanya lebih- lebihan sehingga mereka hampir tidak melaksanakannya. • Iman Al Qardawi menyatakan ada ibadat perlu dilakukan secara fizikal. Yang dilakukan dengan sempurna orang yang sihat. • Ada ibadah yang dilakukan dengan menggunakan harta. Bersedekah dan berzakat perlulah harta. • Ibadat haji pulak perlukan sihat fizikal dan mempunyai harta yang mencukupi. • Setiap ibadah perlu sesaorang itu melakukannya. Tidak cukup dengan berniat sahaja. • Larangan didalam agama

Ustaz Shamsuddin 160324

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/HXoZnFdjHnSgtx5w/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Usta Naim Sadoon 150324

Kuliah Ramadhan FB Live https://www.facebook.com/share/v/qCdF4D8HLpgrk6z6/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Abdul Malik 120324

Tazkirah Ramadhan FB Live https://www.facebook.com/share/v/QVbqzxUoWkB4Ansg/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 110324

Kuliah Maghrib • Pada bulan Ramadhan digalakkan melakukan perkara yang sunat. Kerana ganjaran ibadat sunat di bulan Ramadhan bersamaan dengan ibadat wajib dibulan lain. • Jadikanlah Rasulullah SAW contoh terbaik amalan di bulan Ramadhan ini. • Seorang yang beriman melakukan segala ibadat yang diwajibkan serta meninggalkan segala perkara yang diharamkan. Serta ditambah lagi ibadat sunat sebagai bukti kita cintakan Baginda Rasulullah SAW. • Wudhu diwajibkan untuk melakukan beberapa ibadat yang wajib.  Baginda Rasulullah SAW menjaga berwudhunya sepanjang hari. • Menjaga wudhu sepanjang hari ada kelebihannya. • Orang yang mengambil wudhu sebelum datang ke masjid, setiap langkahnya diberi ganjaran. • Diampunkan dosa orang yang berwudhu daripada satu solat kesatu waktu solat. • Diangkat darjat seseorang di syurga nanti bagi mereka yang menjaga wudhu sepanjang hari, sentiasa menjaga bersolat di masjid dan menjaga perbatasan didalam jihad. • Dihari akhirat nanti Baginda Rasulullah SAW dapat me

Ustaz Dr Nizam 090324

Kuliah Subuh • Istighasah adalah dimana orang meminta doa kepada mayat bukan kepada Allah SWT. • Sekarang ini terdapat masyarakat mengadakan majlis yang akhirnya memohon doa kepada mayat. Ini memang bertentangan dengan akidah Islamiah. • Ada penceramah yang mengatakan ada hadith yang membolehkan meminta doa kepada Nabi Muhammad SAW. Ini ternyata tidak benar. Tidak ada hadith tersebut malah ini satu memalsukan hadith. • Satu perkara yang harus diambil kisah adalah didalam mengerjakan ibadah solat berjemaah. • Bagi menilai seseorang yang sebaiknya menjadi imam. Orang muslim yang baik ataupun tidak dibolehkan menjadi imam. • Adalah satu perbuatan yang tidak digalakkan sesaorang yang memilih tidak mahu solat dibelakang imam yang bukan sehaluan dengan nya. Bagi ahli sunnah Waljamaah asalkan seseorang itu muslim dibolehkan menjadi imam. Menjaga kesatuan ummah adalah lebih penting. • Seorang sahabat Ibnu Mas'ud pernah solat dibelakang seorang gabenor yang diketahui ramai seorang yang seri

Dr Ali 080324

Kuliah Maghrib • 3:110 { كُنتُمۡ خَيۡرَ أُمَّةٍ أُخۡرِجَتۡ لِلنَّاسِ تَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَتَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِۗ وَلَوۡ ءَامَنَ أَهۡلُ ٱلۡكِتَٰبِ لَكَانَ خَيۡرٗا لَّهُمۚ مِّنۡهُمُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَأَكۡثَرُهُمُ ٱلۡفَٰسِقُونَ } [Surah Āli-ʿImrān: 110] Abdullah Muhammad Basmeih: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik. • Orang yang beriman hendaklah tahu membaca Al Quran. Surah Iqra' • Beriman dengan Allah SWT seperti mana diwahyukan didalam Al Quran. • Orang beriman juga hendaklah selalu me

Ustaz Farid 040324

Kuliah Maghrib FB Live https://www.facebook.com/share/v/8niKomMUZZwQef31/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Yusuf 030324

