Ustaz Shamsuddin 140124

Kuliah Subuh

• Manusia ini dijadikan Allah SWT mempunyai dua aspek. Satu aspek jasmani. Serta aspek yang kedua adalah rohani.

• Ini berbeza dengan kejadian alam yang lain. Yang empunya itu hanyalah jasmani.

• Sekiranya aspek rohani yang melebihi pengaruhnya keatas manusia maka dia akan meningkat tingkatan kefahaman hakikat kejadian Allah SWT. Dapat dia merasakan kewujudan alam ghaib.

• Alam ghaib adalah kehidupan selepas mati. Alam kubur, neraka dan syurga. Faham juga akan wujud makhluk Allah SWT yang kita tidak dapat melihat dengan kekangan dimensi fizikal dunia.

• Bagi manusia yang tidak mempercayai ada kehidupan selepas kehidupan fizikal di dunia jasmani ini. Maka dia tidak dapat melihat akan neraka dan syurga. Jadi dosa dan pahala tidak mempunyai makna didalam kehidupannya.

• Rohani yang bersih akan mempengaruhi jiwa seseorang itu. Dia faham bahawa selepas kehidupan didunia ini ada lagi kehidupan yang tidak ada pengakhirannya diakhirat kelak.

• Mata hati orang yang bersih jiwanya dapat melihat dengan jelas akan kebesaran dan kekuatan Allah SWT. Setiap interaksinya dengan dunia ini akan dapat mengilhamkan kepada nya akan aspek kehidupan yang akan dialami kehidupan dialam ghaib kelak.

• Kebersihan jiwa akan tercapai jika seseorang itu hidupnya didunia ini dipimpin dan dididik dengan Al Quran dan juga Sunnah Baginda Rasulullah SAW.

• Rasulullah SAW adalah contoh kepada seluruh manusia semasa hidupnya dan selepas wafatnya Baginda. Kehidupan seseorang mukmin masih terikat dengan kehendak jasmaninya. Masih mempunyai nafsu dan keinginan. Tetapi mereka yang berpegang kuat dengan syariat Islam akan hidup secara sederhana. Beriman dengan perkara perkara yang ghaib yang diwahyukan Allah SWT.

• Sahabat- sahabat Baginda SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Saidina Usman kehidupan mereka tidak dipengaruhi dengan kesenangan hidup keduniaan ini walaupun mereka mempunyai kekayaan dan kekuasaan yang banyak.

• Orang yang tidak beriman kehidupan ini dipengaruhi oleh nasfsu nya. Kecintaan kepada nikmat dan kesenangan dunia. Dipandu dengan logikal jasmani sahaja. Tidak dihiraukan akan perbuatan dosa dan tidak mengharap akan pahala. Dia tidak dapat memahami bahawa hidup didunia ini adalah jambatan untuk kehidupan di akhirat kelak. Selepas matinya dia akan merasakan hidup di akhirat. Yang ada syurga dan neraka.

• Untuk mencapai kejayaan kehidupan di akhirat kelak maka perlulah sesaorang itu mempersiapkan dirinya dengan ilmu yang dapat membersihkan jiwanya. Serta beramal dengan ilmu tersebut. Dipandu dengan amalan orang-orang yang Soleh.

• Daripada Nu'man bin Basyir berkata, aku mendengar Nabi SAW bersabda:


أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: "Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati (jantung)." [Riwayat al-Bukhari (52) dan Muslim (1599)]

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914