Kuliah Subuh • Orang yang beriman didalam bulan Syaaban ini selalu mengingati akan kemunculan bulan yang mulia Ramadhan al-Mubarak. • Ramadhan itu banyak ganjaran kepada orang yang beramal. Ada keistimewaan yang terdapat didalam bulan ini. Solat sunat tarawih hanya diamalkan didalam bulan itu. • Memperbanyakkan membaca Al Quran dengan bersungguh sungguh. Memahami dan bertaddabur akan ayat-ayat nya. Seperti berkomunikasi terus dengan Allah SWT. Membaca dengan tertil. Janji Allah SWT banyak pahala dengan amalan ini. • Sebaiknya bagi orang yang beriman hendaklah kurangkan aktiviti keduniaan yang tidak banyak nilai kerohaniannya. Seperti terlalu leka dengan media sosial. • Didalam zaman moden ini terdapat banyak distraksi daripada fokus kepada beribadat. Jadi perlulah sesaorang itu mempunyai jadual yang tertentu untuk memaksimakan amal dibulan Ramadhan ini. • Memperbanyakkan amalan di bulan ini hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Semata-mata kerana mendapat ganjaran Allah SWT. Jauhkan diri

Ustaz Nazri Nasir 020324

Kuliah Maghrib Facebook live https://www.facebook.com/share/v/ZgaYhhisWmtmX77g/?mibextid=qi2Omg Wassalam. 

Ustaz Dato' Nizam 270224

Kuliah Maghrib • Nikmat Allah SWT kepada orang yang beriman adalah dengan akhlak yang baik dan terpuji. Sebaliknya orang yang zalim mereka berakhlak yang buruk. • Manusia adalah ciptaan yang terbaik yang dijadikan Allah SWT. Manusia mempunyai akal, roh, jasad, nafsu, hati. • Akal manusia meningkat dalam perjalanan masa. Ada peningkatan setiap hari dan tahun. • Dengan roh dan jasad yang ada manusia dapat usaha berbagai-bagai cirinya. Ada yang berniaga. Ada yang bertukang dan sebagainya. Orang yang beriman akan melakukan kebaikan dan kebajikan dengan kudrat yang ada. • Orang yang beriman mereka dapat mengawal nafsu. Keberkatan berpuasa di bulan Ramadhan adalah madrasah untuk memandu nafsu manusia. • Allah SWT melihat hati hambaNYA. Sama ada melakukan ibadah dengan ikhlas. Orang yang beriman mereka mempunyai hati yang sentiasa mengingati Allah SWT. Serta melakukan ibadah dengan ikhlas. • Manusia yang beriman dianugerahkan Allah SWT dengan akhlak yang baik. Dengan anugerah tersebut masyara

Ustaz Abdul Halim 250224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/hmcQMqSd4w8kkxv4/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Suhaimi 240224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/N3EwpUFQ8oQh9AvY/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Haslam 200224

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. • Orang yang soleh menghabiskan masa didalam ketaatan kepada perintah Allah SWT. • Orang yang telah berusia melebihi 40 tahun yang masih melakukan perkara-perkara terlarang, melebihi daripada ketaatan kepada Allah SWT, maka ia menunjukkan dirinya kepada neraka. • Jika orang itu mencapai empat puluh tahun umurnya, dia masih melakukan maksiat, maka dia akan terus melakukan perbuatan itu. • Imam- imam yang masyhur menganjurkan orang yang beriman melakukan solat tahajud. • Orang yang soleh mereka tidak dipengaruhi oleh kehidupan dunia. Tidak hirau untuk meninggalkan dunia ini. Tetapi mereka merasa susah hati memikirkan kehidupan selepas mati. Bagaimana kehidupan didalam barzakh kelak. • Untuk senang bangun melakukan solat tahajjud.    - jangan makan terlalu banyak sebelum tidur    - jangan melakukan pekerjaan yang akan meletihkan diri.    - jangan melakukan perkara yang berdosa • Wassalam. 

Ustaz Dato' Nahrawi 190224

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman mereka hendaklah berlumba lumba dengan soal akhirat. Semoga membawa keberkatan. • Berlumba-lumba agar mendapat keberkatan di akhirat nanti.    - kerja kebajikan    - berbuat baik dengan makhluk - { خِتَٰمُهُۥ مِسۡكٞۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلۡيَتَنَافَسِ ٱلۡمُتَنَٰفِسُونَ } [Surah Al-Muṭaffifīn: 26] Abdullah Muhammad Basmeih: Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; • Allah SWT dan Rasulullah SAW suka kepada mereka yang berlemah lembut sesama manusia. • Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. • { ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ } [Surah Āli-ʿImrān: 134] Abdullah Muhammad Basmeih: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan or

Ustaz Azman 180224

Kuliah Subuh • Daripada Syaddad Aus, Rasulullah SAW bersabda: Orang bijak adalah mereka bermuhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. (Hadis riwayat Tirmizi) • Orang yang pandai mengurus dirinya didalam alam fana ini. • Setelah berada didalam fana ini manusia perlu melalui alam barzakh sebelum menuju ke alam akhirat. • Alam fana ini waktunya singkat. Tetapi alam barzakh itu lama waktunya. • لَعَلِّيْٓ اَعْمَلُ صَالِحًا فِيْمَا تَرَكْتُ كَلَّاۗ اِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَاۤىِٕلُهَاۗ وَمِنْ وَّرَاۤىِٕهِمْ بَرْزَخٌ اِلٰى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ 100 Surah Mukminun ayat 100. agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan. •Dari Abu Hurairah Radliyallaahu'anhu, Rasulullah ﷺ bersabda: إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذ

Ustaz Shamsuddin 170224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/vwiwoBqfsArppKf3/?mibextid=qi2Omg •  Para wali mengenal Allah SWT ( Ma'rifat ) ada dua cara atau jalan.     - Majzuhun     - Salikin • Proses mengenal Allah SWT    - zat Allah SWT    - sifat Allah SWT    - asma' Allah SWT    - mengenal alam • Golongan Salikin mereka mengenal Allah SWT dengan cara mengenal alam kemudian naik keatas hingga mengenal zat Allah SWT. • Sebaliknya pihak Majzuhun mereka mengenal Allah SWT dari mengenal zat NYA kebawah hingga mengenal alam. • Golongan Majzuhun mereka mengenal Allah SWT secara dianugerahkan NYA. Secara ditarik oleh NYA. • Wassalam  

Ustaz Muhaimin 160224

Kuliah Maghrib • { يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ } [Surah Al-Baqarah: 183] Abdullah Muhammad Basmeih: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. • Ayat diatas merupakan dalil wajibnya berpuasa pada bulan Ramadhan. • Berpuasa itu membawa seseorang yang melakukannya semakin bertaqwa. Selian daripada berpuasa wajib ada juga puasa sunat. Terutama pada bulan Rejab dan Sya'ban. • Wasilah puasa adalah untuk menjadi seorang yang bertaqwa. Fokus melakukan ibadah ini adalah dilakukan kerana Allah SWT. • Sama juga dengan solat. Dilakukan untuk sesaorang mukmin itu sentiasa mengingati Allah SWT. Sedar akan kebesaran NYA. • Pentingnya taqwa kepada sesaorang yang beriman. Hinggakan diwajibkan puasa selama sebulan agar seseorang itu dapat mencapai ketaqwaan. • Berpuasa itu menjadi perisai untuk me

Ustaz Rahmatullah 140224

Kuliah Maghrib Facebook live https://www.facebook.com/share/v/Cuor9mYrtrF7Axci/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 120224

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan NYA kepada semua maklukNya. • Apa sahaja yang terjadi keatas diri kita hendaklah orang yang beriman bersangka baik terhadap Allah SWT. • Hendak berjaya didunia dan diakhirat perlulah berusaha supaya Allah SWT menyayangi dirinya. Dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi daripada segala laranganNya. • Membersihkan diri daripada melakukan maksiat perlulah diberi prioriti dan bersegera memohon ampun dan bertaubat. • Selalunya apabila orang ramai berkumpul akan mulalah beberapa perkara yang mendatangkan maksiat. Maka lebih baik bersendiri dirumah daripada keluar berkumpul tanpa haluan. • Zaman sekarang berkumpul secara dimedia sosial juga mendorong seseorang itu melakukan maksiat. Dengan menyebarkan berita palsu. • Setiap orang yang beriman perlulah juga melakukan persediaan secukupnya untuk melakukan ibadat dengan sebanyak yang mungkin. • Wassalam  

Ustaz Syed Putra Haizan 110224

Kuliah Maghrib Facebook live https://www.facebook.com/share/v/BBtZaAJhrkVQMKwn/?mibextid=2JQ9oc Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 110224

Kuliah Maghrib • Karamah adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya didalam melakukan perkara yang boleh dianggap luar biasa. • Karamah ini dianugerahkan kepada orang- orang yang soleh yang terpilih. • Orang yang soleh hidup mereka dihiasi dengan banyaknya ibadat kepada Allah SWT. Dunia ini tidak dinilaikan mereka sebagaimana orang-orang awam yang lain. • Orang yang soleh diatas nikmat anugerah Allah SWT kepada mereka dimana dunia ini mengikut kehendak mereka. Dimana mereka dapat melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan manusia lain. • Jika kita lihat matahari mula timbul dari timur, dapat kita melihat cahaya di ufuknya. Cahaya itu semakin lama akan menerangkan dunia ini. Cahaya itu bukan datang dari dunia ini tetapi ia adalah cahaya yang terlimpah dari cahaya matahari. • Begitulah andaian karamah. Ia bukanlah datang daripada orang yang soleh. Tetapi perkara yang luar biasa itu datangnya daripada kekuasaan Allah SWT. Ia adalah anugerah NYA. • Begitulah juga dengan m

Ustaz Farid Abu Auliya 080224

ISRAK MIKRAJ FB Live https://www.facebook.com/share/v/Lnkt54HLQqwWqRrW/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Hassan Basri

Kuliah Maghrib FB Live https://www.facebook.com/share/mgmiAsHghB6bpVEE/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Lukman Daud 040224

Kuliah Maghrib Kuliah Facebook live https://www.facebook.com/share/v/Xz82hXceSceD3E4w/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Yusuf 040224

Kuliah Subuh • Hasad merupakan satu perasaan iri hati kepada orang lain yang mempunyai kelebihan. • Kelakuan hasad akan mendatangkan perbuatan yang tidak baik. Melakukan sesuatu perkara yang jahat kepada orang lain. • Iblis dan syaitan mengambil kesempatan untuk menyesatkan lagi orang yang mula berkelakuan hasad. Ditipu mereka seolah untuk mengambil tindakan untuk merosakkan kehidupan orang lain. • Perasaan hasad mula dengan sifat sombong. Rasa tak puas hati akan kelebihan orang lain. Bermula dengan bercakap untuk menjatuhkan orang lain. Lama kelamaan akan lebih jahat perbuatannya. Boleh membawa kepada jenayah membunuh. • Didalam Al Quran diceritakan akan sifat hasad anak Nabi Adam AS. "Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Nabi Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Ber

Ustaz Syukri 030224

Kuliah Subuh • Allah SWT berfirman, مِنْ اَجْلِ ذٰلِكَ ۛ كَتَبْنَا عَلٰى بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ اَنَّهٗ مَنْ قَتَلَ نَفْسًاۢ بِغَيْرِ نَفْسٍ اَوْ فَسَادٍ فِى الْاَرْضِ فَكَاَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيْعًاۗ وَمَنْ اَحْيَاهَا فَكَاَنَّمَآ اَحْيَا النَّاسَ جَمِيْعًا ۗوَلَقَدْ جَاۤءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنٰتِ ثُمَّ اِنَّ كَثِيْرًا مِّنْهُمْ بَعْدَ ذٰلِكَ فِى الْاَرْضِ لَمُسْرِفُوْنَ ٣٢ Artinya: "Oleh karena itu, Kami menetapkan (suatu hukum) bagi bani Israil bahwa siapa yang membunuh seseorang bukan karena (orang yang dibunuh itu) telah membunuh orang lain atau karena telah berbuat kerusakan di bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia. Sebaliknya, siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, dia seakan-akan telah memelihara kehidupan semua manusia. Sungguh, rasul-rasul Kami benar-benar telah datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas. Kemudian, sesungguhnya banyak di antara mereka setelah itu melampaui batas di bumi." (QS Al

Ustaz Naim 310124

Kuliah Maghrib • https://www.facebook.com/share/v/iwiK3M75wdigBd1b/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Ghazali Omar 300124

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman fokus hidupnya kepada perkara akhirat. Dijaga kebersihan hidup dan jiwa. Didirikan solat dengan sempurna. Dan segera menjalankan kewajipan berzakat. • Didalam aspek ibadat keutamaan selepas solat adalah zakat. Melakukan ibadah tersebut kebaikannya akan kembali kepada yang melakukannya. • Setiap kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas akan dibalas dengan sebaik-baik balasan didunia dan diakhirat nanti. Allah SWT maha melihat. • Sekiranya sesiapa yang merasa berat untuk mengeluarkan zakat bererti ada penyakit didalam keimanannya. • وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ ۚ أُولَـٰئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللَّهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ The believing men and believing women are allies of one another. They enjoin what is right and forbid what is wrong and establish prayer and give zakah and ob

Ustaz Abdul Halim 280124

Kuliah Subuh https://www.facebook.com/share/v/buZzgxAJn4rQ6Naf/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Dato' Nizam 230124

Kuliah Magrib • Seorang yang mukmin sentiasa memuji Allah SWT dan membesarkan NYA. Dia juga mengikut segala perintah Illahi. • Walaubagaimanapun kuat iman seseorang itu apabila sampai masanya dia akan kembali kepada Tuhan nya. • Setiap yang hidup akan menemui maut. Itu merupakan fitrah Allah SWT. • Manusia adalah makhluk yang paling baik. Dia mempunyai akal, roh, jasad, nafsu dan hati. • Dengan akal manusia mempunyai keupayaan membezakan yang baik dan buruk. Serta dengan akal manusia dapat menerima ilmu dan mengajar ilmu tersebut. • Makhluk yang lain boleh belajar tetapi tidak boleh mengajar. • Manusia juga diberi Ruh dan Jasad.  Tetapi pengetahuan mengenai Ruh adalah terhad. Walaupun begitu pengetahuan manusia mengetahui jasad  banyak. Jasad juga berbagai. Ada yang tinggi dan rendah, kurus dan gemok. • Semua manusia ada nafsu. Suka kepada kesenangan dunia. Takut akan kemiskinan. • Hati juga dianugerahkan kepada manusia. Jika hati itu baik maka baiklah amal sesaorang itu. Allah SWT tid

Ustaz Shamsuddin 200124

Kuliah Subuh • Hubungan manusia dengan alam ada dua dimensi.      - Manusia yang mengurus alam      - Alam yang mengurus manusia • Alam itu makhluk, mempunyai penciptanya. Allah SWT adalah pencipta alam dan segala yang ada didalamnya. • Alam juga dijadikan mempunyai berbagai 'resources' untuk mempermudahkan kehidupan manusia. • Manusia juga dijadikan Allah SWT secara zahir (lahir) dan batin. • Begitulah dengan ilmu yang dipelajari oleh manusia. Ada ilmu lahir. Ada ilmu batin. • Ilmu syariah adalah ilmu lahir. Ilmu tasawwuf pula adalah ilmu batin. Maka sesaorang itu perlu mempunyai ilmu syariah dan tasawwuf. Saling menguatkan manusia secara lahir dan batin. • Ilmu tasawwuf merupakan ilmu yang mengajar manusia bagaimana untuk mendekati Allah SWT. Apabila seseorang itu bersungguh sungguh mengamalkan ilmu tersebut maka dapatlah dia memahami hakikat kejadian dirinya dan alam ini. • Ilmu syariah memberi solusi dengan berbagai masalah kehidupan dialam ini. Ilmu tasawwuf menyedarkan ma

Ustaz Muhaimin 190124

Kuliah Magrib • https://www.facebook.com/share/v/gPpR4EtvKSzFcQNf/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Syukri Alam Impian 170124

Kuliah Magrib • https://www.facebook.com/share/v/dzYjFM4xwwAwHHw1/?mibextid=xfxF2i • Wassalam  

Ustaz Aslam 160124

Kuliah Magrib https://www.facebook.com/share/v/ortRWWQpnxtpQnFq/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 140124

Kuliah Subuh • Manusia ini dijadikan Allah SWT mempunyai dua aspek. Satu aspek jasmani. Serta aspek yang kedua adalah rohani. • Ini berbeza dengan kejadian alam yang lain. Yang empunya itu hanyalah jasmani. • Sekiranya aspek rohani yang melebihi pengaruhnya keatas manusia maka dia akan meningkat tingkatan kefahaman hakikat kejadian Allah SWT. Dapat dia merasakan kewujudan alam ghaib. • Alam ghaib adalah kehidupan selepas mati. Alam kubur, neraka dan syurga. Faham juga akan wujud makhluk Allah SWT yang kita tidak dapat melihat dengan kekangan dimensi fizikal dunia. • Bagi manusia yang tidak mempercayai ada kehidupan selepas kehidupan fizikal di dunia jasmani ini. Maka dia tidak dapat melihat akan neraka dan syurga. Jadi dosa dan pahala tidak mempunyai makna didalam kehidupannya. • Rohani yang bersih akan mempengaruhi jiwa seseorang itu. Dia faham bahawa selepas kehidupan didunia ini ada lagi kehidupan yang tidak ada pengakhirannya diakhirat kelak. • Mata hati orang yang bersih jiwanya d

Ustaz Syukri 130124

Kuliah Magrib • https://www.facebook.com/share/v/GNhE4qPaXoTzCK1C/?mibextid=qi2Omg • Wassalam